Syarikat baharu itu akan menyediakan modal dan khidmat nasihat untuk memperkasakan ekosistem perlombongan aset digitalDCG komited kepada pelaburan $100 juta di dalam Foundry hingga tahun 2021NEW YORK, 28 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan Digital Currency (DCG), sebuah perusahaan global yang membina, membeli, dan melabur di dalam syarikat-syarikat blok rantai, hari ini mengumumkan sebuah anak syarikat baharu milik sepenuhnya:
Foundry. Diwujudkan secara senyap pada tahun 2019, Foundry menawarkan kepakaran institusi, modal, dan kecerdasan pasaran kepada pelombong dan pengeluar aset digital, dengan menyediakan kepada mereka dengan sumber untuk membina, menyenggara, dan mengekalkan keselamatan rangkaian yang ternyahpusat. Mike Colyer, bekas eksekutif di Core Scientific, telah dipilih untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Foundry.
Foundry telah diwujudkan untuk memenuhi permintaan institusi bagi meningkatkan akses modal, kecekapan pasaran, dan ketelusan di dalam industri perlombongan bitcoin. Syarikat itu pada masa ini menawarkan tiga perkhidmatan bagi ekosistem perlombongan: pembiayaan dan pemerolehan peralatan; perlombongan dan pemancangan; dan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat.
Sejak penubuhannya, Foundry telah muncul sebagai satu daripada pelombong bitcoin terbesar di Amerika Utara. Ia juga telah melanjutkan puluhan juta dolar di dalam pembiayaan peralatan kepada organisasi perlombongan lain dan membantu untuk memperoleh kira-kira separuh daripada peralatan perlombongan bitcoin yang dihantar di Amerika Utara pada tahun ini.
“Kami mahu memperkasakan infrastruktur ternyahpusat di dalam ekonomi digital baharu, dan usaha kami akan menyokong pengembangan dan pertumbuhan bagi operasi perlombongan — terutama di Amerika Utara,” kata Mike Colyer, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Foundry. “Kami adalah sebuah perniagaan yang dibina oleh pelombong untuk pelombong, dan kami bekerjasama dengan pengusaha yang berkongsi misi kami bagi memajukan industri itu dan mewujudkan sebuah ekosistem perlombongan yang ternyahpusat.”
DCG telah komited untuk melabur lebih daripada $100 juta ke dalam Foundry hingga tahun 2021. Buat pertama kalinya, pelombong dan pengeluar dapat mengakses rakan dan sumber modal yang boleh dipercayai melalui rangkaian DCG yang mantap.
“Misi kami di DCG adalah untuk mempercepatkan pembangunan bagi sebuah sistem kewangan yang lebih baik,” kata Barry Silbert, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DCG. “Perlombongan dan pemancangan aset digital menyediakan tulang belakang bagi teknologi blok rantai yang akan memacukan kemajuan itu. Foundry membawa sumber dan panduan yang kritikal kepada satu sudut penting bagi industri itu, dan Mike Colyer dan pasukannya mempunyai kepakaran, kredibiliti, dan integriti untuk menyokong keperluan pelombong dan pengilang yang sentiasa berkembang.”
Foundry menumpukan kepada bekerjasama dengan pemain utama di dalam industri perlombongan dan pemancangan dengan tujuan mewujudkan akses yang lebih besar kepada perlombongan aset digital, menyahpusat peluang geografi, dan membawa lebih banyak kesahan dan ketelusan kepada ekosistem perlombongan bitcoin. Sebagai tambahan, Foundry berharap dapat bekerjasama dengan syarikat tenaga dan kerajaan untuk membantu merumus dan melaksanakan strategi perlombongan mereka.
“Pemahaman Foundry mengenai industri perlombongan dan sokongan penuh DCG telah menjadikannya sebuah rakan utama di dalam pengembangan kami merentasi Amerika Utara pada tahun lalu. Kami merancang untuk terus bekerjasama dengan Foundry ketika kami memberi tumpuan untuk meningkatkan penguasaan pasaran global kami,” kata Jordan Chen, Ketua Pegawai Operasi bagi pengeluar pelombong bitcoin yang berpangkalan di Shenzhen, MicroBT.
“Melalui usaha Foundry dan sokongan kewangan oleh pelanggan akhir kami, kami dapat menghantar sejumlah besar mesin ke Amerika Syarikat pada tahun ini,” kata Su Ke, Pengarah Jualan dan Pemasaran Global bagi Antminer di Bitmain. “Perkhidmatan gred institusi Foundry bagi perniagaan di Amerika Utara dan kepakaran pasukannya telah memainkan satu peranan penting dalam melaksanakan perkara ini. Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan Foundry untuk menjangkau ke lebih banyak pelanggan dan memberikan pengalaman yang lebih baik kepada mereka.”
Sebagai tambahan kepada Foundry, DCG adalah syarikat induk bagi
Grayscale Investments, pengurus aset terbesar di dalam industri mata wang digital,
Genesis, broker perdana mata wang digital perkhidmatan penuh yang pertama di dunia, dan
CoinDesk, syarikat media dan acara industri blok rantai yang terkemuka. DCG juga merupakan sebuah pelabur di lebih 160 buah syarikat di seluruh dunia.
Colyer dan pasukannya berpangkalan di Rochester, New York.
Maklumat mengenai FoundrySebuah anak syarikat DCG, Foundry adalah sebuah syarikat pembiayaan dan penasihat yang memberi tumpuan kepada perlombongan dan pengambilalihan aset digital. Dengan misi untuk memperkasakan infrastruktur ternyahpusat bagi sebuah dunia digital, Foundry menyediakan kepada perniagaan perlombongan aset digital Amerika Utara dengan modal dan kecerdasan.
Foundry berpangkalan di Rochester, NY. Untuk maklumat lanjut, sila layari
foundrydigital.com.
Maklumat mengenai DCGDitubuhkan pada tahun 2015 oleh Barry Silbert, Kumpulan Digital Currency adalah sebuah perusahaan global yang membangun, membeli, dan melabur di dalam syarikat-syarikat blok rantai di seluruh dunia. Sebagai pelabur paling aktif di ruang blok rantai, DCG berada di pusat bagi industri blok rantai, dengan menyokong lebih 160 buah syarikat di lebih 30 buah negara. Sebagai tambahan kepada portfolio pelaburan mereka, DCG adalah syarikat induk bagi Grayscale Investments, Genesis, CoinDesk, dan Foundry.
DCG berpangkalan di Bandar raya New York. Untuk maklumat lanjut, sila layari
dcg.co.