ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  PTR ROBOTS MEMPERKENALKAN ROBOT PENGANGKAT BERGERAK PERTAMA DI DUNIA YANG MEMINDAH DAN JUGA MEMULIHKAN PESAKIT

Friday 02/10/2020



Table
PTR Robots telah dibangunkan dan diuji dengan kerjasama erat dengan Hospital Universiti Zealand, dan Vonsildhave Nursing Home, yang dikendalikan oleh kumpulan kejururawatan Attendo. “Pengujian PTR Robots benar-benar mengagumkan kami. Kami dapat melihat perspektif yang menarik dalam cara kami dapat membantu penduduk dan pesakit dengan penjagaan dan pemulihan, tetapi ada juga perspektif yang menarik dari segi peningkatan persekitaran kerja,” kata Søren Andersen, Pengarah Urusan, Attendo. (Foto: Business Wire)


Robot pemindahan dan pemulihan pesakit bergerak dan pintar

ODENSE, Denmark, 2 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PTR Robots, sebuah syarikat robot perkhidmatan dari Denmark, telah mengumumkan pertunjukan perdana di dunia bagi robot mereka yang boleh menggerak dan memindahkan pesakit. Dibangunkan secara bersama dengan profesional penjagaan kesihatan, PTR Robot adalah penyelesaian robot pintar, bergerak yang pertama yang boleh bergerak secara fleksibel di dalam sektor penjagaan kesihatan dan kejururawatan. Walaupun ia membantu individu yang mengalami gangguan fungsi untuk dipindah dan dipulihkan, ia juga melegakan tekanan kepada kakitangan, mengubah hala mereka dari tugas-tugas yang berintensifkan tenaga. Sebuah Robot PTR juga mengurangkan risiko jangkitan, kerana hanya seorang pengasuh yang perlu hadir untuk melakukan pemindahan seorang pesakit.

Satu dalam setiap empat pesakit yang terlantar sakit di katil di sebuah hospital biasa tidak dapat bergantung pada diri sendiri dan memerlukan bantuan, baik untuk dipindah dan dipulihkan. Keperluan ini lebih ketara di rumah-rumah penjagaan. Menurut WHO, kecederaan mengangkat menyumbang bagi satu pertiga daripada kesemua kecederaan pekerjaan di kalangan jururawat.
 
“Banyak rumah penjagaan, hospital dan institusi sangat berminat dengan robot pemindahan dan pemulihan pesakit kami. Sekiranya seorang tua patah pinggulnya, robot itu boleh membantunya berdiri tegak selepas pembedahan itu. Robot itu juga menemani pesakit ketika membuat langkah-langkah pertama setelah pembedahan,” kata  Lone Jager Lindquist Ketua Pegawai Eksekutif, PTR Robots.
 
Pengangkat robot dari PTR Robots direka untuk ‘mengecil’ dalam saiz agar mudah masuk melalui sebuah laluan pintu biasa. Ini bermaksud bahawa robot itu mengatasi pengangkat siling pegun tradisional dari segi kelenturan.
 
PTR Robots adalah sebuah anak syarikat milik Blue Ocean Robotics, yang merevolusikan pasaran robot perkhidmatan melalui anak syarikat seperti UVD Robots dan GoBe Robots.
 
“Dengan PTR Robots, kami telah mewujudkan satu kategori produk yang baharu di dalam bidang pemindahan dan pemulihan pesakit, serupa dengan yang kami lakukan dengan nyahjangkit kuman UV dengan anak syarikat kami, UVD Robots,” kata Claus Risager, Ketua Pegawai Eksekutif di Blue Ocean Robotics, dan Pengerusi Lembaga di PTR Robots.
 
UVD Robots digunakan di seluruh dunia, menyahjangkit kuman di hospital, hotel, kilang memproses makanan, bilik-bilik bersih di industri farmaseutikal, lapangan terbang, stesen kereta api, prasekolah dan banyak lagi.

Maklumat mengenai PTR Robots dan Blue Ocean Robotics

PTR Robots adalah sebuah anak syarikat milik Blue Ocean Robotics, sebuah kumpulan terkemuka di dunia yang membangunkan robot-robot perkhidmatan profesional. Blue Ocean Robotics beribu pejabat di Odense, Denmark — “Pusat Robot” bagi Eropah — di mana kumpulan itu membangun, mengeluar dan menjual robot perkhidmatan kepada sektor penjagaan kesihatan, perhotelan, pembinaan dan pertanian.
 
Foto-foto Media

Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52297866/en

Hubungi

Merima Cikotic
Blue Ocean Robotics
mc@blue-ocean-robotics.com
+45 71-99-56-06

Sumber : PTR Robots

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.