ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  BURSA MALAYSIA DIIKTIRAF SEBAGAI BURSA SAHAM TERBAIK UNTUK PENYENARAIAN ISLAM OLEH ISLAMIC FINANCE NEWS (IFN) MENERUSI UNDIAN PENYEDIA PERKHIDMATAN IFN TAHUNAN KALI KE-14 BARU-BARU INI.

Tuesday 29/09/2020



KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Sept (Bernama-PRNewswire) -- Bursa Malaysia ("Bursa Malaysia" atau "Bursa Saham") telah diiktiraf sebagai 'Bursa Saham Terbaik untuk Penyenaraian Islam' oleh Islamic Finance News ("IFN") menerusi Undian Penyedia Perkhidmatan IFN Tahunan kali ke-14 baru-baru ini.

Ia merupakan pengiktirafan untuk tahun kedua berturut-turut yang dirangkul oleh Bursa Malaysia bagi kategori ini yang diperkenalkan pada tahun 2018 bertujuan mengiktiraf bursa saham paling cemerlang bagi penyenaraian sekuriti patuh Syariah dalam ekosistem yang mendayakan dan kondusif.

Mengulas tentang pengiktirafan ini, Datuk Muhamad Umar Swift iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia berkata, "Malaysia diakui oleh banyak pihak sebagai peneraju global dalam pasaran kewangan Islam, justeru, Bursa Malaysia berbangga dapat memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhannya. Bersama dengan sokongan daripada broker-broker Islam kami, Bursa Malaysia akan terus mengembangkan dan menyediakan lebih banyak peluang patuh Syariah kepada penerbit dan juga pelabur.

"Pengiktirafan global daripada IFN ini merupakan satu lagi kejayaan yang akan mendorong usaha berterusan kami untuk terus memajukan dan memperkukuhkan keupayaan Bursa Malaysia di pasaran modal Islam."

Sehingga 31 Ogos 2020, nilai permodalan pasaran syariah adalah berjumlah RM1.2 trilion atau 71.1% daripada keseluruhah nilai permodalan pasaran. Sebagai bursa pasaran pesat membangun yang terkemuka, Bursa Malaysia menawarkan pelbagai sekuriti patuh Syariah yang disenaraikan di Pasaran Utama, ACE dan LEAP. Bagi tempoh yang sama, 715 atau 76.6 peratus daripada 933 syarikat yang tersenarai di Bursa adalah patuh Syariah, yang boleh didagangkan di Bursa Malaysia-i, platform pelaburan patuh Syariah menyeluruh yang pertama di dunia.

Bursa Malaysia-menggabungkan pelbagai perkhidmatan berkaitan Bursa yang patuh Syariah termasuk penyenaraian, dagangan, perkhidmatan pelunasan dan depositori, sekaligus mengukuhkan kepemimpinan Bursa Malaysia sebagai pasaran global untuk penyenaraian dan pelaburan Syariah.

Tentang Bursa Malaysia

Bursa Malaysia ialah syarikat pemegangan bursa yang diperbadankan pada tahun 1976 dan disenaraikan dalam tahun 2005, dan telah berkembang menjadi salah sebuah daripada bursa terbesar di ASEAN hari ini. Bursa Malaysia mengendalikan dan mengawal bursa saham yang bersepadu sepenuhnya yang menawarkan pelbagai kemudahan berkaitan bursa yang komprehensif, dan komited kepada Mencipta Peluang, Mengembangkan Nilai. Ketahui lebih lanjut di www.bursamalaysia.com.
 
HUBUNGI: Rizal Zaidi Zainudin, Komunikasi Strategik Kumpulan, Strategi Korporat, Sambungan Terus: +603 2034 7271, Faks: +603 2732 6160, E-mel: rizalzaidi@bursamalaysia.com

SUMBER: Bursa Malaysia Berhad

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.