ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  MARY KAY LANTIK WENDY WANG SEBAGAI KETUA PEGAWAI KOMERSIAL UNTUK RANTAU ASIA PASIFIK

Tuesday 27/10/2020



Table

Pelantikan Wang adalah yang terbaharu di dalam komitmen Mary Kay Inc. selama beberapa dekad untuk memperkasakan wanita bagi berkhidmat dalam jawatan kepimpinan. (Foto: Mary Kay Inc.)


Jenama Kecantikan Global dan Penyokong bagi Pemerkasaan Wanita Mengumumkan Peranan Kepimpinan Baharu untuk Menyokong Operasi Perniagaan Asia Pasifik

DALLAS, Okt 27 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah penyokong korporat terkemuka untuk pemerkasaan dan keusahawanan wanita, mengukuhkan komitmen mereka ke arah memajukan kepimpinan wanita di seluruh dunia dengan pelantikan Wendy Wang sebagai Ketua Pegawai Komersial di rantau Asia Pasifik di ibu pejabat global syarikat itu di Addison, Texas, Amerika Syarikat.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201026005152/en/

“Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan pelantikan Wendy Wang ke jawatan kepimpinan kanan ini,” kata KK Chua, Presiden bagi Mary Kay Rantau Asia Pasifik. “Kesungguhan beliau untuk melihat kehidupan wanita diperkayakan di seluruh Asia dan kepakaran akan sangat berharga ketika kami meneruskan misi gigih kami untuk memperkayakan kehidupan wanita di Rantau Asia Pasifik. Wendy adalah seorang pemimpin yang berwawasan yang memiliki ketajaman perniagaan global yang strategik dan rekod prestasi yang terbukti untuk mengemudikan landskap industri kecantikan yang sentiasa berubah pada hari ini dengan berkesan. Sebagai sebuah jenama kecantikan global yang komited untuk memperkasakan wanita, kami menyedari bahawa wanita di dalam kedudukan kepimpinan di Mary Kay adalah pendorong di sebalik kejayaan berterusan syarikat kami di seluruh dunia.”

Sebagai Ketua Pegawai Komersial, Wang akan membangun dan memacukan pelaksanaan strategi komersial untuk rantau Asia Pasifik. Beliau akan bekerjasama  dengan kepimpinan serantau untuk memastikan penyelarasan bagi objektif korporat secara keseluruhan dan memimpin pasukan serantau untuk menyokong jualan, pemasaran, teknologi perniagaan dan operasi di setiap anak syarikat di Asia Pasifik. Wang menyertai Mary Kay China pada tahun 2002 sebagai penasihat untuk rantau Asia Pasifik di Jabatan Undang-undang Korporat. Dalam kedudukan beliau yang terbaharu sebagai Naib Presiden dan Penasihat Umum Bersekutu untuk Mary Kay Inc., Wang telah mengetuai pasukan profesional undang-undang yang bertanggungjawab menangani semua isu undang-undang bagi Mary Kay untuk rantau Asia Pasifik, Eropah, Amerika Latin dan Amerika Utara. Di samping itu, beliau mengetuai pengembangan dan peningkatan berterusan bagi program anti-rasuah Mary Kay di peringkat global dan merupakan ketua bagi fungsi pengurusan risiko strategik syarikat itu.

“Saya amat teruja kerana dapat terus menyokong wanita dan keluarga mereka di rantau Asia Pasifik,” kata Wang. “Ia adalah satu keistimewaan besar untuk bekerja di sebuah syarikat yang berdedikasi untuk memperkayakan kehidupan wanita dan saya komited untuk melakukan segala usaha bagi memastikan peluang perniagaan yang berdaya maju bagi perunding kecantikan bebas. Kami memberi tumpuan yang tinggi untuk menyampaikan peluang perniagaan terbaik, membina di atas nilai-nilai yang didukung oleh Mary Kay sebagai tonggak bagi budaya dan misi korporat kami. Selama beberapa dekad, syarikat kami telah berperanan dalam mengatasi halangan konvensional untuk memperkasakan wanita bagi mencapai potensi mereka yang sepenuhnya di dalam perniagaan dan juga kehidupan peribadi, dan saya amat berbesar hati untuk terus melaksanakan misi ini.”

Pelantikan Wang adalah yang terbaharu di dalam komitmen Mary Kay Inc. selama beberapa dekad untuk memberi kuasa kepada wanita bagi berkhidmat dalam jawatan kepimpinan di seluruh dunia. Mary Kay adalah sebuah syarikat yang dibina oleh wanita untuk wanita, dan nilai teras tersebut digambarkan dalam data kepelbagaian jantina tenaga kerja global dan serantau Mary Kay (setakat September 2020):

· 61% tenaga kerja global Mary Kay adalah wanita
· 59% Pengarah dan ke atas adalah wanita
· 51% Naib Presiden Global dan ke atas adalah wanita
· 50% pasukan eksekutif global Mary Kay adalah wanita

Di rantau Asia Pasifik, wanita juga merupakan majoriti di setiap peringkat kepimpinan. Pada Ogos 2019, Katherine Weng telah dilantik sebagai Pengurus Besar bagi Mary Kay China untuk menjadikan 100% daripada Pengurus Besar Mary Kay di rantau Asia Pasifik terdiri daripada kalangan wanita. Beberapa data kepelbagaian jantina tenaga kerja serantau termasuk (setakat September 2020):

· 57% tenaga kerja rantau Asia Pasifik Mary Kay adalah wanita
· 69% jawatan kepimpinan serantau (Pengarah & ke atas) adalah wanita
· 100% kepimpinan pasaran di rantau Asia Pasifik adalah wanita

Sebagai penyokong global bagi pemerkasaan wanita dan untuk ulang tahun ke-57 mereka, syarikat itu telah mengumumkan pelancaran kempen Kuasa Merah Jambu Mary Kay di rantau Asia Pasifik. Mengakui tentangan cabaran yang dicetuskan oleh pandemik itu kepada dunia, kempen itu merupakan satu penghormatan kepada pemerkasaan dan kepimpinan wanita di dalam syarikat di peringkat korporat dan juga di luar dengan Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay. Sekarang lebih daripada sebelumnya, adalah penting bagi wanita untuk bersama-sama menggalak, memperkuat, dan mengangkat satu sama lain untuk mencapai potensi terbesar mereka. Dalam beberapa bulan akan datang, kempen itu akan memberi tumpuan kepada pengasas ikonik syarikat itu, Mary Kay Ash, yang memaparkan kisah-kisah pemerkasaan pemimpin wanita dari semua latar belakang dan pada semua fasa kehidupan di bawah hashtag #MKPinkPower.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya 57 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan komuniti kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201026005152/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
Marykay.com/newsroom
(+1) 972.687.5332 or media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.