ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  MITSUBISHI POWER DITUBUHKAN DENGAN KOMITMEN YANG DIPERBAHARUI UNTUK MENGUBAH SISTEM TENAGA DI SELURUH DUNIA

Friday 04/09/2020



Table
Tanda Tiga Berlian, diketahui secara global sebagai simbol kualiti dan kepercayaan, akan terserlak dan dipaparkan di pejabat-pejabat yang diilustrasikan pada gambarajah ini.


• Penjenamaan semula itu menandakan peringkat seterusnya di dalam perjalanan syarikat itu untuk berkembang sebagai sebuah penyedia penyelesaian tenaga yang mengetuai di dalam penyahkarbonan, pendigitalan dan penyampaian tenaga yang boleh dipercayai di peringkat global.
• Sebagai sebuah anak syarikat utama yang dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan Mitsubishi Heavy Industries, Mitsubishi Power akan bekerjasama dengan lebih erat bersama syarikat kembar mereka untuk memanfaatkan bidang baharu dan membina di atas pelaburan di dalam penyelesaian digital, hidrogen, amonia, sistem penyimpanan tenaga bateri dan tenaga suria.
 
YOKOHAMA, Jepun, 4 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) – Mitsubishi Power, sebuah anak syarikat utama milik Kumpulan Mitsubishi Heavy Industries (MHI), secara rasminya telah menukar nama korporat mereka dari Mitsubishi Hitachi Power Systems hari ini. Penjenamaan semula itu menandakan permulaan satu bab baharu yang menarik di dalam misi syarikat itu untuk menyelesaikan cabaran-cabaran tenaga terpenting pada masa ini, termasuk penyahkarbonan tenaga dan memberi tenaga yang boleh dipercayai kepada orang ramai di seluruh pelusuk dunia. Dengan identiti jenama baharu mereka, yang telah dibangunkan setelah berunding dengan pelanggan, pekerja dan rakan kongsi utama, Mitsubishi Power bergerak ke hadapan di dalam cita-cita mereka untuk menjadi sebuah syarikat penyelesaian tenaga terkemuka dengan satu spektrum perniagaan yang luas di dalam penjanaan kuasa peringkat grid, tenaga boleh diperbaharui, teknologi penyimpanan tenaga dan teknologi digital.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200831005285/en/
 
Berikutan penjenamaan semula itu, Mitsubishi Power menjadi sebuah anak syarikat milik sepenuhnya Kumpulan MHI. Kedudukan mereka yang diperkukuhkan di dalam Kumpulan itu akan membolehkannya untuk menghasilkan sinergi yang lebih besar dengan syarikat-syarikat kembar mereka dan mengembangkan perniagaan mereka dengan memilih kategori pelanggan baharu. Mitsubishi Power akan mengambil kesempatan daripada pelaburan sedia ada di dalam penyelesaian tenaga baru muncul, seperti hidrogen, amonia dan tenaga solar, untuk menangani pelbagai keperluan tenaga yang semakin kompleks bagi pelanggan di seluruh dunia.
 
Encik Ken Kawai, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Mitsubishi Power, Ltd., berkata, “Menyediakan orang ramai dengan akses kepada sumber tenaga yang bersih, stabil, dan mampu milik adalah di antara mandat masyarakat global yang paling mendesak pada hari ini. Dengan identiti baharu kami, Mitsubishi Power berada pada kedudukan yang terbaik untuk memimpin dalam menyelesaikan cabaran ini. Dengan membina sebuah legasi kejuruteraan yang kuat dan perkhidmatan tersendiri, kami akan membangunkan lebih banyak penyelesaian canggih untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan pada masa yang sama memperluaskan portfolio kami. Sebagai sebuah syarikat penyelesaian tenaga, kami akan bekerjasama rapat dengan kerajaan, utiliti, pemimpin industri dan rakan syarikat di dalam Kumpulan MHI untuk mewujudkan satu masa depan yang baik untuk orang ramai dan planet ini.”
 
Sebagai tambahan kepada nama dan logo baharu itu, Mitsubishi Power juga mendedahkan satu kenyataan misi baharu dan mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan slogan Kumpulan MHI “Move the World Forward” (Lihat Lampiran A).
 
Sepanjang sejarahnya, Mitsubishi Power telah membina satu kedudukan yang mantap sebagai sebuah rakan yang boleh dipercayai oleh syarikat-syarikat penjana kuasa di seluruh dunia. Ketika ia memasuki fasa baharu ini, syarikat itu akan menggunakan kehebatan kejuruteraan mereka yang terkemuka di dunia, memacukan untuk inovasi dan perkhidmatan pelanggan yang terkenal untuk menyampaikan tenaga yang boleh dipercayai, yang akhirnya merangsangkan kemajuan negara, masyarakat dan individu di mana sahaja.
  
Maklumat mengenai Mitsubishi Power, Ltd.

Mitsubishi Power, Ltd. adalah sebuah syarikat terkemuka yang menghasilkan dan memberi inovasi teknologi dan penyelesaian untuk sektor tenaga global. Beribu pejabat di Yokohama, Jepun, ia adalah sebuah anak syarikat milik sepenuhnya Mitsubishi Heavy Industries, Ltd., yang perniagaan kejuruteraan dan pembuatan mereka merangkumi tenaga, infrastruktur, pengangkutan, aeroangkasa dan pertahanan. Dengan lebih 18,000 orang pekerja merentasi 31 buah negara di seluruh dunia, Mitsubishi Power mereka, mengeluar dan menyelenggara peralatan dan sistem yang memacukan penyahkarbonan dan memastikan penyampaian tenaga yang boleh dipercayai di seluruh dunia. Di antara penyelesaian mereka adalah pelbagai turbin gas termasuk turbin gas berbahan bakar hidrogen, sel bahan bakar pepejal oksida (SOFC), dan sistem kawalan kualiti udara (AQCS). Komited untuk memberikan perkhidmatan contoh dan bekerjasama dengan pelanggan untuk membayangkan masa depan bagi tenaga, Mitsubishi Power juga menerajui pembangunan bagi loji kuasa digital melalui suite penyelesaian TOMONITM mereka yang membolehkan AI.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://power.mhi.com.
 
LAMPIRAN A: Identiti Korporat Mitsubishi Power
 
Logo dan Nama Jenama
 
Logo jenama baharu itu menggabungkan tiga figuratif berlian Mitsubishi dengan nama syarikat dalam bahasa Inggeris. Fon logo, satu reka bentuk moden yang bulat dalam jenis huruf gothik, diadopsi untuk menyampaikan sebuah imej bagi teknologi penjanaan tenaga yang maju dan mesra alam yang ingin ditawarkan oleh Mitsubishi Power, dan pada masa yang sama menyatakan pendirian korporat untuk bertindak balas secara fleksibel kepada perubahan masyarakat.
 
Mission Statement

Mitsubishi Power is creating a future that works for people and the planet by developing innovative power generation technology and solutions to enable the decarbonization of energy and deliver reliable power everywhere.

Tagline

“Move the World Forward”
 
LAMPIRAN B: Maklumat Korporat Mitsubishi Power
 
WakilKen Kawai, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Ibu Pejabat Global3-1, Minato Mirai 3-chome, Nishi-ku, Yokohama, Kanagawa, Jepun
Ibu Pejabat SerantauAsia Pasifik: Singapura
Greater China: Shanghai
Eropah, Timur Tengah dan Afrika: London
Amerika: Lake Mary, Florida
Jumlah Pekerja di Seluruh Dunia18,356 (setakat April 2020)
Jumlah Syarikat dalam Kumpulan Utama69 syarikat (termasuk 8 syarikat di Jepun)
Penawaran UtamaStesen janakuasa:

• Kitaran gabungan turbin gas (GTCC)
• Kuasa stim
• Kitaran gabungan penggasan arang batu bersepadu (IGCC)
• Geoterma

Produk, peralatan dan perkhidmatan:

• Turbin gas
• Turbin stim
• Dandang
• Sistem kawalan kualiti udara (AQCS)
• Penjana
• Sel bahan api
• Sistem kawalan
• Sistem penyimpanan tenaga
• Operasi dan penyelenggaraan (O&M)
• Perjanjian perkhidmatan jangka panjang
• Pemantauan jarak jauh
• Latihan
 
 
 
 
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200831005285/en/
 
 
HUBUNGAN MEDIA:
Shimon Ikeya
Kumpulan Komunikasi
Jabatan Perhubungan Komunikasi & Kerajaan
Mitsubishi Power, Ltd.
E-mel: shimon_ikeya@mhps.com
Tel: +81-45-200-7163
 
 
Sumber : Mitsubishi Power, Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.