ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  MAVENIR MENYAMPAIKAN FUNGSI SATAH PENGGUNA TERAS 5G TERKEMUKA INDUSTRI (UPF) DENGAN PECUTAN NVIDIA MELLANOX SMARTNIC

Thursday 24/09/2020



Nod Kombo menyokong Pelanggan 2G, 3G, 4G dan 5G

RICHARDSON, Texas, 24 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mavenir, satu-satunya Penyedia Perisian Rangkaian natif awan hujung ke hujung bagi industri itu, hari ini mengumumkan satu Fungsi Satah Pengguna Teras 5G (UPF) berprestasi tinggi yang dipercepatkan oleh NVIDIA Mellanox ConnectX-6 Dx SmartNICs. UPF memainkan satu peranan penting di dalam rangkaian 5G untuk merealisasikan visi transformatif bagi latensi rendah dan daya pemprosesan tinggi.

Dengan membolehkan transformasi rangkaian yang menjimatkan kos kepada 5G, Mavenir UPF menyediakan satu set lengkap bagi fungsi satah pengguna teras 5G kendiri dan sokongan nod kombo, menyampaikan satu gabungan unik bagi prestasi dan keupayaan tinggi untuk menyokong pelanggan 2G, 3G, 4G dan 5G dalam satu fungsi rangkaian satah pengguna bersepadu yang tunggal.

Mavenir UPF menyampaikan nilai unik melalui reka bentuk natif awan, seni bina berasaskan kontena, pemprosesan paket yang sangat dioptimumkan dengan keupayaan pemunggahan perkakasan yang boleh dikonfigurasi, dan sokongan ketersediaan tinggi yang terbina dalam. Walaupun memenuhi permintaan berprestasi sangat tinggi dan jejak perkakasan yang rendah, Mavenir UPF juga menyampaikan pergerakan berautomasi dan kemudahan bagi penyelenggaraan operasi melalui sistem pengurusan berpusat, sekali gus mengurangkan keseluruhan jumlah kos pemilikan (TCO).

Mavenir telah membangunkan satu penyelesaian UPF yang sangat dioptimumkan, baik melalui teknik pengoptimuman perisian dan perkakasan, dan telah menunjukkan prestasi sehingga 524 Gbps menggunakan 16 fast path (FP) teras CPU, dan pada masa yang sama mengurangkan jejak pelayan secara keseluruhan sebanyak 50% dengan menggunakan pemunggahan NVIDIA SmartNIC UPF. NVIDIA ConnectX-6 Dx mempercepatkan Mavenir UPF melalui pengimbangan beban dinamik, pemprosesan paket yang cekap dan penghantaran pintar untuk memastikan aliran audio, video, dan data bagi beribu-ribu pelanggan sejajar dan mengalir dengan lancar pada tahap kualiti perkhidmatan yang komited.

“Mesej utama di sini adalah bahawa untuk daya pemprosesan yang sama (sebelum punggah) kami telah mengurangkan jejak sebanyak 50% ketika memunggah fungsi kepada SmartNIC,” kata Ashok Khuntia, Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar, Pengkomputeran Paket di Mavenir. “Kami sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan NVIDIA untuk menyampaikan UPF yang berprestasi tinggi dan menjimatkan kos ke pasaran untuk digunakan oleh operator besar dan kecil di seluruh dunia.”

“Penghantaran paket UPF sangat kritikal untuk mencapai penghirisan rangkaian fleksibel dan keupayaan pensuisan latensi rendah bagi rangkaian 5G,” kata Amit Krig, Naib Presiden Kanan bagi Perisian dan Produk Penyesuai Rangkaian di NVIDIA. “Mavenir memanfaatkan pemecutan perkakasan bagi SmartNIC dan DPU kami untuk menyampaikan prestasi UPF yang bertaraf dunia, dan pada masa yang sama membebaskan kitaran CPU untuk menjalankan aplikasi lain yang menghasilkan pendapatan.”

Maklumat mengenai Mavenir:

Mavenir adalah satu-satunya Penyedia Perisian Rangkaian natif awan hujung ke hujung bagi industri itu dan Integrasi Penyelesaian/Sistem, yang memberi tumpuan kepada pemecutan transformasi rangkaian perisian untuk Penyedia Perkhidmatan Komunikasi (CSP). Mavenir menawarkan satu portfolio produk hujung ke hujung yang komprehensif merentasi setiap lapisan bagi timbunan infrastruktur rangkaian. Dari lapisan aplikasi/perkhidmatan 5G kepada teras paket dan RAN, Mavenir mendahului cara dalam penyelesaian rangkaian natif awan yang berkembang, yang membolehkan pengalaman berinovatif dan selamat bagi pengguna. Dengan memanfaatkan inovasi dalam IMS (VoLTE, VoWiFi, Pemesejan Lanjutan (RCS)), Rangkaian Persendirian serta vEPC, Teras 5G dan OpenRAN vRAN, Mavenir mempercepatkan transformasi rangkaian bagi lebih 250 pelanggan CSP di lebih 140 buah negara, yang memberi perkhidmatan kepada lebih 50% bagi pelanggan dunia.

Mavenir merangkumi seni bina teknologi disruptif, berinovatif dan model perniagaan yang yang memacukan kelincahan, fleksibiliti, dan halaju perkhidmatan. Dengan penyelesaian yang menggerakkan evolusi NFV untuk mencapai ekonomi berskala web, Mavenir menawarkan penyelesaian untuk membantu CSP dengan pengurangan kos, penjanaan pendapatan, dan perlindungan pendapatan. www.mavenir.com
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200923005257/en/ 


Hubungi

Maryvonne Tubb
Mavenir PR

NA-Loren Guertin
MatterNow

EMEA-Kevin Taylor
GlobalResultsPR

Sumber : Mavenir

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.