ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  MAJLIS MENANDATANGANI MOU UMK DAN KERAJAAN NEGERI

Wednesday 21/10/2020



KOTA BHARU, 21 Okt (Bernama) -- Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerusi Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan  (InsPeK) dan Kerajaan Negeri Kelantan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan kerjasama menguruskan kemiskinan dan bidang keusahawanan berasaskan kepakaran serta fokus masing-masing khususnya kepada rakyat di Negeri Kelantan.

Majlis menandatangani MoU itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah manakala Kerajaan Negeri pula diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (UkeKWa), YB Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi.

Turut hadir, Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan (UKeKWa), Pn. Ilvira Mohd Dasuki dan  Pengarah InsPeK, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail.

Sementara itu, Pengarah InsPeK, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal berkata, kerjasama UMK dan Kerajaan Negeri membabitkan projek “Lembah Barakah: UMK- Kelantan Bersama Melangkah ke Hadapan”.

Selain itu, MoU ini juga memfokuskan keperluan petukaran kepakaran antara UMK dan UKeKWa.

“Antara aktiviti yang sedang dilaksanakan berasaskan kepakaran bersama ialah, Pemetaan Ekosistem Wali dan Kerabat Komuniti Miskin di Kota Bharu Kelantan serta beberapa aktiviti yang melibatkan peningkatan kepakaran dalam penyelidikan dan pembinaan kapasiti komuniti di negeri Kelantan.

Oleh: Pusat Komunikasi Korporat

SUMBER: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI
Nama: Puan Jamilah Taib
Tel: 019-281 8220
E-mel: jamilahtaib@umk.edu.my

Nama: Syarimie Wosley
Tel: 019-968 1001
E-mel: syarimie@umk.edu.my

 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.