ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  LITHIUM WERKS MENINGKATKAN UNIT PERNIAGAAN PERUBATAN DAN JAGAAN KESIHATAN

Thursday 17/09/2020



Lithium Werks, B.V. mengumumkan pembentukan unit perniagaan Perubatan dan Jagaan Kesihatan baharu yang akan menumpukan perhatian pada penyediaan kuasa mudah alih, penyelesaian tenaga dan produk untuk membantu pembanterasan virus dan meratakan lengkung

AUSTIN, Texas dan ENSCHEDE, Belanda, 17 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lithium Werks memanfaatkan pemerolehan A123 Industrial Division dan Valence Technology, sedang membentuk Unit Perniagaan Perubatan yang dipertingkat untuk bekerjasama dan berkolaborasi dengan OEM peralatan perubatan serta penyepadu sistem perubatan dan juga syarikat jagaan kesihatan dan komuniti untuk menyediakan kuasa litium mudah alih dan penyelesaian tenaga untuk memerangi virus dan untuk meratakan lengkung.

Memanfaatkan portfolio global sel litium, modul bateri, sistem pengurusan bateri mereka, serta Nanophosphate® mereka yang dibangunkan oleh MIT, juga dikenali untuk Power.Safety.Life.™,, Lithium Werks berasa sukacita untuk berkongsi unit perniagaan baharu yang akan menumpukan pada usaha meningkatkan rantaian bekalan bateri litium perubatan daripada bateri kart perubatan, katil hospital, peralatan pembedahan, defibrilator, serta bateri mudah alih untuk ventilator dan respirator. Juga disertakan adalah robot, peralatan pembersihan dan pensterilan UV, penyimpanan tenaga, kuasa sandaran dan unit kuasa bantuan.

Lithium Werks telah menjual lebih daripada $100J modul sel dan bateri sepanjang dekad yang lalu kepada komuniti perubatan. Syarikat ini telah mewujudkan portfolio global bagi OEM perubatan bertaraf dunia dan pelanggan penyepadu sistem jagaan kesihatan serta kini membangunkan rangkaian produk yang telah dibesarkan untuk penyimpanan tenaga, robotik dan penggunaan industri yang menyokong industri jagaan kesihatan. Ketua Pegawai Operasi, John Aittama menyatakan, “Lithium Werks telah membangunkan kehadirannya dalam bidang peranti perubatan selama lebih daripada 10 tahun dan berada pada kedudukan yang baik berdasarkan sejarah kualiti dan kebolehpercayaan kami yang panjang.”

Memandangkan pandemik ini telah meningkatkan kebimbangan kesihatan dan keselamatan, Lithium Werks menjalankan tanggungjawab kami untuk memerangi penyebaran virus COVID-19 dan banyak lagi kebimbangan kesihatan lain dengan meningkatkan fokus dan kerjasama kami untuk membantu dalam menyokong hospital, pekerja jagaan kesihatan, pesakit, OEM perubatan dan penyepadu sistem perubatan. Don Lenz, Naib Presiden Jualan Global, mengesahkan bahawa, “Dengan melengkapi pekerja barisan hadapan kami yang berani pada waktu pandemik global ini dengan unit penyimpanan tenaga litium yang tahan lama dan mengecas dengan pantas, membolehkan ahli profesional perubatan, bomba dan polis untuk kekal berjuang bagi membantu pesakit yang paling lemah.”

Tidak kira apa-apa pun keperluan kuasa perubatan mudah alih anda, sila hubungi Lithium Werks untuk penyelesaian bateri litium profesional.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di https://lithiumwerks.com/contact/

Perihal Lithium Werks - Lithium Werks dibentuk pada tahun 2017 dan secara senyap-senyap telah mendapat kedudukan utama dunia bagi bahan, sel, modul dan sistem pengurusan bateri Ferum Fosfat Litium. Syarikat ini merupakan salah sebuah syarikat bateri ion litium yang paling pantas berkembang di dunia dan peneraju global dalam paten dan produk LFP, dengan operasi di China, Eropah dan Amerika Syarikat. Untuk maklumat lanjut tentang Lithium Werks, sila lawati www.lithiumwerks.com

Maklumat hubungan:
lwmarketing@lithiumwerks.com 

SUMBER: Lithium Werks

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.