TOKYO, 22 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan sebuah pemacu motor penghubung-H, “
TC78H660FNG,” yang ditempatkan di dalam sebuah pakej TSSOP16 dengan satu penugasan pin yang banyak digunakan. Ini adalah tambahan terbaharu Toshiba kepada barisan pemacu mereka untuk motor DC berus dan
stepping motor untuk penggunaan yang termasuk peranti mudah alih dan peralatan rumah.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201021006141/en/Proses DMOS generasi baharu Toshiba membolehkan TC78H660FNG untuk mencapai satu ON rintangan rendah 0.48Ω pada penarafan maksimum mereka 18V/2.0A,
[¹] dan mengurangkan penjanaan haba berbanding dengan produk semasa Toshiba.
Pemacu baharu itu mempunyai satu pengawal atur untuk menggerakkan litar dalaman, dan dapat menggerakkan sebuah motor dengan bekalan kuasa tunggal dari 2.5V sehingga 16V. Aplikasinya yang pelbagai termasuk peranti mudah alih yang dikuasakan oleh sebuah bateri lithium-ion 3.7V, peranti yang dikuasakan oleh 5V USB, dan peranti sistem 12V untuk perkakasan rumah. Ia juga menyokong satu antara muka 1.8V rendah.
Ciri-ciri
· Pemacu kuasa tunggal, kawalan PWM mudah
· ON Rintangan rendah mengurangkan penjanaan haba berbanding dengan produk semasa Toshiba. (Ron=0.48Ω (atas + bawah: jenis) @ VM=12V, Ta=25°C)
· Penggunaan arus rendah (arus siap sedia ultra rendah: 0.1μA atau kurang @ Ta = 25°C)
Penggunaan
Peranti mudah alih yang dikuasakan oleh bateri, termasuk robot dan alat permainan; perkakasan rumah termasuk peti sejuk, meter pintar, dll.
Spesifikasi Utama
![Table](nteprimages/Toshiba H-Bridge Mal 1.jpg)
[¹] Arus pemacu motor sebenar bergantung kepada persekitaran penggunaan dan faktor-faktor seperti suhu persekitaran dan voltan bekalan kuasa.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC78H660FNGUntuk maklumat lanjut mengenai barisan IC pemacu motor Toshiba, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/product/motor-driver-ics.htmlUntuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu di pengedar dalam talian, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TC78H660FNG.htmlPertanyaan Pelanggan:Jabatan Pemasaran Peranti Sistem I
Kumpulan Pemasaran Industri II
Tel: +81-3-3457-3249
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan bagi perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage CorporationToshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, syarikat itu telah mengambil tempatnya di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan mereka di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.
Seramai 24,000 orang pekerja mereka di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk mereka, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Syarikat itu berharap untuk membina di atas jualan tahunan sekarang yang melebihi 750 bilion yen (AS$6.8 bilion) dan untuk menyumbang kepada suatu masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation di
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.htmlLihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20201021006141/en/HubungiPertanyaan Media:Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jpSumber : Toshiba Electronic Devices & Storage CorporationTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA