ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  MARY KAY INC. DAN YAYASAN MARY KAY℠ BERGABUNG DENGAN TABUNG AMANAH PBB UNTUK MENAMATKAN KEGANASAN TERHADAP WANITA DAN CARE USA PADA SATU SKALA GLOBAL UNTUK MENGHAPUSKAN KEGANASAN BERASASKAN JANTINA

Tuesday 01/09/2020



Melinda Foster Sellers, Chief People Officer at Mary Kay (Photo: Mary Kay Inc.)
Melinda Foster Sellers, Ketua Pegawai Sumber Manusia di Mary Kay (Foto: Mary Kay Inc.)


DALLAS, 1 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam usaha untuk menyokong usaha menyelamatkan nyawa bagi menghalang dan menamatkan keganasan terhadap wanita, satu pandemik kesihatan awam global yang diburukkan lagi oleh COVID-19, Mary Kay Inc. dan Yayasan Mary KaySM telah bekerjasama dengan CARE USA, sebuah pemimpin global kemanusiaan, dan Tabung Amanah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Menamatkan Keganasan Terhadap Wanita (Tabung Amanah PBB).

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200831005162/en/

Lebih daripada satu daripada tiga wanita di seluruh dunia mengalami sama ada keganasan fizikal dan/atau seksual sepanjang hayat mereka1. Statistik yang mencemaskan ini diburukkan lagi dalam masa konflik, bencana alam, dan krisis. Wanita PBB, entiti PBB yang berdedikasi kepada kesetaraan jantina dan pemerkasaan wanita, yang menguruskan Tabung Amanah PBB bagi pihak sistem PBB, telah tanpa mengenal penat mengingatkan dan meningkatkan kesedaran tentang peningkatan yang mencemaskan bagi keganasan terhadap wanita semasa COVID-19 dan akibatnya yang berkekalan, meletakkan hak asasi wanita pada tahap berisiko ketika negara-negara berusaha membangun semula.

“Mary Kay mempunyai komitmen selama berdekad lamanya untuk menamatkan keganasan terhadap wanita dan gadis di mana sahaja, ia merupakan sebahagian dari siapa kita,” kata Melinda Foster Sellers, Ketua Pegawai Sumber Manusia di Mary Mary Inc. “Hari ini kita bergabung dengan Tabung Amanah PBB dan CARE, dua organisasi hak asasi wanita yang luar biasa, yang telah membuat pencapaian luar biasa melalui impak sosial di lapangan, pengumpulan data jantina, dan kerja sokongan tanpa mengenal penat. Bersama-sama, kita lebih bertekad untuk mencapai sebuah dunia yang bebas daripada keganasan terhadap wanita.”

“Sejak tahun 1999, Yayasan Mary KaySM telah komited untuk menamatkan keganasan rumah tangga,” kata Anne Crews, Naib Presiden bagi Hal Ehwal Awam di Mary Kay dan ahli Lembaga Pengarah bagi Yayasan Mary KaySM. “Sepanjang 20 tahun yang lalu, lebih daripada 2,600 tempat perlindungan yang menyokong penghapusan keganasan rumah tangga berasaskan jantina telah menerima geran berjumlah hampir $47 juta. Kami telah menyokong lebih enam juta wanita dan gadis yang mencari perlindungan dan perkhidmatan agar bebas daripada penderaan. Kerjasama global kami dengan Tabung Amanah PBB dan CARE akan membantu kami memperdalam dan memperluaskan ruang lingkup perjuangan kami untuk melindungi wanita dan gadis.”

Melalui usaha yang berterusan oleh empat yayasan korporat mereka dan perkongsian global baru-baru ini, Mary Kay menegaskan semula kepimpinan mereka di dalam menangani dan mencegah keganasan terhadap wanita dan gadis yang dipengaruhi secara unik oleh akibat daripada pandemik COVID-19. Inisiatif ini menunjukkan komitmen Mary Kay secara keseluruhan kepada SDG 5: Mencapai kesaksamaan jantina dan memperkasakan semua wanita dan gadis.
  • Menerusi perkongsian mereka dengan Tabung Amanah PBB untuk Menamatkan Keganasan terhadap Wanita, Mary Kay akan menyumbang untuk membiayai projek-projek bagi melindungi wanita dan gadis di 70 buah negara dan wilayah.
Tabung Amanah PBB, sebagai satu-satunya mekanisme pemberian geran yang berdaya saing yang didorong oleh permintaan yang khusus untuk menamatkan keganasan terhadap wanita dan gadis, berada pada kedudukan yang unik untuk menyumbang bagi merealisasikan matlamat ini dengan membiayai inisiatif yang relevan mengikut konteks dan menyediakan sokongan kepada penerima, yang kebanyakannya adalah organisasi hak asasi kecil wanita yang dipimpin oleh  wanita. Sejak ditubuhkan pada tahun 1996 oleh resolusi Perhimpunan Agung PBB 50/166, Tabung Amanah PBB telah memberikan USD$175 juta kepada 572 inisiatif di 140 buah negara dan wilayah.

Penerima Tabung Amanah PBB itu berada di barisan hadapan bagi tindak balas itu terhadap pandemik keganasan yang telah lama dan berterusan terhadap wanita dan gadis.

Sepanjang empat tahun yang lalu, Tabung Amanah PBB telah mencapai ke lebih 22 juta individu dengan projek-projek untuk menghalang dan menamatkan keganasan terhadap wanita dan gadis dan membolehkan pekerjaan yang mengubah kehidupan bagi hak wanita dan organisasi yang dipimpin oleh wanita dalam kapasiti mereka di barisan hadapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada mangsa yang selamat dan melaksanakan undang-undang dan dasar. Lebih daripada satu juta wanita dan gadis mendapat manfaat langsung daripada perkhidmatan menyelamatkan nyawa, aktiviti pemerkasaan dan perlindungan daripada keganasan, termasuk sekurang-kurangnya 107,428 mangsa yang terselamat daripada keganasan. Pada tahun 2019 sahaja, Tabung Amanah PBB menyokong 137 projek dan memberikan 79 geran baharu bernilai USD 35 juta.

“Keganasan terhadap wanita adalah pelanggaran hak asasi manusia yang paling meluas di seluruh dunia dan tidak mengenal batas,” kata Aldijana Sisic, Ketua, Tabung Amanah PBB untuk Menamatkan Keganasan terhadap Wanita. “Ini adalah ungkapan diskriminasi yang paling parah, satu pandemik yang berterusan yang diburukkan oleh krisis COVID-19 sekarang. Langkah sekatan pergerakan untuk mengekang koronavirus bersama dengan sistem penjagaan kesihatan dan penguatkuasaan undang-undang yang terlalu membebani menyebabkan wanita dan gadis yang terselamat daripada keganasan berada dalam keadaan bahaya. Dalam konteks ini, organisasi wanita di seluruh dunia memainkan peranan penting sebagai responden pertama bagi mangsa. Sekarang adalah masa untuk bergabung, meningkatkan usaha dan menyokong mereka untuk memastikan tidak ada wanita dan gadis yang ditinggalkan bersendirian. Kami mengucapkan terima kasih kepada rakan kami di Mary Kay kerana memimpin melalui teladan dengan sumbangan mereka dalam kerja ini dan menempuh jalan ini bersama kami.”
  • Mary Kay akan menyokong program CARE yang memerangi terhadap keganasan berasaskan jantina, menyumbang untuk mengubah kehidupan wanita dan gadis di 100 buah negara dan wilayah.
Wanita di seluruh dunia mendapat impak yang tidak seimbang akibat daripada kemiskinan dan keganasan berasaskan jantina, yang menjadikan majoriti daripada 1.4 bilion orang hidup dalam kemiskinan yang melampau. Atas sebab ini, CARE mempunyai satu komitmen strategik kepada jantina - dan tanpa mengenal penat menyokong suara dan kepimpinan wanita.

Tindak balas kecemasan CARE terhadap krisis COVID-19 global telah berkembang dengan kepantasan yang tidak pernah terjadi sebelumnya, meningkat di 67 buah negara untuk menjadi satu darurat kemanusiaan akibat daripada wabak tersebut dan mencapai sekitar enam belas juta orang melalui program langsung, dan memberikan lebih dari satu juta orang dengan latihan dan maklumat mengenai perkhidmatan untuk menamatkan keganasan terhadap wanita. Mengenal pasti keperluan untuk menyoroti impak jantina daripada krisis COVID-19, pada 31 Mac, CARE telah melancarkan Analisis Jantina Rapid Global mengenai COVID-19 (RGA), yang dijalankan dengan rundingan dengan Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa (IRC). Sokongan Mary Kay diberitahu secara unik oleh data dan penemuan baharu yang diberikan oleh Analisis Jantina Rapid Global mengenai COVID-19 di 50 negara hingga kini. 50 Analisis Jantina Rapid CARE menunjukkan bahawa wabak tersebut telah memburukkan masalah yang menyoroti Afrika selatan dan Eropah, serta laporan mengenai puluhan ribu wanita yang menghadapi penderaan fizikal atau seksual semasa berada dalam sekatan pergerakan dan tempat perlindungan.

Mary Kay Inc. dan Yayasan Mary KaySM telah juga memberikan sumbangan $100,000 kepada usaha bantuan keganasan berasaskan jantina antarabangsa Together For Her, yang ditempatkan di CARE. Tabung itu akan digunakan untuk program di seluruh dunia yang menyokong mangsa dan mangsa keganasan; menyediakan PPE bagi kakitangan yang mengiringi mangsa keganasan ke perbicaraan di mahkamah dan menyampaikan makanan, kebersihan dan barang-barang pembersihan kepada mangsa wanita yang menerima perkhidmatan psikologi, perubatan dan perlindungan sementara.

“Mencapai persamaan sebenar bagi wanita dan menghapuskan keganasan berasaskan jantina (GBV) dapat mengubah dunia dengan banyak cara,” kata Michelle Nunn, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CARE. “Dalam komuniti yang paling terpinggir di dunia, gadis dan wanita menanggung beban ketidakadilan. Krisis COVID-19 sahaja boleh menyebabkan 31 juta lebih kes GBV sepanjang enam bulan sekatan pergerakan berkaitan virus. Kita tahu kemungkinan yang mengejutkan ini boleh dicegah, dan kita harus menangani keganasan yang mengerikan ini sebelum ia berlaku. Melabur di dalam pergerakan akar umbi wanita tempatan adalah di antara kebaikan tertinggi dan paling kuat yang dapat kita lakukan untuk mewujudkan perubahan sosial dan masyarakat.”

Tahukah Anda?
  • Adalah dianggarkan bahawa dari 87,000 wanita yang sengaja dibunuh pada tahun 2017 di seluruh dunia, lebih dari separuh (58 peratus) dibunuh oleh pasangan intim atau ahli keluarga.
  • Oleh itu, setiap hari, 137 wanita di seluruh dunia dibunuh oleh ahli keluarga mereka sendiri.
  • Sebanyak 650 juta wanita dan gadis di dunia hari ini telah berkahwin sebelum berumur 18 tahun. Kira-kira 15 juta gadis remaja (berumur 15 hingga 19) di seluruh dunia telah mengalami seks paksa (hubungan seksual secara paksa atau perbuatan seksual lain) pada suatu ketika dalam kehidupan mereka.
Sumber: Tabung Amanah PBB untuk Menamatkan Keganasan terhadap Wanita, Laporan Tahunan 2019.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya lebih 56 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menghasilkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan komuniti kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.

Maklumat mengenai Yayasan Mary Kay℠

Dengan berpandukan impian Mary Kay Ash untuk memperkayakan kehidupan wanita di mana jua, Yayasan Mary Kay℠ mengumpul dan mengagihkan dana untuk melabur dalam penemuan penyelidikan kanser untuk mencari penawar bagi kanser yang berkaitan dengan wanita dan menghentikan keganasan rumah tangga terhadap wanita. Sejak tahun 1996, Yayasan Mary Kay℠ telah menyumbang lebih daripada $80 juta kepada organisasi yang selari dengan misi dua matlamat mereka. Selain itu, Yayasan itu menyokong inisiatif kesedaran, program jangkauan komuniti, dan menyokong undang-undang untuk memastikan wanita sihat dan selamat. Bersama-sama, kita dapat menjadikan dunia lebih baik untuk kaum wanita. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara untuk mendidik, menyokong, menjadi sukarelawan dan menyumbang, dan menyertai usaha yang menyelamatkan nyawa untuk menyokong dan memperkasakan wanita, sila layari marykayfoundation.org, temui kami di Facebook dan Instagram, atau ikuti kami di Twitter.

Maklumat mengenai Tabung Amanah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Menamatkan Keganasan Terhadap Wanita

Tabung Amanah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Menamatkan Keganasan terhadap Wanita (Tabung Amanah PBB), yang dikendalikan oleh Wanita PBB bagi pihak sistem PBB, adalah satu-satunya mekanisme pemberian geran global yang secara eksklusif didedikasikan untuk membasmi semua bentuk keganasan terhadap wanita dan gadis. Dalam tempoh 24 tahun kewujudannya, ia telah menyokong 572 organisasi, melabur di dalam penyelesaian yang berinovatif dan berasaskan masyarakat sivil yang berasaskan bukti dan projek yang mengubah kehidupan. Projek-projek itu membiayai tumpuan terhadap pencegahan keganasan, melaksanakan undang-undang dan dasar untuk menangani dan menghapuskan kekerasan terhadap wanita dan gadis, dan meningkatkan akses kepada perkhidmatan penting bagi mangsa yang selamat. Ketahui lebih lanjut di untf.unwomen.org dan ikuti kami di FacebookInstagram dan Twitter.

Maklumat mengenai CARE

Ditubuhkan pada tahun 1945 dengan penciptaan CARE Package®, CARE adalah sebuah organisasi kemanusiaan terkemuka yang memerangi kemiskinan global. CARE mempunyai pengalaman lebih dari tujuh dekad di dalam memberikan bantuan kecemasan pada masa krisis. Tindak balas kecemasan kami menumpukan kepada keperluan bagi populasi yang paling memerlukan, terutama gadis dan wanita. Tahun lalu CARE bekerja di 100 buah negara dan menjangkau kepada hampir 70 juta orang di seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.care.org.

Maklumat mengenai Together for Her

Together for Her adalah satu seruan untuk bertindak di dalam solidariti dengan wanita dan gadis di seluruh dunia dengan menggunakan dana dan menyokong tindak balas global terhadap keganasan rumah tangga pada masa COVID-19. Projek Outreach Charlize Theron Afrika (CTAOP), CARE dan Yayasan Industri Hiburan (EIF) telah bersatu untuk meningkatkan keperluan bagi sumber. Charlize dan CTAOP menyediakan satu hadiah utama, dan Charlize meminta wanita di mana sahaja untuk bergabung tenaga dan membantu meneliti dengan lebih dekat usaha kritikal ini. Melalui suara kolektif kita, kita berdiri dalam solidariti untuk menunjukkan bahawa kita lebih kuat bersama; kita adalah Together for Her.
 
1 Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. 2013

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200831005162/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.