Lithium Werks, B.V. mengumumkan rancangan untuk mula menjual serbuk katod Nanophosphate®
yang terkenal di dunia untuk bateri litium kepada pengeluar bateri litium. Lithium Werks juga sedang mempertimbangkan tawaran untuk pelesenan portfolio globalnya bagi paten proses pengeluaran LFP kos rendah.AUSTIN, Texas dan ENSCHEDE, Belanda, 17 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lithium Werks dengan sukacitanya mengumumkan bahawa berkuat kuasa serta-merta, mereka kini menjual serbuk Nanophosphate® berpaten dan proprietari yang terkemuka di dunia. Teknologi ini pada asalnya dibangunkan oleh MIT, yang kemudiannya dikomersialkan oleh A123 Systems, Inc. terlebih dahulu. Lithium Werks telah memperoleh hak kepada bahan katod yang mengubah keadaan, bebas kobalt dan kini sudi menjual serbuk LFP terkemuka ini kepada pengeluar bateri ion litium. Sementara syarikat bateri lain sedang cuba mengurangkan jumlah kobalt dalam bateri ion litium, Lithium Werks telah berjaya menghapuskan bukan sahaja kobalt, tetapi nikel logam yang mahal dan berat. Nanophosphate® telah digunakan dan disahkan dalam lebih daripada 10,000 bas elektrik hibrid di atas jalan raya untuk jutaan batu sejak tahun 2014, serta digunakan pada banyak produk perubatan, industri dan penyimpanan tenaga lain sepanjang dekad yang lalu.
“Kami dengan sukacitanya menjual serbuk katod Nanophosphate®
, serbuk Ferum berdasarkan Fosfat Litium (LFP) perdana dunia. Sementara syarikat bateri terkemuka lain cuba mengurangkan jumlah kobalt dalam bateri litium mereka, kami telah pun berjaya melakukannya,” kata Joe Fisher, Pengasas Bersama dan CEO Lithium Werks. “Ini dikenali secara global untuk Power.Safety.Life.™
dan jumlah kos pemilikan yang lebih rendahnya.”Selain itu, Lithium Werks dengan sukacita mengumumkan bahawa mereka terbuka untuk memberikan lesen paten proses pengeluaran LFP mereka, yang merupakan portfolio yang terdiri daripada kaedah pengeluaran kos rendah untuk mengeluarkan bahan katod Ferum Fosfat Litium (LFP). Bahan ini pada asalnya direka bentuk dan dipatenkan oleh Valence Technology, Inc. dan diperoleh Lithium Werks, pemilik portfolio paten terbesar di dunia bagi bahan LFP dan teknologi berkaitan.
Proses dipatenkan ini diiktiraf secara universal sebagai kaedah yang paling cekap kos dalam pengeluaran bahan katod Ferum Fosfat (LFP) Litium pada skala. Kini LFP ialah bahan katod yang kedua paling banyak digunakan di dunia untuk bateri ion litium. Hal ini amat relevan pada hari ini kerana LFP tidak mengandungi sebarang kobalt dan dikenali secara global untuk kuasa, keselamatan dan hayat kitaran panjang miliknya berbanding bahan katod ion litium yang lain.
“Tiada Co atau Ni dalam LFP,” kata CTO Lithium Werks, Dr. Yazid Saidi, yang merupakan pemegang beberapa paten berkaitan teknologi LFP. “Paten ini, bersama-sama dengan paten proses, membolehkan laluan unik kepada pengeluaran boleh skala dan cekap kos bagi bahan katod yang mengubah keadaan.”Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mendapatkan lesen atau membeli Nanophosphate®, sila hubungi kami di:
https://lithiumwerks.com/contact/ Lithium Werks secara senyap-senyap telah mendapat kedudukan utama dunia bagi bahan, sel, modul dan sistem pengurusan bateri Ferum Fosfat Litium. Syarikat ini merupakan salah sebuah syarikat bateri ion litium yang paling pantas berkembang di dunia dan peneraju global dalam paten dan produk LFP dengan operasi di China, Eropah dan Amerika Syarikat. Untuk maklumat lanjut tentang Lithium Werks, sila lawati kami di www.lithiumwerks.comMaklumat Hubungan:
lwmarketing@lithiumwerks.com SUMBER: Lithium Werks
--BERNAMA