ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  TEROKAI CHINA: UNGKA HAINAN: PENYANYI PRIMAT MEMPERLUASKAN PENTAS HUTAN MEREKA

Monday 02/11/2020

AsiaNet 86376

Table

Foto telah diambil pada 25 Okt., 2019 menunjukkan seekor ungka Hainan di kawasan simpanan alam semula jadi di Wilayah Hainan, China selatan.

HAIKOU, China, 2 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/ --

Alunan pertama kali kedengaran seakan seperti wisel atau lagu burung, dan dalam masa hanya beberapa minit telah bertukar kepada korus dengan satu melodi yang mengingatkan kepada waltz “The Blue Danube”.

Sekitar pukul 6 pagi pada setiap pagi, lagu-lagu mawas bergema untuk mengejutkan hutan hujan purba kala di wilayah pulau tropika China di Hainan. Bagi penyokong pemuliharaan, ini menunjukkan kemunculan semula tenor dan soprano berbulu: ungka Hainan.

Dikenali sebagai primat yang paling jarang ditemui di dunia, jumlah ungka Hainan kini semakin bertambah hasil daripada persekitaran yang lebih baik. Data terbaharu dari jabatan perhutanan wilayah itu mencadangkan bahawa terdapat 33 ekor ungka yang tinggal dalam lima buah keluarga, peningkatan tiga kali ganda dari segi jumlah populasi dari tahun 1970-an.

Ungka berjambul hitam itu hanya dapat dijumpai di Kawasan Simpanan Alam Semula Jadi  Negara Bawangling di Pulau Hainan. Mereka tinggal di pokok-pokok hutan hujan yang setinggi lebih dari 10 meter dan jarang menjejakkan kaki ke tanah, sekali gus menyukarkan pembiakan ketika dalam tawanan.

Mawas ini terkenal kerana menghasilkan bunyi seakan siulan yang merdu untuk menandakan sempadan wilayah dan bagi menarik minat pasangan. Penyelidik lama juga menggunakan mereka untuk mengenal pasti keluarga yang berlainan.

Berjumlah lebih 2,000 pada tahun 1950-an, spesies tersebut telah menghadapi ambang kepupusan akibat daripada pembalakan yang berlebihan dan pembakaran hutan untuk tujuan pemburuan. Pada akhir tahun 1970-an, Bawangling mempunyai kurang dari 10 ekor ungka Hainan yang tinggal dalam dua buah keluarga.

Untuk menyelamatkan mereka daripada kepupusan, kerajaan tempatan telah mewujudkan kawasan simpan Bawangling pada tahun 1980-an dan melancarkan usaha penanaman semula hutan. Sejak tahun 2005, jabatan perhutanan Hainan telah menanam lebih 300,000 batang pokok untuk menyediakan makanan bagi ungka itu. Pihak berkuasa hutan juga bekerjasama dengan kumpulan pemuliharaan.

Pada mulanya, ungka itu berasa curiga terhadap struktur itu. Beberapa ekor mawas yang bersikap ingin tahu telah bergerak pada tali itu sejauh beberapa meter, dengan mencuba melangkah lebih jauh pada keesokan harinya. Akhirnya, 176 hari selepas jambatan itu dibina, kamera telah merakamkan lintasan pertama. Penyelidik berkata jambatan itu kini sering digunakan oleh ungka untuk bergerak di sekitar kawasan itu.

Pada 29 Ogos, pemeriksa dari pentadbiran taman negara hutan hujan tropika Hainan telah melihat seekor ungka betina memeluk bayinya di Dongbengling, Wilayah Autonomi Baisha Li. Pakar-pakar kemudian mengesahkan bahawa satu keluarga baharu telah terbentuk dan habitat mereka di kawasan simpanan itu semakin bertambah.

Sumber: Pentadbiran taman negara hutan hujan tropika Hainan

Pautan Lampiran Imej:

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=375465

Kapsyen: Foto telah diambil pada 25 Okt., 2019 menunjukkan seekor ungka Hainan di kawasan simpanan alam semula jadi di Wilayah Hainan, China selatan.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.