ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  MELANCARKAN PROJEK GATSBY GLOBAL CHALLENGERS BAHARU!

Wednesday 30/09/2020



San-en NeoPhoenix 2020-21 Season Away Uniform (Graphic: Business Wire)
Uniform Bertandang Musim 2020-21 San-en NeoPhoenix (Grafik: Business Wire)


Thirdy Ravena, pemain pertama dipilih sebagai Kuota Pemain Asia bagi Liga B, dinamakan sebagai Duta Projek

Membawa tenaga dan keseronokan kepada penduduk Asia pada masa COVID-19 ini menerusi kuasa sukan.

OSAKA, Jepun, 30 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mandom Corporation (beribu pejabat di Osaka, Jepun; Pengarah Perwakilan dan Presiden Pegawai Eksekutif: Motonobu Nishimura, selepas ini dirujuk sebagai Mandom), sebuah jenama kosmetik yang sedang meningkat untuk pemuda, telah mengumumkan pelancaran projek GATSBY GLOBAL CHALLENGERS (GGLC). Projek itu bertujuan untuk memberi tenaga dan keseronokan pada masa COVID-19 kepada penduduk Asia dengan bekerjasama dengan atlet muda yang aktif di pentas global.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200929006162/en/
 
Thirdy Ravena, seorang pemain bola keranjang yang bakal beraksi dengan San-en NeoPhoenix pada Oktober untuk musim 2020-2021 bagi Liga Bola Keranjang Profesional Lelaki Jepun, atau nama singkatannya Liga B, telah dipilih untuk berkhidmat sebagai Duta Projek GGLC. Thirdy Ravena akan datang ke Jepun dari Filipina sebagai pemain pertama dipilih sebagai Kuota Pemain Asia bagi Liga B.
GATSBY telah juga menandatangani satu Perjanjian Penajaan Utama dengan pasukan Ravena, San-en NeoPhoenix untuk menyampaikan satu pesanan, MEMPERKASAKAN ASIA! Satu logo baharu, yang direka untuk mendorong Asia yang dicengkam oleh kebimbangan COVID-19, akan digunakan buat pertama kalinya pada uniform* bertandang pasukan itu  di Liga B.
Bagi semua permainan bertandang sepanjang musim itu, pemain San-en NeoPhoenix, Thirdy Ravena di antara mereka, akan berkongsi mesej MEMPERKASAKAN ASIA! dengan semua orang di Asia, dan bukan hanya peminat di Jepun dan Filipina, sekali gus menjadikan permainan mereka lebih menarik.
* Menurut San-en NeoPhoenix, setakat 15 September, 2020
  • GATSBY GLOBAL CHALLENGERS (GGLC)
Penyebaran COVID-19 yang semakin meningkat bukan sahaja memenatkan orang secara fizikal dan mental dengan kebimbangan terhadap kesihatan mereka, tetapi juga mempunyai pelbagai kesan dalam aspek lain juga. Sukan telah menjadi satu daripada bidang yang paling teruk terjejas oleh kesan virus itu, tetapi kami juga terus percaya bahawa sukan tidak hanya membawa harapan dan hiburan kepada orang ramai, tetapi juga memiliki satu jelmaan kekuatan yang diperlukan untuk mengatasi kesulitan. GGLC adalah satu projek yang akan meminjamkan kekuatan dan kuasa daripada sukan, bekerja bersama-sama dengan atlet muda, untuk membawa tenaga dan keseronokan kepada penduduk Asia, bersama-sama dengan GATSBY, sebuah jenama yang terus terkenal di kalangan pemuda di 12 buah negara dan wilayah di Asia.
  • Memilih Thirdy Ravena sebagai Duta kami dan MEMPERKASAKAN ASIA! sebagai mesej kami
Filipina, negara kelahiran Thirdy Ravena, telah menanggung satu daripada sekatan pergerakan yang paling  lama di dunia sebagai tindak balas kepada COVID-19. Dengan kesan drastik yang disebabkan oleh virus itu terhadap Filipina di antara negara jiran mereka di Asia, Mandom hanya perlu mengingatkan kembali bahawa Filipina bukan sahaja menjadi tempat pertumbuhan bagi jenama GATSBY tetapi juga merupakan negara pertama di luar Jepun di mana Mandom berusaha untuk mengembangkan jenama itu pada tahun 1958. Thirdy Ravena dijangka berjaya dalam liga profesional domestik Filipina, namun beliau tetap memilih untuk mencabar kemahiran dan peningkatan beliau sebagai seorang atlet di pentas global. Kekuatan dan sikap beliau bergema dengan kami, itulah sebabnya kami memilih beliau untuk menjadi Duta GGLC.
Mesej kami mengenai MEMPERKASAKAN ASIA! menyampaikan hasrat kami untuk berkongsi tenaga dan keseronokan, menerusi bola keranjang dan bersama-sama dengan Thirdy Ravena, dengan penduduk Asia. Hubungan kami juga tidak akan berakhir di sini. Kami akan terus menyokong Thirdy Ravena melalui pembuatan sebuah dokumentari untuk menyoroti cabaran yang beliau terpaksa atasi, antara projek-projek lain, sebagai sebahagian daripada usaha kami yang berterusan untuk membawa tenaga dan keseronokan kepada penduduk Asia.
  • Thirdy Ravena
Thirdy Ravena adalah pilihan Kuota Pemain Asia yang pertama untuk Liga B dan memiliki kemahiran fizikal dan tahap stamina yang berada di luar julat normal. Beliau menghadiri Universiti Ateneo de Manila yang terkenal di Filipina, di mana beliau menonjol dengan tiga tahun berturut-turut sebagai pemain paling berharga.
Nombor Jersi: 1
Kedudukan: Shooting Guard
Tempat Lahir: Filipina
Sekolah: Universiti Ateneo de Manila
Tarikh Lahir: 17 Disember, 1996
Nama Timangan: Thirdy
Tinggi: 189 sm (6.2 kaki)
Berat: 97 kg (214 paun)
  • Ulasan mengenai Projek ini

Kenjiro Hongo, Ketua Pegawai Eksekutif, Phoenix Co., Ltd.

Sebagai seorang wakil bagi kelab bola keranjang kami, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana tidak hanya melihat satu projek baharu yang luar biasa seperti GATSBY GLOBAL CHALLENGERS dilancarkan tetapi juga kerana peluang untuk terlibat di dalam projek itu.
Sebagai sebahagian daripada strategi teras Asia bagi Liga B, kami mewujudkan sebuah sistem Kuota Pemain Asia mulai musim ini. Sebagai sebahagian daripada hasrat kami untuk membawa San-en NeoPhoenix ke satu tahap global, kami melihat sistem ini sebagai satu peluang yang sesuai untuk mendapatkan Thirdy Ravena ke dalam pasukan itu. Kelab itu ingin berfungsi sebagai satu jambatan perhubungan di antara wilayah San-en dan seluruh Asia, dan oleh itu kami mengambil kesempatan ini dari Mandom untuk membawa tenaga dan keseronokan kepada rakyat Asia secara sangat serius.
Kesan COVID-19 yang mengerikan adalah satu ancaman kepada sukan. Oleh itu, kami ingin mengulangi komitmen kami untuk mengatasi cabaran COVID-19, bersama dengan penaja dan peminat kami yang hebat yang percaya dan menyokong kami. Kami akan terus bermain dan menerapkan semangat falsafah pasukan kami, “Menggunakan segala kekuatan dengan sepenuh hati,” dengan harapan untuk berkongsi tenaga dan keseronokan dengan semua orang di wilayah San-en.

San-en NeoPhoenix: https://www.neophoenix.jp/

Ken Nishimura, Pengarah dan Pegawai Eksekutif Pengurusan, Mandom Corporation

GATSBY tidak hanya berguna kepada pelbagai negara dan wilayah di Asia, tetapi ia juga terus menyokong aktiviti kebudayaan untuk pemuda-pemudi di seluruh Asia dengan projek seperti Anugerah Kreatif GATSBY yang menyokong hasil usaha pelajar dalam usaha kreatif di seluruh Asia. Ketika dunia bergelut dengan satu cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini, kami telah membuat satu keputusan, dengan mempertimbangkan bagaimana GATSBY dapat membantu, terutamanya pada masa ini, untuk melancarkan projek ini bagi menyokong pemain yang mengambil keputusan untuk mengatasi cabaran itu di sebuah negara lain dan pasukan itu yang telah mengalu-alukan beliau. Penglibatan kami, baik dalam bentuk sokongan kami untuk Thirdy Ravena dan pasukan beliau, San-en NeoPhoenix, bersama dengan mesej MEMPERKASAKAN ASIA!, akan menjankau kepada semua orang di Asia, dan bukan hanya ke Jepun dan Filipina.

Laman web rasmi Mandom: https://www.mandom.co.jp/en/


Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200929006162/en/

Hubungi

BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM
Mandom Corporation
E-mel: press@mandom.com
Sila hubungi kami dalam Bahasa Inggeris

Sumber : Mandom Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.