ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PETRONAS TERUS KOMITED DENGAN USAHA MELESTARIKAN ALAM SEKITAR SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON NEGERI TERENGGANU

Wednesday 07/10/2020



KERTIH, Terengganu, 7 Okt (Bernama) -- PETRONAS dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu baru-baru ini telah menganjurkan sambutan Hari Ozon Negeri Terengganu 2020, bersempena dengan sambutan Hari Ozon Sedunia 2020 yang disambut pada 16 September setiap tahun.
 
Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, YB Dr Alias Razak di Kelab Golf dan Rekreasi PETRONAS di sini. Turut hadir ialah Pengarah JAS Terengganu Ramli Abd Rahman dan juga Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur Che Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.
 
Menurut Che Ahmad Tarmizi selari dengan matlamat sambutan Hari Ozon Sedunia, sambutan tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti berdekatan kawasan operasi PETRONAS terhadap isu-isu alam sekitar. Di samping itu, PETRONAS turut berpeluang untuk berkongsi usaha-usaha yang telah dijalankan syarikat dari segi aspek Pembangunan Lestari (Sustainability Development).
 
Pembangunan Lestari ialah sebahagian daripada Pernyataan Tujuan PETRONAS (Statement of Purpose): “rakan kongsi tenaga dan penyelesaian progresif yang mempertingkatkan kualiti kehidupan demi masa depan yang mampan”, yang memacu operasi PETRONAS di seluruh dunia. Di antara matlamat yang terkandung di dalam agenda Pembangunan Lestari PETRONAS ialah menjalinkan hubungan positif dengan komuniti, dan juga melindungi alam sekitar melalui penggunaan teknologi secara inovatif, termasuk penggunaan tenaga rendah karbon di dalam operasi syarikat.
 
Sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2030, PETRONAS, telah melarang penggunaan 20 jenis bahan pemusnah ozon (Ozone Depleting Substances) di kesemua operasi PETRONAS semenjak 1994. PETRONAS juga telah menetapkan sasaran had pelepasan gas rumah hijau (GHG) Malaysia kepada 49.5 juta tC02e pada tahun 2024 di samping berusaha meningkatkan kapasiti tenaga bersih boleh diperbaharui menjelang 2024.
 
PETRONAS mempunyai tiga buah stesen pemantauan kualiti udara di Kawasan Kompleks Petrokimia PETRONAS Kerteh (KIPC) dan sebuah stesen kawalan kualiti udara di Paka, Terengganu. Stesen-stesen tersebut berfungsi memantau dan mengawal kualiti udara di Kawasan KIPC secara berkala. Kajian Volatile Organic Compound (VOC) yang dijalankan pada 2020, membuktikan operasi loji-loji PETRONAS di (KIPC) dan Paka menghasilkan kadar pencemaran yang sangat rendah dan tidak menyumbang kesan negatif kepada lapisan ozon.

Disediakan oleh:
Perhubungan Media
Komunikasi Strategik Kumpulan
PETRONAS  
 
Muat turun gambar:
https://drive.google.com/drive/folders/1I0yRnzpbEXlTw-lQvfxAiqCZqeeYNqfb?usp=sharing
 
KAPSYEN
 
Gambar 1: Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Che Ahmad Tarmizi berkata, "Operasi loji-loji PETRONAS menghasilkan kadar pencemaran yang sangat rendah dan tidak menyumbang kesan negatif kepada lapisan ozon."
 
Gambar 2: Usaha Lestari. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, YB Dr Alias Razak (kanan) diberi taklimat mengenai usaha-usaha PETRONAS dari segi aspek Pembangunan Lestari (Sustainability Development).

Sumber: PETRONAS

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Anisa Adnin
Tel: +6013 9042724
E-mel: anisaadnin.mohamad@petronas.com
 
Nama: Zamri Mohamad
Tel: +6019 9158080
E-mel: zamri_mohamad@petronas.com
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.