ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  MAVENIR MEMPEROLEH IP.ACCESS UNTUK MENGEMBANGKAN PORTFOLIO RADIO OPENRAN BAGI CSP DAN RANGKAIAN PERSENDIRIAN PERUSAHAAN

Tuesday 29/09/2020



Evolusi OpenRAN menambahkan 2G/3G merentasi sebuah RAN Bersatu Tunggal untuk menyokong Akses Radio ‘Pelbagai-G’

CAMBRIDGE, England & RICHARDSON, Texas, 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mavenir, sebuah penyedia terkemuka bagi Penyedia Perisian Rangkaian natif awan hujung ke hujung untuk Penyedia Perkhidmatan Komunikasi (CSP) hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh ip.access Ltd, sebuah penyedia penyelesaian sel kecil terkemuka yang menyediakan 2G, 3G, 4G dan 5G. Pemerolehan ini meluaskan kepimpinan Mavenir di dalam radio OpenRAN dalam tiga bidang:

• Penyedia Perkhidmatan Komunikasi: Menambahkan keupayaan 2G dan 3G kepada portfolio OpenRAN
• Perusahaan: Menambahkan satu suite lengkap penyelesaian radio perusahaan bagi penawaran Rangkaian Persendirian Mavenir, termasuk penyelesaian OnGo/CBRS yang disahkan
• Rangkaian Bukan Tradisional: Memanfaatkan perisian terkemuka di pasaran yang mendefinisikan penyelesaian vRAN untuk rangkaian Penerbangan, Maritim, Luar Bandar dan Jarak Jauh dengan penyelesaian generasi akan datang di udara, di darat dan di laut.
 
“Pengendali ingin mengubah rangkaian 2G/3G mereka ketika mereka berpindah kepada 4G dan 5G,” kata Pardeep Kohli, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mavenir. “Kami berharap dapat menyediakan satu teknologi akses pelbagai radio penawaran RAN tunggal yang lancar bagi pengendali yang membolehkan mereka untuk mendapat kelebihan penyelesaian radio termaju merentasi semua lapisan.”

“ip.access membawa satu tapak yang kukuh dalam 2G, 3G dan 4G serta di ruang perusahaan yang kami percaya menambahkan kepimpinan pasaran Mavenir,” kata Aniruddho Basu, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar Perniagaan Baru Muncul, Mavenir. “Menggabungkan aset kami meningkatkan proposisi rangkaian hujung ke hujung kami, menyediakan sebuah jalur evolusi RAN tunggal “Pelbagai-G” bagi pembawa, dan mewujudkan satu proposisi terkemuka pasaran untuk pasaran perusahaan rangkaian pensendirian.”

“Banyak pelanggan di kebanyakan rangkaian dan geografi memerlukan perkhidmatan GSM dan 3G dengan LTE walaupun 5G diperkenalkan. Penyelesaian OpenRAN dan Perusahaan Mavenir yang digabungkan dengan Teknologi Akses pelbagai-Radio ip.access meletakkan syarikat gabungan itu dengan sempurna untuk masa depan itu,” kata Richard Staveley, Ketua Pegawai Eksekutif ip.access.

Nick Johnson, Pengasas dan Ketua Pegawai Teknologi ip.access menambah, “CBRS/OnGo di Amerika Syarikat dan inisiatif spektrum yang dikongsi bersama di Eropah hanyalah beberapa daripada peluang yang berpotensi. Ia bukan hanya perkhidmatan pengguna sahaja, tetapi rangkaian persendirian perindustrian, rangkaian kumpulan tertutup profesional bagi kewangan, penjagaan kesihatan, riadah dan perhotelan, antara lain. Kami berharap dapat menggunakan pengalaman lama kami dalam rangkaian persendirian untuk melengkapkan portfolio Mavenir yang sedia ada dalam melayani pangkalan pelanggan yang sangat berkembang ini.”

ip.access akan beroperasi sebagai sebuah unit perniagaan di dalam kumpulan Perniagaan Baru Muncul Mavenir dan diharapkan dapat mengembangkan sinergi yang mantap dengan suite OpenRAN, Cloud Core, Edge, dan Analytics Mavenir untuk proposisi rangkaian hujung-ke-hujung bagi kedua-dua CSP dan segmen Perusahaan/Industri. ip.access membawa rekod prestasi mereka yang terbukti dengan lebih 50 rangkaian langsung yang digerakkan di seluruh dunia dengan CSP, dan ratusan rangkaian persendirian untuk industri, infrastruktur kritikal, pengewangan data, keselamatan dan pemantauan.

Maklumat mengenai ip.access:
ip.access telah membangunkan penyelesaian gred pembawa sejak tahun 2002 dan merupakan sebuah peneraju pasaran bagi penyelesaian Sel Kecil dan Sensor Kehadiran. Memberi perkhidmatan kepada Penyedia Perkhidmatan Komunikasi, Perusahaan Persendirian dan pasaran Aplikasi khas yang lain di seluruh dunia dengan portfolio penyelesaian sel kecil. Dengan rekod prestasi perkhidmatan yang mantap dengan rakan-rakan yang dipercayai dalam penyelesaian dan perkhidmatan bersepadu, ip.access membuka nilai spektrum bagi pelanggan di seluruh dunia. www.ipaccess.com

Maklumat mengenai Mavenir:
Mavenir adalah Perisian Rangkaian natif awan hujung ke hujung dan Penyedia Penyelesaian/Integrasi Sistem, yang yang memberi tumpuan kepada pemecutan transformasi rangkaian perisian untuk Penyedia Perkhidmatan Komunikasi (CSP). Mavenir menawarkan satu portfolio produk hujung ke hujung yang komprehensif merentasi setiap lapisan bagi timbunan infrastruktur rangkaian. Dari lapisan aplikasi/perkhidmatan 5G kepada teras paket dan RAN, Mavenir mendahului cara dalam penyelesaian rangkaian natif awan yang berkembang, yang membolehkan pengalaman berinovatif dan selamat bagi pengguna. Dengan memanfaatkan inovasi dalam IMS (VoLTE, VoWiFi, Pemesejan Lanjutan (RCS)), Rangkaian Persendirian serta vEPC, Teras 5G dan OpenRAN vRAN, Mavenir mempercepatkan transformasi rangkaian bagi lebih 250 pelanggan CSP di lebih 140 buah negara, yang memberi perkhidmatan kepada lebih 50% bagi pelanggan dunia.

Mavenir merangkumi seni bina teknologi disruptif, berinovatif dan model perniagaan yang yang memacukan kelincahan, fleksibiliti, dan halaju perkhidmatan. Dengan penyelesaian yang menggerakkan evolusi NFV untuk mencapai ekonomi berskala web, Mavenir menawarkan penyelesaian untuk membantu CSP dengan pengurangan kos, penjanaan pendapatan, dan perlindungan pendapatan. www.mavenir.com

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200928005183/en/

Hubungi

Mavenir:
Maryvonne Tubb/Denise Hogberg
PR@mavenir.com

ip.access:
Emmanuela Spiteri
emmanuela.spiteri@ipaccess.com

GlobalResults PR
Kevin Taylor
Mavenir@globalresultspr.com

MatterNowPR
Loren Guertin
mavenir@matternow.com

Sumber : Mavenir

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.