ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  BRIGHTCOVE, PEMIMPIN YANG MENDEFINISIKAN INDUSTRI DAN GLOBAL DI DALAM VIDEO, MEMPERKENALKAN JENAMA BAHARU YANG BERANI

Friday 23/10/2020



Kuasa yang Dipercayai dan Inovatif di dalam Video untuk Memimpin Organisasi Mencergaskan Semula Platform Jenama dengan Reka Bentuk Semula Visual secara Total

BOSTON, 23 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Brightcove Inc. (NASDAQ: BCOV) peneraju dunia di dalam video untuk perniagaan, hari ini mengumumkan satu imaginasi semula yang sepenuhnya bagi jenama mereka, termasuk kedudukan dan suara yang serba baharu, serta satu identiti grafik baharu yang berani. Penjenamaan semula itu muncul pada saat video diterima sepenuhnya oleh pengguna dan perniagaan merentasi semua sektor. Ini memantapkan misi syarikat itu untuk memiliki perbualan platform video di seluruh dunia sebagai suara yang muktamad mengenai bagaimana video dihoskan, dikongsi, mengewangkan dan dialami, dan pada masa yang sama mencapai matlamat pelanggan melalui teknologi terkemuka mereka.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201022005373/en/

Brightcove telah menjadi sebahagian daripada industri video selama lebih 15 tahun, dengan mempelopori inovasi dan mencipta teknologi dan perkhidmatan yang telah memenangi anugerah yang digunakan oleh organisasi media dan perusahaan di seluruh dunia. Kini, pada ketika pergantungan video telah dengan pantas dipercepatkan dan menyaksikan pertumbuhan pesat, identiti baharu yang bersemangat ini mencerminkan usaha tanpa henti Brightcove untuk mendorong batasan yang termampu di dalam video, mewujudkan dedikasi mereka yang berterusan bagi memperkasakan pelanggan mereka untuk menceritakan kisah mereka.

“Ini adalah satu masa yang penting bagi industri kita, dan keperluan untuk video akan tetap menjadi satu pengukuh bagi jenama yang memahami kuasa yang ia dapat berikan untuk menyatukan, melibatkan, dan berkomunikasi,” kata Jeff Ray, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Brightcove. “Pelanggan kami mewakili sebahagian daripada syarikat yang paling berinovatif di dunia, dan kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan mereka untuk memiliki detik yang penting itu. Evolusi jenama ini menggambarkan siapa kita pada hari ini, cita-cita kita untuk masa hadapan, dan komitmen kita kepada syarikat-syarikat yang meletakkan video di tengah-tengah perniagaan mereka.”

Dengan lebih 50 paten yang menentukan industri diperolehi mereka, Brightcove menumpukan segala usaha dan perhatian kepada video – satu mesej penting yang dengan jelas menerangi menerusi evolusi jenama ini. Sama ada penyelesaian mereka untuk penyiaran atau penerbitan, pemasaran, komunikasi perusahaan, acara maya atau penstriman secara langsung - pasukan Brightcove dengan bangga menjadikan video lebih mudah untuk rakan-rakan mereka, dan masih belum menghadapi satu cabaran video yang tidak dapat ditangani dan diinovasi.

Brightcove menyediakan penyelesaian video mereka yang mengubah permainan kepada lebih 3,381 pelanggan di seluruh dunia. Jadual ini termasuk pemimpin industri yang merangkumi bidang menegak, dari kuasa media seperti SXSW dan AMC Networks, gergasi makanan dan minuman, Chick-Fil-A dan Dunkin Brands, pihak berkuasa di dalam hiburan seperti Academy of Motion Picture Arts and Sciences dan Tribeca Film Festival, syarikat pendidikan maya MasterClass, bersama-sama dengan rakan sukan seperti USGA US Open, dan banyak lagi.

Maklumat mengenai Brightcove

Apabila video dibuat dengan betul, ia boleh memberi kesan yang teguh dan berpanjangan. Hati terbuka. Fikiran berubah. Kreativiti berkembang maju. Sejak tahun 2004, Brightcove telah membantu pelanggan menemui dan mengalami kehebatan video yang luar biasa melalui teknologi mereka yang telah memenangi anugerah, yang memberi kuasa kepada organisasi di lebih 70 buah negara merentasi seluruh dunia untuk menyentuh penonton dengan cara yang berani dan berinovatif.

Brightcove mencapainya dengan membangunkan teknologi yang pernah dianggap mustahil, menyediakan pelanggan dengan sokongan tanpa selari atau alasan, dan memanfaatkan kepakaran dan sumber bagi sebuah infrastruktur global. Video adalah perantara yang paling menambat perhatian dan menarik di dunia. Layari www.brightcove.com untuk mendapatkan maklumat lanjut. Video That Means Business.™

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201022005373/en/

Hubungi

Chris Royal
brightcove@id-pr.com

Sumber : Brightcove Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.