ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  ALPHAWAVE IP MENERIMA ANUGERAH OIP PARTNER OF THE YEAR TSMC 2020 UNTUK IP SERDES BERKELAJUAN TINGGI

Thursday 22/10/2020



TORONTO, 22 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Alphawave berasa sukacita untuk mengumumkan bahawa mereka telah diiktiraf oleh TSMC sebagai penerima OIP Partner of the Year 2020 untuk IP SerDes Berkelajuan Tinggi. Anugerah OIP Partner of the Year mengiktiraf rakan kongsi ekosistem Open Innovation Platform® (OIP) TSMC seperti Alphawave yang mempamerkan kecemerlangan dalam sistem pada cip (SoC) generasi seterusnya dan pendayaan reka bentuk 3DIC sepanjang tahun lepas.

Alphawave menyertai program IP Alliance TSMC pada bulan Mac 2019, sebagai sebahagian daripada Open Innovation Platform® (OIP) TSMC, yang mempercepat inovasi dalam komuniti reka bentuk semikonduktor. Anugerah OIP Partner of the Year TSMC 2020 dianugerahkan kepada Alphawave berdasarkan teknologi Pensiri-Penyahsiri berbilang standard (MSS) Alphawave yang tersedia kepada pelanggan pada teknologi proses 7nm dan 5nm TSMC.

“Anugerah OIP Partner of the Year TSMC untuk IP SerDes ialah pengiktirafan yang berprestij buat saya secara peribadi dan seluruh pasukan Alphawave. Dalam masa hanya tiga tahun yang singkat sejak Alphawave ditubuhkan, kami telah membina portfolio IP antara muka berkelajuan tinggi yang menarik bagi proses TSMC dan pelanggan mereka. Anugerah OIP Partner of the Year mengesahkan kejayaan pelanggan besar yang kami telah alami dalam kedua-dua proses 7nm dan 5nm TSMC,” kata Tony Pialis, Presiden dan CEO Alphawave. “Sementara kami menginovasi dan mengembangkan portfolio kami dengan TSMC dalam 5nm dan seterusnya, kami tidak sabar untuk terus mendayakan pelanggan bersama kami di seluruh dunia. Kami berbangga menjadi sebahagian daripada usaha untuk membantu pelanggan mencapai kejayaan silikon.”

“Saya berbesar hati untuk mengucapkan tahniah kepada Alphawave sebagai pemenang anugerah OIP Partner of the Year TSMC 2020 untuk IP SerDes Berkelajuan Tinggi,” kata Suk Lee, Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Infrastruktur Reka Bentuk di TSMC. “Kami menanti-nantikan kerjasama kami yang berterusan untuk menangani cabaran reka bentuk pelanggan dan melanjutkan pembangunan platform reka bentuk dioptimumkan PPA untuk aplikasi HPC, automotif, dan AI/ML.”

Gelaran OIP Partner of the Year dianugerahkan kepada syarikat kerjasama yang mencapai standard tertinggi bagi reka bentuk, pembangunan, dan pelaksanaan teknologi untuk mempercepat inovasi silikon. Alphawave akan terus bekerja dengan TSMC untuk mendayakan reka bentuk SoC dan 3DIC generasi seterusnya dengan penyelesaian dan perkhidmatan telah diperakui menggunakan teknologi terkini TSMC.

Maklumat tambahan tersedia di Pusat Akhbar TSMC 
https://www.tsmc.com/tsmcdotcom/PRListingNewsAction.do?action=detail&language=E&newsid=PGGOISPGTH.

Perihal Alphawave IP Inc.
Alphawave merupakan pembekal utama bagi penyelesaian IP ketersambungan berbilang standard untuk peranti elektronik. Diasaskan di Toronto, Ontario, Kanada pada tahun 2017, Alphawave merupakan salah satu syarikat yang berkembang paling pantas dan paling menguntungkan dalam industri semikonduktor. Ketahui lebih lanjut di http://www.awaveip.com.

Alex Mann
alex.mann@awaveip.com

SUMBER: AlphaWave

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.