ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  ​TAKARA BELMONT MELANCARKAN TUJUAN KORPORAT, LOGO PERINGATAN SEBELUM ULANG TAHUN KE-100 PADA TAHUN 2021

Monday 02/11/2020

AsiaNet 86354

OSAKA, Jepun, 2 Nov., 2020 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --       
                        

Takara Belmont Corporation telah melancarkan tujuan korporat mereka untuk tempoh 100 tahun akan datang serta satu logo untuk memperingati ulang tahun ke-100 penubuhan mereka pada tahun depan ketika syarikat itu menandakan ulang tahun ke-99 mereka pada Oktober 2020.

Hidetaka Yoshikawa, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif berkata, “Melihat ke hadapan ke arah 100 tahun akan datang, kami gembira kerana dapat terus melayani masa depan pelanggan kami, industri, dan masyarakat secara keseluruhan dalam menjalani kehidupan yang indah dan memuaskan.”

Ditubuhkan di kota Osaka di Jepun barat pada tahun 1921, Takara Belmont telah membangun, menghasil dan menjual peralatan salun rambut, produk kosmetik rambut profesional untuk industri mendandan rambut, dan peralatan pergigian dan perubatan untuk bidang perubatan.

Syarikat itu mempunyai anak syarikat di luar negara di 12 buah negara, dan menjual produk berkaitan mendandan rambut dan perubatan kepada pendandan rambut, pakar kecantikan, artis kuku, doktor gigi dan doktor di seluruh dunia. Produk yang dijual di luar negara termasuk peralatan salun rambut berjenama “Takara Belmont,” produk kosmetik profesional eksklusif untuk salun rambut yang diberi nama “LebeL” dan “ESTESSiMO,” dan peralatan pergigian dan perubatan yang berjenama “Belmont.”

Ketika ia melihat ke hadapan kepada 100 tahun akan datang, Takara Belmont bertekad untuk mempromosikan pengurusan korporat berdasarkan kepada tujuan korporat mereka yang baharu diwujudkan dan berusaha untuk membantu mewujudkan sebuah masyarakat di mana pelanggan di dalam industri sasaran mereka dan juga orang ramai di dunia dipenuhi dengan kegembiraan kerana menjadi cantik.

Sejarah dan perniagaan Takara Belmont
1. Satu abad bagi inovasi teknologi, pengembangan perniagaan
Takara Belmont telah diasaskan pada tahun 1921 sebagai sebuah faundri. Pengasasnya, Hidenobu Yoshikawa, mengambil keputusan untuk menghasilkan kerusi tukang gunting rambut di syarikatnya pada tahun 1931 kerana ia menerima tempahan untuk bahagian tuangan bagi kerusi sedemikian. Syarikat itu telah dapat dengan pantas memperbaiki kerusi tukang gunting rambut mereka untuk memenuhi keperluan pelanggan kerana ia menghasilkan sepenuhnya kerusi tersebut, termasuk bahagian-bahagiannya. Ia menggunakan kerusi tukang gunting elektrik pertama di dunia yang dilancarkan pada tahun 1962 untuk memperluaskan bahagian pasaran mereka. Syarikat itu terus membekalkan peralatan gred utama, berkualiti tinggi untuk industri mendandan rambut dunia, berdasarkan kepada kepercayaan Yoshikawa bahawa “produk yang hebat akan digunakan di mana sahaja di dunia.” Takara Belmont menjadi pengeluar peralatan mendandan rambut Jepun yang pertama untuk menembusi ke Amerika Syarikat apabila ia mewujudkan satu unit tempatan di New York pada tahun 1956. Syarikat itu seterusnya telah berkembang untuk menjadi sebuah jenama yang digemari oleh profesional pendandan rambut dan dikenali oleh semua orang di dunia.
 
2. Perniagaan mendandan rambut
Takara Belmont, yang memasuki bidang mendandan rambut dengan menghasilkan kerusi tukang gunting rambut, telah memperluaskan ruang lingkup perniagaan mereka untuk membuat dan menjual kerusi salun, unit syampu, pemproses rambut, peralatan estetik, dan produk kosmetik untuk penjagaan rambut, kulit dan kuku. Lebih-lebih lagi, syarikat itu mereka bentuk salun rambut dan memberikan kaunseling mengenai pengurusan salun seperti itu, termasuk arahan teknikal untuk kakitangan mereka, sekali gus menyokong pengurusan salon rambut di pelbagai peringkat.
 
3. Profesional kosmetik salun
Takara Belmont menghasil dan memasarkan “LebeL,” satu jenama teknikal bagi produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan terperinci dan pelbagai bagi profesional pendandan rambut. Ia mula mengeksport produk “LebeL” pada tahun 1996, dan penjualan mereka berkembang di Rusia dan juga berbagai negara di Asia. Jenama penjagaan rambut dan kulit mereka, “ESTESSiMO,” juga telah mendapat sambutan di kalangan profesional pendandan rambut Rusia.
 
4. Peralatan pergigian & perubatan
Takara Belmont maju ke dalam peralatan pergigian yang difailkan dengan menggunakan teknologi mendandan rambut yang sedia ada untuk menghasilkan unit pergigian pada tahun 1967. Syarikat itu menempatkan produk-produk ini di pasaran Amerika Syarikat pada tahun berikutnya. Ia telah meningkatkan teknologinya dengan memenuhi keperluan doktor-doktor Amerika tanpa berkompromi untuk meningkatkan kualiti bagi unit pergigian mereka, dengan bergerak maju ke Eropah, Amerika Selatan dan Asia. Sebagai tambahan kepada perniagaan peralatan pergigian mereka, ia telah memperluaskan ruang lingkup perniagaan mereka untuk mensasarkan keseluruhan industri perubatan, dan mengeksport katil bersalin yang direka secara unik, meja pemeriksaan bagi perbidanan dan ginekologi, dan kerusi pembedahan oftalmik, dll. Produk-produk ini, diperkenalkan oleh hospital-hospital yang terkemuka di Amerika Syarikat, telah mendapat sokongan daripada doktor-doktor di seluruh dunia.
 
- Definisi bagi tujuan korporat mereka
Ketika mereka memperingati ulang tahun keseratus penubuhan mereka pada tahun 2021, Takara Belmont telah mendefinisikan dalam tujuan korporat mereka bagaimana syarikat itu harus menetapkan tujuan untuk menyumbang kepada masyarakat dalam tempoh 100 tahun akan datang. Ini adalah matlamat universal manusia sejagat untuk mendapatkan keseronokan  daripada menjadi cantik dalam kehidupan mereka. Takara Belmont melihat menyambut kepada keinginan sejagat ini sebagai tujuan korporat mereka yang tetap.

Foto: Pekerja Takara Belmont telah mula mengejar tujuan korporat yang baharu itu.
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M000276/202010145704/_prw_PI1fl_Fah03nkO.jpg


Takara Belmont menetapkan satu logo khas untuk memperingati ulang tahun ke-100 penubuhan mereka.
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M000276/202010145704/_prw_PI2fl_53Wrb7zC.jpg


Falsafah di sebalik logo peringatan itu:
Lebih 100 tahun sejak penubuhannya, Takara Belmont berpegang teguh kepada semangat dan keghairahan untuk mengembang dan menghasilkan produk mereka. Logo peringatan itu melambangkan hubungan erat di antara orang dan barang yang dihasilkan dan dijual oleh syarikat itu dengan menyamakan huruf “t” dalam “ulang tahun ke-100” kepada seseorang dan “h” dengan sebuah kerusi, yang ia merupakan satu daripada produk syarikat itu. “Orang” dalam logo itu menunjukkan lebih jauh daripada angka “100” untuk menunjukkan arah syarikat itu dalam tempoh 100 tahun akan datang.
 
Kumpulan Takara Belmont akan menggunakan logo ini di dalam kempen publisiti mereka dari Oktober 2020 sehingga September 2022.

Jenama-jenama Takara Belmont yang dieksport ke seluruh dunia:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M000276/202010145704/_prw_PI3fl_693We943.jpg


Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202010145704-O1-E2qVb8rz.pdf

Laman web rasmi: https://www.takarabelmont.co.jp/global/

Sumber: Takara Belmont Corporation

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.