ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  APLIKASI MUDAH ALIH SUMBER MANUSIA SWINGVY MEMBANTU PKS MENANGANI JURANG PENGLIBATAN DI DALAM TENAGA KERJA JARAK JAUH

Tuesday 20/10/2020



Pengurusan Sumber Manusia dengan ciri-ciri tuntutan cuti dan perbelanjaan membantu untuk meningkatkan produktiviti melalui aplikasi mudah alih Swingvy; menghubungkan pasukan-pasukan terpencil dalam sebuah dunia pekerjaan yang terus berkembang.

SINGAPURA & KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, platform Sumber Manusia Swingvy yang disokong oleh Samsung, mengumumkan ketersediaan aplikasi mudah alih Sumber Manusia baharu mereka yang termasuk hab Sumber Manusia, pengurusan cuti dan tuntutan perbelanjaan di dalam Platform Operasi Orang Swingvy semua dalam satu.

Sejak Mac, pandemik COVID-19 telah mencabar setiap aspek tenaga kerja, memaksa banyak majikan untuk mengubah dan mengamalkan bekerja secara jarak jauh. Dalam keadaan ini, telekerja, penglibatan pekerja dan komunikasi tenaga kerja secara semula jadi menjadi lebih mencabar bagi perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS). Deloitte meramalkan bahawa sehingga 47.8 juta orang merentasi 6 negara ASEAN akan beralih kepada bekerja secara jarak jauh dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Dari negara-negara tersebut, Singapura (45%) dan Malaysia (26%) mempunyai potensi tenaga kerja jarak jauh yang terbesar disebabkan oleh industri perkhidmatan mereka yang dominan.

Untuk menyokong PKS yang berkembang dan keperluan mereka untuk menguruskan tenaga kerja jarak jauh dengan lebih baik — Swingvy memperluaskan peranti Sumber Manusia mereka dengan satu aplikasi mudah alih untuk menyelaraskan proses operasi dan meningkatkan aliran kerja bagi pengurusan orang, dan pada masa yang sama mendorong penglibatan pekerja di dalam sebuah organisasi.

“Semasa tempoh bekerja secara jarak jauh ini, data kami menunjukkan bahawa kebanyakan pekerja akan menggunakan satu aplikasi mudah alih untuk aktiviti mereka yang berkaitan dengan Sumber Manusia bagi berhubung dengan rakan sepasukan mereka. Dengan ribuan pengguna menggunakan aplikasi mudah alih Swingvy secara berkala, telefon bimbit telah menjadi satu alat yang berkuasa untuk mendorong penglibatan pekerja dan memperkemaskan  komunikasi kerja,” kata Jin Choeh, Pengasas bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Swingvy.

Dengan aplikasi mudah alih Swingvy, pekerja dapat memohon cuti dan mengemukakan perbelanjaan tuntutan mereka secara terus melalui telefon mereka sehingga memudahkan majikan dan pengurus Sumber Manusia untuk mengikuti aktiviti mereka dalam tepat masa.

Aplikasi mudah alih Swingvy menjadikannya mudah untuk mengakses:

-Hab Sumber Manusia: Akses berpusat ke maklumat syarikat
Hab Sumber Manusia adalah satu alat kerjasama syarikat yang membantu memperkemaskan aktiviti dan komunikasi Sumber Manusia secara terus dari satu sistem bagi pekerja dan pentadbir dengan pemberitahuan sentuh ke telefon bimbit.

-Pengurusan cuti: Jejaki pasukan anda sepintas lalu
Peranti pengurusan cuti membolehkan majikan dan pekerja untuk menerima pemberitahuan secara automatik apabila seorang pekerja cuti atau satu permintaan baharu untuk bercuti telah dibuat.
 
-Tuntutan perbelanjaan di mana sahaja
Peranti tuntutan perbelanjaan memudahkan bagi pekerja untuk mengambil gambar resit di dalam aplikasi itu. Perbelanjaan itu ditambah kepada satu laporan yang diserahkan kepada seseorang yang memberi kelulusan dengan hanya satu sentuh, memudahkan proses tuntutan dan pengalaman pengguna.
 
Swingvy berjaya mengembangkan operasi awal tahun ini ke pasaran Taiwan, dengan pertumbuhan seterusnya di rantau APAC yang dirancang pada tahun 2021. Aplikasi mudah alih yang baharu itu adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Swingvy untuk mewujudkan pengalaman kerja yang memberi kuasa kepada orang dan memudahkan tugas pentadbiran hari-ke-hari .

Dilancarkan pada akhir tahun 2016, Swingvy melayani lebih 9,000 syarikat di seluruh Singapura, Malaysia dan Taiwan.

Aplikasi mudah alih itu boleh didapati dalam pakej Sumber Manusia Swingvy. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: https://www.swingvy.com/en/platform/mobile

Maklumat mengenai Swingvy

Swingvy telah diasaskan oleh Jin Choeh, Tho Kit Hoong, Hyojun Lee dan Jahun Koo pada akhir tahun 2016 dengan satu misi untuk mewujudkan sebuah tempat kerja di mana pekerjaan memberi kuasa kepada orang ramai.

Dengan menghubungkan semua maklumat Sumber Manusia dengan lancar — data pekerja, gaji, tuntutan, cuti dan faedah — Swingvy mengautomasikan kerja pentadbiran Sumber Manusia yang membolehkan PKS untuk meningkatkan pengurusan pekerja mereka, dan tetap kekal mematuhi peraturan undang-undang tempatan.

Platform Operasi Orang Swingvy semua dalam satu diyakini oleh lebih daripada 9,000 syarikat, dan mempunyai pejabat di Kuala Lumpur, Singapura, Taipei dan Seoul. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.swingvy.com  

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201018005030/en/Swingvy%E2%80%99s-HR-Mobile-App-Helps-SMEs-Tackle-the-Engagement-Gap-in-Remote-Workforces

Hubungi

Swingvy
Malaysia dan Singapura


Melly Ling
+6012 2741076
melly.ling@swingvy.com 

Sumber : Swingvy 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.