ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  TACONIC BIOSCIENCES MELANCARKAN MODEL KRITIKAL UNTUK PENYELIDIKAN COVID-19

Tuesday 27/10/2020



Ketersediaan serta-merta bagi mencit hACE2

RENSSELAER, N.Y., 27 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju utama dalam menyediakan penyelesaian model haiwan penemuan ubat, mengumumkan ketersediaan model mencit ACE2 pemanusiaan secara serta-merta untuk COVID-19.

Virus SARS-CoV-2, yang menyebabkan COVID-19, menggunakan reseptor ACE2 untuk memasuki sel. Oleh sebab perbezaan antara ACE2 reseptor mencit dengan manusia, mencit makmal biasa tidak dapat dijangkitkan dengan SARS-CoV2. Mencit transgen yang mempamerkan reseptor ACE2 manusia mengatasi cabaran ini dan oleh itu kritikal untuk penyelidikan COVID-19. Model mencit hACE2 AC70 Taconic boleh dijangkiti SARS-CoV-2 dan menunjukkan gejala apabila dijangkitkan.

Model haiwan memainkan peranan penting dalam penemuan ubat, daripada mengkaji ciri penyakit asas kepada ujian keselamatan dan keberkesanan praklinikal. Walaupun pembangunan vaksin SARS-CoV-2 sedang dijalankan, model haiwan baharu yang menangani bahagian berbeza spektrum penemuan ubat masih diperlukan. Pelaksanaan vaksin yang berjaya secara global akan mengambil masa dan mungkin tidak memberikan perlindungan 100% terhadap penyakit, memerlukan penyelidikan yang berterusan terhadap pilihan terapeutik bersasar untuk merawat pesakit COVID-19. Mencit AC70 hACE2 amat adalah bernilai kerana ia mempunyai utiliti dalam penyelidikan penemuan ubat peringkat awal dan lewat. Menurut artikel Nature yang diterbitkan baru-baru ini oleh kumpulan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia tentang pemodelan COVID-19 (WHO-COM), "Penghalusan dan pembangunan berterusan model haiwan untuk COVID-19 akan menyumbang kepada pembangunan vaksin, agen terapeutik dan langkah pencegahan yang lain."

"Menghasilkan model haiwan yang berkesan sahaja tidak mencukupi, anda mesti menjadikannya tersedia dengan mudah,” kongsi Michael Seiler, naib presiden model komersial Taconic. “Pengalaman Taconic dalam pengedaran global akan membolehkan kami mendapatkan alat kritikal ini ke dalam tangan penyelidik di seluruh dunia. Senarai tunggu semasa kami yang merangkumi penyelidik dari enam benua, menunjukkan permintaan yang sedang berterusan untuk model haiwan COVID-19."

Kohort yang sedia kajian tersedia untuk pesanan serta-merta.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mencit hACE2 atau Kit Alat Koronavirus, sila hubungi Taconic Biosciences di 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah, atau e-mel info@taconic.com.

Tentang Taconic Biosciences, Inc.
Taconic Biosciences ialah peneraju global berlesen penuh dalam model dan perkhidmatan mencit yang tereka bentuk secara genetik. Ditubuhkan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian haiwan terbaik agar pelanggan boleh memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, menetapkan prasyarat, menguji dan mengagihkan model penyelidikan yang bernilai di seluruh dunia. Pakar dalam model mencit dan tikus yang direka bentuk secara genetik, mikrobiom, model mencit imuno-onkologi dan reka bentuk model bersepadu serta perkhidmatan pembiakan, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan enam kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan mempunyai keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan ke banyak tempat di dunia.

Orang Hubungan Media:
Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran
(518) 697-3824
kelly.grover@taconic.com 

SUMBER: Taconic Biosciences

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.