ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  AGROBANK UMUM PEMENANG HADIAH CABUTAN KEMPEN KITA-KITA AJE 2 BERTUAH BERNILAI RM2 JUTA

Tuesday 29/09/2020



Table

Datuk Seri Ahmad Hamzah, Timbalan Menteri I Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) (Ke-4 dari kanan), Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, Timbalan Menteri II MAFI (Ke-4 dari kiri) dan Khadijah Iskandar,  Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank (Ke-3 dari kanan) dengan para pemenang Cabutan Bertuah Kempen Kita-Kita Aje 2 yang membawa pulang pelbagai hadiah lumayan berjumlah RM2 juta. Juga hadir ke majlis penyampaian hadian ialah Ahmad Shahril Mohd Shariff, Ketua Pegawai Perniagaan Agrobank (Ke-3 dari kiri).


KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Agrobank hari ini mengumumkan pemenang hadiah cabutan dengan nilai keseluruhan hadiah yang ditawarkan iaitu RM2 juta bagi Kempen Kita-Kita Aje 2 (KKA 2). Pemenang hadiah cabutan bertuah bagi dua kategori utama yang dibuka kepada pelanggan yang berjaya membuat simpanan wang selama satu tahun, menerusi KKA 2 menerusi cawangan-cawangan Agrobank di seluruh Negara.
 
Menurut Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, kempen ini telah dibuka kepada semua pelanggan dan pemegang AgroPrimaS di semua cawangan Agrobank dengan hanya membuat deposit serendah RM500.00 dan mengekalkan jumlah itu sehingga tamat tempoh kempen, iaitu selama 12 bulan.
 
“Kempen KKA 2 telah mendapat sambutan memberangsangkan dengan lebih 60,000 akaun mengambil bahagian dan kami mensasarkan angka ini akan meningkat kepada 90,000 akaun menerusi kempen KKA 3 yang sudah pun bermula pada 1 Ogos lalu,” katanya.
 
Beliau berkata, kempen KKA Agrobank ini juga turut memberi peluang mudah kepada pelanggan Agrobank di kawasan luar bandar untuk memenangi hadiah dengan memperkenalkan “Cabutan Bertuah Setempat” yang agak unik jika dibandingkan dengan kempen cabutan lain. 
 
“Seramai 5,796 pemenang terpilih dibawah kategori Cabutan Bertuah Setempat dengan 21 pemenang daripada setiap cawangan Agrobank (138 cawangan Agrobank di seluruh negara) menerusi dua (2) kali cabutan hadiah dibuat.
 
“Manakala 31 pemenang diumumkan bagi Kategori Cabutan Perdana yang mempunyai dua sub-kategori iaitu Kategori Umum dan Kategori Junior yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan termasuk kenderaan Ford Ranger XLT* dan wang tunai berjumlah RM30,000 serta telefon pintar i-Phone XS,” katanya.
 
Berucap di Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Perdana Kempen KKA 2 Agrobank, Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri I Pertanian dan Industri Makanan berkata, “Program atau kempen seperti KKA 2 ini bukan sahaja berperanan sebagai satu sistem ganjaran atau ‘Reward System’ kepada pelanggan setia Agrobank, malah dalam masa yang sama dapat memupuk semangat menyimpan di kalangan para pelanggan Agrobank, tanpa mengira peringkat umur dan latar belakang terutamanya dalam menghadapi waktu sukar seperti sekarang ini.”
 
“Saya yakin dan percaya, mungkin ada di kalangan pelanggan Agrobank yang akan menggunakan duit lebihan gaji hasil daripada kemudahan auto-moratorium yang ditawarkan oleh Bank Negara Malaysia, berikutan penangguhan bayaran pembiayaan rumah, kereta dan beberapa pembiayaan lain yang bermula 1 April lepas sehingga penghujung bulan ini, untuk menyertai Kempen KKA 3 ini dan mungkin anda akan menjadi pemenang hadiah cabutan perdana Kempen KKA 3 Agrobank yang seterusnya,” tambah beliau lagi.
 
Kempen KKA 3 yang berlangsung sehingga 31 Julai 2021, merupakan tahun ketiga penganjuran Kempen KKA bakal menawarkan lebih banyak hadiah berupa wang tunai sebagai bantuan kewangan kepada pelanggan Bank dalam menghadapai keadaan sukar ketika COVID-19 dan juga ketidaktentuan ekonomi bagi tempoh satu hingga 2 tahun.
 
Antara hadiah menarik ialah Wang Tunai Bulanan sebanyak RM4,000 dan Wang Tunai  Bulanan (Dana Pendidikan) sebanyak RM1,000 bagi kepada lima (5) orang pemenang.
 
Turut hadir di Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Perdana Kempen KKA 2 tersebut ialah YB Dato' Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, ahli lembaga pengarah Agrobank, ahli jawatankuasa syariah Agrobank, pengurusan kanan Agrobank dan rakan-rakan media.
 
* Senarai Penerima Hadiah Utama Cabutan Perdana Kempen Kita-Kita Aje 2 (KKA2)

Table

Mengenai Agrobank

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
 
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian.  Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
 
Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank

SUMBER: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Shahreen Rahim
Ketua Bahagian Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Strategik
Agrobank
Tel: 03-2731 1660 / +6012-943 6217
E-mel: shahreen.rahim@agrobank.com.my
 
Nama: Rasheffa Rashid
Eksekutif, Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Strategik
Agrobank
Tel: 03-2731 1650 / +6019-2729907
E-mel: rasheffa@agrobank.com.my

--BERNAMA
 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.