ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PREVAILION DINAMAKAN SEBUAH "VENDOR HEBAT" GARTNER 2020 DALAM BIDANG OPERASI KESELAMATAN DAN ANCAMAN PERISIKAN

Tuesday 20/10/2020



COLUMBIA, Md., 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Prevailion, sebuah pemimpin dunia di dalam perisikan musuh siber, hari ini mengumumkan bahawa ia telah diperakui sebagai sebuah Vendor Hebat Gartner di dalam laporan Vendor Hebat terbaharu dalam laporan Operasi Keselamatan dan Ancaman Perisikan.

Laporan Gartner itu memprofilkan “vendor-vendor baru muncul bahawa pemimpin keselamatan dan pengurusan risiko harus mempertimbangkan ketika menilai ancaman baru muncul yang memerlukan teknologi operasi keselamatan yang terkini.” Gartner menulis bahawa: “"Pemimpin keselamatan dan pengurusan risiko sedang mencari penyelesaian untuk keterlihatan yang lebih baik ke dalam persekitaran IT mereka untuk membantu mengukuhkan postur keselamatan mereka, serta mengutamakan jurang kawalan keselamatan dan aktiviti pemulihan berdasarkan kepada risiko perniagaan.” Ia juga menyatakan bahawa: “Organisasi bergelut untuk mengurangkan kerentanan disebabkan oleh ketidakmampuan untuk mengutamakannya disebabkan oleh kurangnya konteks mengenai aset dan persekitaran ancaman luaran.”*

Kurangnya keterlihatan ini terhadap ancaman aktif dan baru muncul menimbulkan satu cabaran besar kepada keselamatan siber organisasi, dan merupakan tumpuan utama bagi Prevailion. Melalui satu gugusan sensor rahsia global, Prevailion secara aktif memantau ribuan serangan siber secara tepat masa, termasuk berbilion komunikasi perisian hasad, menyediakan satu tahap perisikan musuh yang belum pernah terjadi sebelumnya yang dapat digunakan oleh syarikat untuk melindungi rangkaian mereka.

“Kami merasa dihormati kerana dipilih oleh Gartner, yang kami percaya mengesahkan teknologi teras di sebalik platform kami dan kerja keras dan dedikasi oleh pasukan kami,” kata Karim Hijazi, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Prevailion. “Di Prevailion, kami telah memetakan satu haluan baharu di dalam bidang perisikan ancaman, dengan memberi kuasa kepada syarikat dengan keterlihatan yang lebih besar terhadap pelaku ancaman yang mensasarkan jaringan mereka dan jaringan bagi rakan terdekat mereka. Dengan mencari infrastruktur penyerang itu sendiri, kami dapat menyediakan kepada syarikat-syarikat dengan pandangan yang belum pernah terjadi sebelumnya ke dalam aktiviti jahat penjenayah dan penggodam yang bergabung dengan negara dan senarai sasaran. Ini membolehkan pasukan keselamatan korporat untuk lebih mengutamakan ancaman, dengan memberikan tumpuan segera kepada serangan yang disahkan, daripada bergantung kepada amaran keselamatan yang bising dan ralat atau kad skor risiko yang tidak jelas.”

PANDANGAN EKSKLUSIF TERHADAP AKTIVITI ANCAMAN SIBER

Prevailion pada masa ini mengesan lebih dari 28,000 organisasi yang dikompromi di seluruh dunia, mulai dari syarikat dagangan awam dan rakan rantaian bekalan mereka sehingga kepada kerajaan, universiti, pertubuhan bukan kerajaan dan banyak lagi. Sebilangan besar kompromi siber yang dilihat oleh Prevailion tidak dapat dikesan atau tidak dilaporkan oleh organisasi yang menjadi mangsa.

Menurut perisikan eksklusif Prevailion, 22% daripada Fortune 500 menunjukkan aktiviti kompromi yang aktif atau terbaru oleh penjenayah atau penggodam yang bergabung dengan negara. Ini termasuk 79% bagi syarikat perisian dan 64% farmaseutikal, yang merupakan industri yang paling banyak disasarkan, berdasarkan kepada aktiviti siber baru-baru ini.

Keupayaan perisikan siber unik Prevailion memungkinkan ia untuk mengesan kompromi aktif di dalam rangkaian korporat yang tidak memerlukan sebarang akses atau pengesahan oleh perbadanan yang terjejas. Untuk berbuat demikian, pasukan perisikan Prevailion mensasarkan jaringan penjenayah untuk memintas komunikasi di antara pelayan “perintah-dan-kawalan” penggodam dan perisian hasad yang mereka gunakan. Keupayaan ini untuk memasang telinga terhadap aktiviti penjenayah memberikan Prevailion peningkatan pandangan yang signifikan mengenai operasi penggodaman tepat masa yang berlaku di seluruh dunia. Ia juga membolehkan mereka untuk menjangkakan serangan baharu lebih awal dari masanya.

Platform APEX Prevailion adalah satu sumber maklumat yang boleh dipercayai mengenai ribuan pelanggaran korporat yang tidak dilaporkan, dan memberikan perisikan sepanjang masa mengenai kompromi baharu, peningkatan aktiviti pelanggaran dan usaha pemulihan korporat.

*Gartner “Vendor Hebat di dalam Operasi Keselamatan dan Perisikan Ancaman,” Mitchell Schneider, Ruggero Contu, John Watts, Craig Lawson, 13 Oktober, 2020.

PENAFIAN GARTNER

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan di dalam penerbitan penyelidikan kami, dan tidak menasihatkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penilaian tertinggi atau penetapan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat oleh organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan kesemua jaminan, tersurat atau tersirat, berhubung dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk satu tujuan tertentu.

MAKLUMAT MENGENAI PREVAILION

Prevailion adalah sebuah syarikat perisikan berkompromi, yang mengubah cara organisasi mendekati mitigasi risiko dan membuat keputusan perniagaan. Melalui perisikan yang dikhususkan untuk peringkat seterusnya dan sebuah platform sifar sentuhan, Prevailion memberikan gambaran lengkap mengenai “Bukti Berkompromi” (EOC) yang disahkan untuk pelanggan dan ekosistem rakan mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Prevailion, sila layari www.prevailion.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201019005166/en/

Hubungi

Michael Sias
inquiry@firm19.com
954-361-3963

Sumber : Prevailion

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.