ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  YILI DAN LEBIH DARIPADA 200 PEMIMPIN PERNIAGAAN BERIKRAR MENYOKONG KERJASAMA GLOBAL YANG DIPERBAHARUI KETIKA PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-75

Monday 28/09/2020

AsiaNet 85817

Table
Kapsyen: Pan Gang, Pengerusi dan Presiden bagi Kumpulan Yili

BEIJING, 28 Sept., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Syarikat-syarikat dari lebih 100 buah negara menunjukkan sokongan mereka terhadap Pernyataan daripada Pemimpin-pemimpin Perniagaan bagi Kerjasama Global yang Diperbaharui yang disampaikan kepada Setiausaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu - Jeneral Antonio Guterres oleh Sanda Ojiambo, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif bagi Compact Global PBB pada 21 September, 2020 untuk memperingati ulang tahun ke-75 PBB.

Ketika wakil jemputan bagi usahawan industri makanan, pengerusi dan presiden bagi pengeluar makanan kesihatan global Kumpulan Yili Pan Gang telah menandatangani pernyataan itu bersama dengan lebih 200 Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat-syarikat global utama, termasuk Alex Gorsky, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Johnson & Johnson, Brad Smith, Presiden Microsoft, dan Punit Renjen, Ketua Pegawai Eksekutif Global bagi Deloitte Global, untuk menyatakan sokongan beliau kepada gesaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk bersama-sama memimpin dunia ke arah satu jalan pembangunan yang lebih adil, inklusif dan mapan dan untuk “bersatu di dalam perniagaan bagi sebuah dunia yang lebih baik”.

Pan percaya bahawa kerjasama bagi kepentingan bersama menjadikan semua pihak sebagai pemenang yang lebih kuat. Dan inilah yang telah digalakkan oleh Yili selama ini. Syarikat itu mengambil inisiatif untuk melaksanakan Matlamat Pembangunan Lestari PBB (SDG), menggalakkan kerjasama secara mendalam dengan rakan-rakan global mereka untuk bersama-sama membangunkan sebuah “ekosistem kesihatan global”, dan menyokong pembangunan lestari dengan program-program yang khusus.

-Pada tahun 2016, di Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Kepelbagaian Biologi (CBD) di Cancun, Mexico, Yili telah menandatangani Ikrar Perniagaan dan Kepelbagaian Biologi, untuk menjadi syarikat China pertama yang menandatangani ikrar tersebut.

-Pada tahun 2017, Yili menjadi syarikat makanan China pertama yang menyertai Global Compact Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

-Pada tahun 2019, Yili telah menandatangani perjanjian dengan 13 rakan strategik global, termasuk Tetra Pak, Cargill dan Fin Meiyi, untuk bersama-sama membina “rangkaian global yang pertama di dalam industri itu untuk rantaian bekalan lestari” pada Ekspo Import Antarabangsa China ke-2.

-Pada tahun 2020, Yili akan melancarkan “Inisiatif Bersama ekosistem Kesihatan Global” dengan rakan-rakan global mereka DuPont, Chr Hansen, GEA, Roquette pada Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Sedunia untuk menggubal satu rangka tindakan bagi sebuah “ekosistem kesihatan global” dan menggalakkan pembangunan lestari bagi seluruh rantaian industri itu.
 
Sumber: Kumpulan Yili
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan” http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=372704
 
   Kapsyen: Pan Gang, Pengerusi dan Presiden bagi Kumpulan Yili 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.