ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  UMW HOLDINGS MEMBANTU GOLONGAN MISKIN DENGAN PENGAGIHAN PELITUP MUKA GUNA SEMULA DAN SUMBANGAN MAKANAN RUJI BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA

Tuesday 29/09/2020



Table
Gambar 1: Barang makanan ruji diagihkan ke rumah kebajikan yang terpilih di seluruh negara, termasuk Rumah Jubli Perak untuk Orang Tua di Pulau Pinang.
 
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- UMW Holdings Bhd ("Kumpulan UMW") bermatlamat untuk mendorong rakyat Malaysia untuk terus bertahan dalam melalui masa-masa yang sukar dan mencabar, kesan dari wabak Covid-19 melalui kempen “Smile On, Malaysia”, yang telah disiarkan di media sosial dan juga media cetak konvensional. Kempen ini, yang berjalan dari 28 Ogos hingga 16 September, telah dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, dan selaras dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu Malaysia Prihatin atau “Malaysia Cares”. Orang awam juga dapat turut serta menjadi sebahagian daripada kempen ini melalui media sosial, dengan menggunakan filter pelitup muka kempen “UMW's Smile On, Malaysia” di profil Instagram dan Facebook mereka.
 
Dengan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka secara wajib di tempat awam, Kumpulan menyedari bahawa golongan miskin mungkin menghadapi masalah kewangan untuk mematuhi peraturan tersebut. Oleh itu, sebagai sebahagian daripada kempen Smile On, Malaysia, 28,000 pelitup muka guna semula akan diagihkan di seluruh negara kepada mereka yang kurang berkemampuan. Toyota Boshoku UMW Sdn Bhd adalah pengedar pelitup muka ini, dimana ia memenuhi kriteria Kementerian Kesihatan untuk memberikan perlindungan maksimum dan dikeluarkan berdasarkan garis panduan terkini Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dalam memastikan keberkesanannya. Pekerja UMW turut memberi sokongan terhadap kempen ini dengan membantu untuk membungkus pelitup muka guna semula yang akan diagihkan. Kumpulan UMW juga memberikan 7,000 pelitup muka guna semula kepada pekerjanya untuk keselamatan mereka semasa wabak ini.
 
Selain daripada inisiatif pengagihan pelitup muka, Kumpulan juga mengambil kesempatan untuk mengumpulkan dan mengagihkan barangan makanan ruji untuk membantu golongan kurang mampu yang terkesan oleh wabak Covid-19. Usaha mengumpulkan barangan makanan pada awal bulan ini di Ibu Pejabat UMW serta semua cawangan di seluruh negara memberi peluang untuk pekerja UMW memberi sumbangan. Hasil daripada inisiatif ini, sumbangan yang diterima daripada pekerja UMW adalah amat memberangsangkan. Sebagai tambahan daripada hasil sumbangan usaha pengumpulan makanan tersebut, UMW Holdings turut memperuntukkan RM1,000 untuk disalurkan kepada setiap rumah kebajikan, Sebanyak 63 rumah kebajikan di seluruh Malaysia, yang terdiri daripada rumah orang tua, rumah anak yatim dan pusat orang kurang upaya yang mendapat manfaat daripada usaha ini.
 
Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Azmin Che Yusoff berkata, "Walaupun dengan keadaan yang mencabar sekarang ini, sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kita akan melakukan semua yang terdaya untuk menghulurkan bantuan kepada komuniti yang berisiko dan  memberi bantuan kepada keluarga yang terjejas secara langsung oleh wabak Covid-19 dalam keadaan yang mencabar ini."

Mengenai UMW

Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat bertaraf antarabangsa yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada tiga segmen perniagaan teras - Automotif, Jentera dan Pembuatan & Kejuruteraan. Kami kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 7,500 orang.

Dengan berpegang kepada prinsip Beyond Boundaries®, UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri - dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pemegang sahamnya.

SUMBER: UMW

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: S Vikneshwaran
General Manager – Investor & Media Relations
UMW Corporation Sdn. Bhd.
Tel: +603 2025 2104 / +6019 850 5799
Emel: vikneshwaran.s@umw.com.my  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.