QUEBEC CITY, 13 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju dalam teknologi penderiaan ADAS dan AD tahap 1-5, berasa sukacita untuk mengumumkan perjanjian projek kerjasama dengan
Flex (NASDAQ: FLEX) untuk pembangunan kit penilaian LiDAR dan tawaran perkhidmatan berkaitan untuk reka bentuk, pembangunan, dan pengeluaran penderia LiDAR automotif. Flex ialah syarikat pengeluar, rantaian bekalan, dan teknologi global utama. Perkongsian kerjasama antara LeddarTech dengan Flex menggabungkan teknologi penderiaan LeddarTech dengan kepakaran dan perkhidmatan reka bentuk Penyelesaian Automotif Flex untuk menyampaikan penderia LiDAR automotif dioptimumkan kepada pelanggan.
LeddarTech mengalu-alukan Flex sebagai ahli kepada
Leddar™ Ecosystem pasukan peneraju teknologi dan industrinya. Kerjasama menggabungkan kefleksibelan dan kebolehskalaan platform penderia dan ekosistem LeddarTech dengan kepakaran reka bentuk dan pengeluaran penderia LiDAR Flex yang diperibadikan untuk keperluan pelanggan dan penggunaan. Platform LeddarTech juga merangkumi pergabungan penderia dan perisian persepsi, yang menyokong kerjasama ini secara lebih lanjut dengan mendayakan pelanggan untuk mencapai prestasi dan kos sistem ADAS & AD optimum berserta kamera, RADAR, dan penderia LiDAR yang dibekalkan Flex.
Secara keseluruhannya, kerjasama ini memberikan laluan yang berdaya maju kepada pengerahan volum untuk sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) dan pemanduan berautonomi (AD).
“Kerjasama dengan Flex membolehkan LeddarTech menawarkan penyelesaian LiDAR automotif optimum kepada pasaran,” kata Michael Poulin, Naib Presiden, Kerjasama Strategik dan Pembangunan Korporat di LeddarTech. Beliau meneruskan: “Kerjasama ini mengurangkan masa kepada pasaran untuk pelanggan dan mengurangkan kos pembangunan dan risiko sambil menyampaikan manfaat model platform terbuka dengan kefleksibelan tinggi dan peluang untuk penyesuaian, pembezaan dan nilai tambahan. Dengan menggabungkan keupayaan reka bentuk, pembangunan dan pengeluaran Flex, bekerja secara sinergi sebagai sebahagian daripada Leddar Ecosystem, kita menyediakan semua bahan utama secara kolektif untuk mengerahkan penggunaan ADAS & AD LiDAR dan didayakan LiDAR pada skala,” simpul En. Poulin.
“Flex berbesar hari untuk berganding bahu dengan LeddarTech dan rakan kongsinya,” kata Mike Thoeny, Presiden Kumpulan Perniagaan Automotif di FLEX. “Flex bersedia untuk menyumbang dengan kepakaran dan teknologinya untuk menyediakan teknologi penderia penting kepada pasaran yang berpotensi menyelamatkan nyawa dan menyampaikan kemudahan yang lebih besar kepada pemilik kenderaan dan pengguna perkhidmatan mobiliti. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan LeddarTech pada pengeluaran besar-besaran penderia LiDAR automotif berdasarkan platform penderia terbuka mereka.”
Perihal FlexFlex (Reg. No. 199002645H) ialah rakan kongsi pengeluaran pilihan yang membantu pelbagai pangkalan pelanggan untuk mereka bentuk dan membina produk yang boleh meningkatkan dunia. Melalui kekuatan kolektif tenaga kerja global merentasi 30 negara dan operasi yang bertanggungjawab, mampan, Flex menawarkan inovasi teknologi, rantaian bekalan, dan penyelesaian pengeluaran kepada pelbagai industri dan pasaran akhir.
Untuk maklumat lanjut, lawati
flex.com.
Perihal LeddarTechLeddarTech ialah peneraju dalam penyelesaian penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan. Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan penderiaan kritikal dan cabaran persepsi merentasi seluruh rantai nilai pasaran automotif dan mobiliti dengan platform lakuran penderia dan persepsi LeddarVision™. LeddarTech menyampaikan penyelesaian pembangunan LiDAR yang cekap kos, boleh skala dan serba boleh kepada penyepadu sistem automotif Peringkat 1-2 yang membolehkan LiDAR berkeadaan pepejal gred automotif dibangunkan berdasarkan asas LeddarEngine™. LeddarTech menawarkan 14 generasi LiDAR berkeadaan pepejal berdasarkan platform LeddarEngine yang beroperasi 24/7 di persekitaran yang teruk. Platform ini dikerahkan secara aktif di dalam kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, bandar/kilang pintar dan aplikasi roboteksi. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 95 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi dari Tahap 1-5.
Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di
www.leddartech.com, dan pada
LinkedIn,
Twitter,
Facebook, dan
YouTube.
Maklumat Hubungan:Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran dan Komunikasi Korporat Global, LeddarTech Inc.
Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232
daniel.aitken@leddartech.comLeddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, VAYADrive, VayaVision, dan logo berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. dan subsidiarinya. Semua jenama, nama produk dan tanda lain ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.SUMBER: LeddarTech inc.
--BERNAMA