ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PEGANG KUAT-KUAT DENGAN PENYANGGA ANDA, PERMAINAN MEMPERTAHANKAN MENARA FINAL FATE TD KINI SUDAH KELUAR DI IOS DAN ANDROID

Tuesday 08/09/2020



Table
 Selamat Datang ke Luna – sebuah dunia fantasi yang mengasyikkan bagi pengembaraan yang bertemakan anime (Grafik: Business Wire)
 

Mempertahankan Menara RPG Final Fate TD menggabungkan strategi permainan RPG yang mencabar dengan grafik anime yang mempesonakan

TAIPEI, Taiwan, 8 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Final Fate TD mengalu-alukan pemain ke Luna – sebuah dunia fantasi yang mengasyikkan dengan pengembaraan bertemakan anime. Menggabungkan permainan Mempertahankan Menara dan Cabutan Kad RPG, permainan baharu yang hebat ini bagus untuk pemain yang mahukan satu cabaran yang menguji kemahiran.

Pemain boleh menantikan satu gaya anime yang indah, dengan kesan khas yang menakjubkan yang menonjolkan kebolehan watak yang hebat. Pemain akan perlu membuat keputusan strategik ketika mereka bergerak maju di dalam permainan, dengan memilih daripada pelbagai set kemahiran dan kombinasi kad yang berbeza ketika mereka mempertahankan Luna daripada semua jenis musuh jahat dan seram.

Permainan itu menampilkan pelbagai watak anime yang sungguh berani, yang direka dengan sungguh indah dengan satu cara yang digemari oleh peminat genre. Uji kemahiran dan formasi strategik anda di dalam pelbagai mod pertempuran di arena Luna termasuk PvP dan PvE. Kumpulkan rakan-rakan anda untuk mewujudkan pasukan Mempertahankan Menara atau beraksi 1 lawan 1 dalam pertarungan wira.

Gaya Anime

Memanggil wira-wira anime legenda dan jatuh cinta dengan potret watak mereka yang dihasilkan dengan teliti. Terokai dunia Luna yang indah, dengan melawat beratus-ratus peta, daripada medan perang yang dilitupi salji yang teramat sejuk kepada hutan yang hijau dan subur.

Ikatan Dengan Perwatakan

Memuji kegemaran anda dan hujani mereka dengan hadiah untuk mempereratkan ikatan anda. Bentuk hubungan yang kuat dengan watak-watak untuk menjadikan mereka lebih kuat, yang membolehkan mereka untuk menguasai dalam mod permainan.

Permainan PvP dan PvE

Uji strategi anda dalam mod permainan mencabar pemain lawan persekitaran (PvE) dan mengetahui dengan lebih lanjut berhubung petua mendalam mengenai Luna, sebelum menuju ke arena untuk melawan pemain lain. Buktikan kemahiran anda dan tunjukkan bahawa anda adalah yang terbaik dalam permainan pemain lawan pemain (PvP).

Final Fate TD sudah keluar sekarang untuk dimuat turun di Google Play dan App store. Lihat treler di sini dengan satu pratonton tidak rasmi bagi barisan watak anime yang hebat dengan wira-wira seperti Scribe, Dora, Dante, dan Nanami. Ikuti perkembangan terkini di Facebook dan Instagram.

Galeri Foto/Multimedia Tersedia: 
https://www.businesswire.com/news/home/52281068/en

Hubungi

Ivy Chen
ivychen@gamesworld.com

Sumber : Gamamobi

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.