ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  TOSHIBA LANCAR AMPLIFIER PENGENDALIAN CMOS PENGGUNAAN ARUS ULTRA RENDAH YANG MENYUMBANG KEPADA WAKTU OPERASI LEBIH LAMA BAGI PERANTI KENDALIAN BATERI

Tuesday 29/09/2020



Table
Toshiba: sebuah amplifier pengendalian CMOS baharu TC75S102F yang menampilkan penggunaan arus ultra rendah yang terkemuka dalam industri. (Foto: Business Wire)


TOKYO, 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah menambahkan “TC75S102F,” sebuah amplifier pengendalian CMOS baharu yang menampilkan penggunaan arus ultra rendah yang terkemuka dalam industri[1] kepada barisannya. Penghantaran bermula hari ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200928005236/en/

Amplifier pengendalian meningkatkan isyarat lemah daripada sensor, dan untuk menyokong penggunaan yang lebih lama di antara caj bagi peralatan yang dikendalikan oleh bateri, termasuk peranti tepi loT dan peranti mudah alih[2],  mereka mesti juga menyampaikan penggunaan arus yang lebih rendah.

Toshiba telah menggunakan teknologi proses CMOS mereka untuk mengoptimumkan perlitaran bagi amplifier pengendalian baharu dan menurunkan penggunaan kuasanya dengan mendapatkan penggunaan arus rendah yang terkemuka[1] di dalam industri. Dengan voltan bekalan minimum 1.5V, peranti baharu itu adalah amplifier pengendalian input/output (input/output Rel-ke-Rel) julat penuh yang menawarkan prestasi lebih tinggi berbanding dengan pendahulunya.

Penggunaan

· Pelbagai sensor[2] dalam peranti kendalian bateri[3]
· Modul IoT

Ciri-ciri

· Arus penggunaan ultra rendah:
IDD=0.27μA (jenis) @VDD=1.5V
IDD=0.35μA (jenis) @VDD=5.0V

· Julat voltan kendalian luas : VDD-VSS=1.5V hingga 5.5V
· Julat penuh input dan output (Input dan output Rel-ke-Rel)

Spesifikasi Utama

Table

Nota:
[1] Setakat 28 September, 2020, tinjauan Toshiba.
[2] Termasuk PC komputer riba, kamera pegun digital, terminal POS pegang, pedometer, dll.
[3] Pelbagai sensor (sensor gas, asap, habuk, orang ramai, UV dan bau)

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu.
TC75S102F
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC75S102F

Ikuti pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai barisan IC Amplifier Pengendalian Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/product/linear-ics/operational-amplifiers-and-comparators.html

Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu di pengedar dalam talian, sila layari:
TC75S102F
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TC75S102F.html

Pertanyaan Pelanggan:

Jabatan Pemasaran & Jualan Peranti Isyarat Kecil
Tel: +81-3-3457-3411
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan bagi perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, syarikat itu telah mengambil tempatnya di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan mereka di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.
 
Seramai 24,000 orang pekerja mereka di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk mereka, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Syarikat itu berharap untuk membina di atas jualan tahunan sekarang yang melebihi 750 bilion yen (AS$6.8 bilion) dan untuk menyumbang kepada satu masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200928005236/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.