ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  AMERICAN EXPRESS MENGUMUMKAN PELAN UNTUK MEMPERLUASKAN RUANG MENUNGGU CENTURION® DI DUA LAPANGAN TERBANG UTAMA AMERIKA SYARIKAT DAN BERSEDIA UNTUK MENGALU-ALUKAN PELANCONG DENGAN AMALAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN BAHARU

Thursday 17/09/2020



Table
Mereka semula Ruang Menunggu Centurion di Lapangan Terbang LaGuardia di New York (Foto: Business Wire)



· AMERICAN EXPRESS AKAN MEMPERLUAS DAN MENINGKATKAN DENGAN KETARA RUANG MENUNGGU CENTURION YANG SEDIA ADA DI LAPANGAN TERBANG LAGUARDIA DI NEW YORK DAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA MCCARRAN DI LAS VEGAS
· AMERICAN EXPRESS MEMPERKENALKAN PROTOKOL KESIHATAN DAN KESELAMATAN “KOMITMEN RUANG MENUNGGU CENTURION” YANG BAHARU

NEW YORK, 17 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, American Express (NYSE: AXP) mengumumkan rancangan untuk memperluaskan dua ruang menunggu Centurion khas mereka dan memperkenalkan Komitmen Ruang Menunggu Centurion, satu set protokol dan amalan kesihatan dan keselamatan baharu, yang akan dilaksanakan di semua Ruang Menunggu Centurion ketika mereka dibuka semula (sebahagiannya bermula pada awal Oktober). Ruang Menunggu Centurion di Lapangan Terbang LaGuardia di New York (LGA) akan berpindah ke lokasi yang lebih besar di Terminal B yang baharu, dan seperti yang diumumkan sebelum ini, Ruang Menunggu Centurion di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran (LAS) di Las Vegas, akan diperluas dan direka semula.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200916005291/en/

“Kesihatan, keselamatan dan keselesaan bagi Ahli Kad kami dan rakan mereka tetap menjadi keutamaan kami ketika kami ingin memperluas dan membuka kembali Ruang Menunggu Centurion kami yang ikonik di seluruh dunia,” kata Alexander Lee, Naib Presiden Pengalaman & Manfaat Perjalanan. “Kami percaya perjalanan adalah teras kepada gaya hidup Ahli Kad kami, dan seperti mereka, kami menantikan hari di mana kami dapat mengembara kembali ke seluruh dunia - kami sangat gembira untuk menyambut mereka kembali ke Ruang Menunggu Centurion kami tidak lama lagi.”

Meningkatkan Pengalaman Ruang Menunggu Centurion di LAS dan LGA:

Pengubahsuaian kepada Ruang Menunggu Centurion di Lapangan Terbang LaGuardia di New York dan Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran di Las Vegas akan disiapkan pada tahun 2021. Ruang menunggu yang diperluaskan akan dilengkapi dengan satu suite kemudahan untuk dinikmati oleh Ahli Kad ketika mereka meneruskan perjalanan.

· Ruang Menunggu Centurion di LGA akan digandakan dalam saiz dan berpindah ke sebuah ruang pasca-keselamatan di Terminal B yang baharu dan terkini di lapangan terbang itu. Ruang menunggu yang baharu itu akan mempunyai sebuah bilik keluarga, ruang kerja tambahan, bilik telefon peribadi, dan pemandangan bagi latar langit Bandar raya New York.
· Jejak karbon bagi Ruang Menunggu Centurion yang pertama, dibuka di LAS pada tahun 2013, akan diperluaskan dari hampir 9,000 kaki persegi kepada lebih 13,400 kaki persegi. Ruang menunggu yang direka baharu itu akan mempunyai kawasan pelbagai guna tambahan, bilik telefon peribadi baharu, ruang resepsi dan ruang kerja yang direka bentuk baharu dan banyak lagi.
 
American Express juga sedang berusaha untuk membuka lokasi ruang menunggu mereka yang terbaharu pada akhir tahun ini di Lapangan Terbang John F. Kennedy di New York, Lapangan Terbang Heathrow di London dan Lapangan Terbang Antarabangsa Denver.

Mewujudkan sebuah Persekitaran yang Sihat dan Selamat dengan Komitmen Ruang Menunggu Centurion:

Walaupun Ruang Menunggu Centurion kami terus ditutup disebabkan oleh COVID-19, American Express telah memperkenalkan Komitmen Ruang Menunggu Centurion untuk terus menyokong kesihatan dan keselamatan bagi Ahli Kad dan rakan mereka apabila ruang istirehat itu dibuka semula. Menurut Amex Trendex*, satu laporan trend dari American Express, hampir 2 dalam 3 pengguna berkata sama ada dasar dan prosedur kesihatan dan keselamatan (39%) atau fleksibiliti (25%) adalah yang paling penting ketika mereka ingin menempah perjalanan di masa depan.

Ahli-ahli Kad akan mengalami amalan kesihatan dan keselamatan baharu seperti penjarakan sosial bagi kedudukan tempat duduk, pengurangan kapasiti, peningkatan kekerapan pembersihan, keperluan untuk memakai pelitup muka ketika memasuki ruang menunggu, makanan yang disajikan dan bukannya secara bufet, dan banyak lagi. Untuk pengalaman daftar masuk tanpa bersentuhan, Ahli Kad boleh memuat turun Aplikasi American Express® dan menggunakan Ciri-ciri Daftar Masuk Bergerak. Amalan ini akan dinilai semula secara berterusan untuk mengambil kira keperluan Ahli Kad dan keperluan kerajaan negeri dan tempatan dan pihak berkuasa kesihatan. Ketahui lebih lanjut di sini: thecenturionlounge.com/reopening.

Walaupun sebahagian mungkin tidak bersedia untuk melakukan perjalanan hari ini, Amex Trendex* mendapati bahawa lebih daripada separuh (56%) pengguna yang lazimnya melakukan perjalanan ke dalam negeri menjangkakan merasa selesa untuk pergi ke destinasi domestik dalam masa enam bulan. American Express sedang menilai bila untuk membuka kembali lokasi Ruang Menunggu Centurion mereka berdasarkan beberapa faktor, termasuk kelaziman kes COVID-19 tempatan, dan akan mengambil pendekatan bertahap, lokasi mengikut lokasi. Syarikat itu menjangkakan akan membuka semula Ruang Menunggu Centurion di lapangan terbang Seattle-Tacoma dan lapangan terbang Antarabangsa Philadelphia pada 5 Oktober 2020, dengan lebih banyak lokasi akan menyusul.

* Metodologi Amex Trendex:
Pungutan suara dalam talian ini telah dilakukan oleh tinjauan Morning Consult di antara 18-20 Ogos 2020 di antara satu sampel nasional terdiri daripada 2,000 orang pelancong penduduk umum dengan pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya $70 ribu, dan ditakrifkan sebagai orang dewasa (18+) yang melakukan perjalanan melalui udara sekurang-kurangnya sekali pada tahun 2019. Hasil daripada tinjauan itu mempunyai margin ralat tambah atau tolak 2 mata peratusan.

MAKLUMAT MENGENAI AMERICAN EXPRESS

American Express adalah sebuah syarikat pembayaran bersepadu global, yang menyediakan pelanggan dengan akses kepada produk, pandangan dan pengalaman yang memperkayakan kehidupan dan membina kejayaan perniagaan. Ketahui lebih lanjut di americanexpress.com dan berhubungan dengan kami di facebook.com/americanexpressinstagram.com/americanexpress
linkedin.com/company/american-expresstwitter.com/americanexpress, dan youtube.com/americanexpress.

Pautan utama kepada maklumat produk, perkhidmatan dan tanggungjawab korporat: kad caj dan kad kreditkad kredit perniagaan
perkhidmatan perjalanankad hadiahkad prabayarperkhidmatan saudagarAccertifyInAuth
kad korporatperjalanan perniagaan, dan tanggungjawab korporat.

MAKLUMAT MENGENAI RUANG MENUNGGU CENTURION

Ruang Menunggu Centurion adalah program istirehat khas di dalam Koleksi Ruang Menunggu Global American Express yang lebih luas, yang termasuk akses kepada Ruang Menunggu Centurion American Express, ruang menunggu American Express antarabangsa, Delta Sky Club® untuk Ahli Kad yang terbang di Delta, Priority PassTM Ruang Menunggu Terpilih semasa pendaftaran, Ruang Menunggu Airspace, Ruang Menunggu Escape MAG A.S. dan Ruang Menunggu Plaza Premium - sejumlah lebih 1,300 ruang menunggu merentasi 140 buah negara dan masih meningkat.

Akses kepada Ruang Menunggu Centurion adalah pelengkap dan eksklusif untuk Ahli Kad Platinum, Ahli Centurion dan Ahli Kad Rizab Delta SkyMiles®. Ahli Kad Platinum boleh masuk dengan sehingga dua orang rakan perjalanan tanpa bayaran tambahan. Ahli Centurion boleh masuk bersama keluarga terdekat atau sehingga dua orang rakan perjalanan. Kad Platinum dan Ahli Centurion boleh membeli akses kepada Ruang Menunggu Centurion untuk tetamu tambahan dengan harga $50 bagi setiap tetamu. Ahli Kad Rizab Delta SkyMiles® boleh membawa sehingga dua orang tetamu dengan harga setiap lawatan $50 bagi setiap orang, bagi setiap lokasi.

Lokasi: Global

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200916005291/en/

Hubungi

AMERICAN EXPRESS
Margot Leeds
Margot.Leeds@aexp.com

Sumber : Syarikat American Express

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.