ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  SATU LOMPATAN KUANTUM BAGI ROBOT-ROBOT PENYAHJANGKITAN KUMAN DI SELURUH DUNIA

Friday 11/09/2020



Table
Robot baharu itu adalah didasarkan kepada pembelajaran dan tindak balas yang besar daripada pasaran global sepanjang 5 tahun, termasuk hospital dan kumpulan pelanggan lain dengan pengalaman tahap tinggi di dalam pengawalan jangkitan. Wawasan dan pengetahuan yang mendalam ini telah didigitalkan dan dimasukkan ke dalam bentuk algoritma sehingga menghasilkan pelbagai ciri dan fungsi baharu yang kini dilancarkan dengan robot itu dan digunakan dalam pengeluaran awal di banyak tapak pelanggan di seluruh dunia. (Foto: Business Wire)


UVD Robots, pengeluar terkemuka dunia bagi robot penyahjangkitan kuman, memperkenalkan generasi ketiga bagi robot boleh gerak berautonomi mereka yang menghapuskan virus dan bakteria di udara dan di permukaan dengan menggunakan cahaya UV-C. Robot hiper pintar yang baharu itu dapat menunjukkan kepada pengguna seberapa baik ia telah menyahjangkit kuman dan sangat mudah untuk digunakan sehingga sesiapa sahaja boleh mempelajarinya dalam hanya beberapa minit.

ODENSE, Denmark, 11 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pandemik Covid-19 telah meningkatkan secara kekal keperluan kebersihan dan penyahjangkitan kuman pada satu skala global. Di lebih 60 buah negara di seluruh dunia, pengedar UVD Robots sedang mengalami permintaan yang tinggi dari hospital, lapangan terbang, hotel, pusat beli-belah, syarikat makanan, industri pembersihan, kapal persiaran, syarikat farmaseutikal, kompleks pejabat dan banyak lagi yang berusaha untuk mendapatkan penyelesaian bagi memastikan persekitaran yang bebas daripada jangkitan.

“Kami telah mereka bentuk robot UV yang paling maju di dunia, yang juga merupakan yang paling mudah untuk digunakan di dunia,” kata Per Juul Nielsen, Ketua Pegawai Eksekutif bagi UVD Robots. “Sesiapa sahaja boleh memasang robot itu dalam hanya beberapa minit dan dengan serta merta boleh menggunakannya, menyahjangkit bakteria dan virus dari udara dan sebarang permukaan.”

Robot generasi ketiga itu dari UVD Robots boleh juga mengemudi dan beroperasi dalam persekitaran yang sangat kecil dan sempit, yang membuka peluang pasaran baharu seperti penyahjangkitan kuman berautonomi bagi bilik-bilik hotel yang kecil. Robot baharu itu mempunyai jejak yang jauh lebih kecil daripada pendahulunya, namun mempunyai kekuatan penyahjangkitan kuman yang sama.

“Robot penyahjangkitan kuman UV-C boleh gerak berautonomi generasi ketiga kami adalah yang pertama di dalam generasi itu di dunia dan sudah pasti sebuah pengubah keadaan dalam banyak cara, yang akan selamanya mengubah masa hadapan bagi penggunaan robot UV-C untuk penyahjangkitan kuman merentasi pelbagai industri,” kata pengerusi bagi lembaga UVD Robots, Claus Risager, dan menambah, “Robot itu memiliki sistem keselamatan yang tiada tandingannya yang menggunakan empat lapisan keselamatan, yang membolehkan robot itu untuk bergerak mengelilingi semua jenis persekitaran – walaupun di kawasan yang sangat sibuk - kerana ia mematikan diri jika orang berada pada jarak yang terlalu dekat. Ia mempunyai satu kemampuan yang unik untuk merasa, mendokumen dan menunjukkan kepada pengguna seberapa baik penyahjangkitan kuman di satu-satu kawasan, sekali gus membolehkan pengguna untuk menyesuai dan dengan pantas melaraskan proses itu dan mengoptimumkan kualitinya jika diperlukan. Satu ciri yang tidak terdapat pada robot penyahjangkitan kuman UV-C lain di dunia. Semua ciri-ciri yang unik ini telah dipatenkan.”

UVD Robots adalah sebuah anak syarikat bagi satu daripada kumpulan terkemuka di dunia di dalam pembangunan robot perkhidmatan profesional, Blue Ocean Robotics, yang juga termasuk anak syarikat seperti GoBe Robots dan PTR Robots.

Pautan kepada Kit Media

Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52282668/en

Hubungi

Hubungan syarikat:
Merima Cikotic
Blue Ocean Robotics
mc@blue-ocean-robotics.com
+45 71-99-56-06 

Sumber : Blue Ocean Robotics

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.