ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  NTT COMMUNICATIONS DIBERI PENGHARGAAN DALAM DUA KATEGORI OLEH PROGRAM ANUGERAH AMALAN TERBAIK FROST & SULLIVAN 2020 ASIA PASIFIK

Thursday 17/09/2020



TOKYO, 17 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), hari ini mengumumkan bahawa ia telah diiktiraf sebagai penerima anugerah bagi Penyedia Terbaik Tahun 2020 bagi Perkhidmatan loT Jepun dan Penyedia Terbaik Tahun 2020 bagi Perkhidmatan Pusat Data Jepun oleh program Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan 2020 Asia Pasifik semalam.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200915005025/en/

Meraikan ulang tahun mereka ke-18, Anugerah ICT Frost & Sullivan Asia-Pasifik kini digabungkan dengan program Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan Asia-Pasifik dan ia mengiktiraf syarikat-syarikat dalam pelbagai pasaran serantau dan global yang menunjukkan pencapaian yang luar biasa dan prestasi yang unggul di dalam bidang seperti kepimpinan, inovasi teknologi, perkhidmatan pelanggan, dan pembangunan produk strategik. Untuk mengenal pasti amalan terbaik dalam industri masing-masing pada setiap tahun, penganalisis industri membandingkan peserta pasaran dan mengukur prestasi melalui temuramah secara mendalam, analisis, dan penyelidikan sekunder yang menyeluruh.

NTT Com telah dinobatkan sebagai Penyedia Terbaik Perkhidmatan loT Jepun Tahun 2020 untuk tahun kedua berturut-turut. NTT Com menyokong transformasi digital bagi pelanggan melalui perkhidmatan Things AdvisoryTM  mereka untuk berunding mengenai pelaksanaan loT dan penggunaan/analisis data, perkhidmatan Things CoordinationTM  untuk mereka bentuk dan membina sistem loT yang disesuaikan untuk setiap pelanggan, perkhidmatan Things ManagementTM  untuk pengurusan sistem loT sehenti berdasarkan kepada pengetahuan unik NTT Com sebagai sebuah penyedia perkhidmatan ICT, dan perkhidmatan platform Things Cloud® IoT untuk visualisasi dan fungsi/templat yang disesuaikan bagi pelaksanaan loT.

Menurut Deepu Nair, seorang penganalisis Amalan ICT untuk Frost & Sullivan: “NTT Com menawarkan satu rangkaian khidmat nasihat yang komprehensif bersama dengan pelbagai penyelesaian loT, menyokong pelanggan dalam merancang, memasang, dan menyelenggara sistem loT yang kompleks. Usaha ini mencerminkan tumpuan berterusan NTT Com dalam merangka perkongsian yang berkesan untuk membimbing organisasi melalui pelbagai peringkat dalam perjalanan penerimaan loT mereka. Ini merupakan asas bagi kejayaan syarikat di tempat pasaran loT yang sesak. Strategi berpusatkan pelanggan yang berjaya ini membezakan NTT Com daripada pesaing mereka.”

Anugerah Penyedia Terbaik Perkhidmatan Pusat Data Jepun 2020 adalah difahami untuk memperakui usaha NTT Com untuk menyokong pelanggan dengan perkhidmatan pusat data NexcenterTM, perkhidmatan terurus dan Flexible InterConnect, sambungan selamat ke pelbagai awan, serta Nexcenter LabTM  syarikat itu yang baharu dibuka di mana pelanggan dan rakan dapat bekerjasama dalam mewujudkan perniagaan baharu.

Nishchal Khorana, seorang pengarah kanan Amalan ICT untuk Frost & Sullivan, berkata: “Ketika persaingan di pasaran perkhidmatan pusat data Jepun terus meningkat, strategi pertumbuhan dan tumpuan operasi NTT Com yang mantap telah memungkinkannya untuk mewujudkan perbezaan yang signifikan di pasaran. Pelaburan yang dirancang oleh penyedia perkhidmatan itu di pusat-pusat data baharu juga menunjukkan komitmen mereka terhadap pasaran dan perniagaan. NTT Com menambahkan perkhidmatan lokasi bersama mereka dengan satu portfolio perkhidmatan terurus dan keselamatan, yang menawarkan pelanggan pelbagai satu spektrum perkhidmatan yang luas daripada satu penyedia tunggal. Strategi mereka sejajar dengan persekitaran awan yang berubah dengan menyediakan sambungan langsung ke pelbagai persekitaran awan awam. Inisiatif NTT Com untuk menggalakkan inovasi terbuka dijangka dapat mewujudkan sebuah platform yang berkesan untuk penciptaan bersama bagi penawaran dengan ekosistem rakan dan memperkuatkan nilai bagi perusahaan.”

Untuk maklumat lanjut mengenai anugerah NTT Com, sila layari di sini.

Maklumat mengenai NTT Communications Corporation

NTT Communications menyelesaikan cabaran teknologi dunia dengan membantu perusahaan mengatasi kerumitan dan risiko di dalam persekitaran ICT mereka dengan penyelesaian infrastruktur IT yang terurus. Penyelesaian ini disokong oleh infrastruktur kami di seluruh dunia, termasuk rangkaian awam dan persendirian peringkat 1 global yang terkemuka di dalam industri yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/wilayah, dan lebih 500,000m2 kemudahan pusat data yang paling maju di dunia. Pasukan perkhidmatan profesional global kami menyediakan perundingan dan seni bina untuk daya ketahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi kejayaan perniagaan anda, dan kemampuan berskala dan global kami tidak ada bandingannya. Digabungkan dengan NTT Ltd., NTT Data, NTT DOCOMO, kami adalah merupakan Kumpulan NTT.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200915005025/en/

Hubungi

Untuk maklumat lanjut
Masaki Nomoto, Aoi Funagoshi
Perhubungan Awam
NTT Communications
+81-3-6700-4010
ar-cp@ntt.com

Sumber : NTT Communications Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.