ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PENDAPATAN DAN KEUNTUNGAN BAGI GERGASI TENUSU YILI MENINGKAT DALAM TIGA SUKU PERTAMA 2020

Monday 02/11/2020

AsiaNet 86400

Table

Yili mengeluarkan laporan kewangan untuk tiga suku pertama bagi tahun 2020


BEIJING, 2 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/ -- 

Pada 29 Oktober, Yili, syarikat gergasi tenusu Asia, telah mencatatkan pendapatan sebanyak RMB 73.77 bilion dan keuntungan bersih RMB 6.044 bilion untuk tiga suku pertama bagi tahun 2020, satu peningkatan tahun-ke-tahun yang kukuh sebanyak 7.42% dan 7.00% walaupun dalam keadaan yang mencabar.
 
Gergasi perniagaan itu menggambarkan pembaikan strategik bagi keseluruhan rantaian industri itu. Syarikat itu menawarkan RMB 5.2 bilion dalam pembiayaan dari Januari hingga September 2020 untuk menyokong pembekal huluan dengan modal, perkhidmatan teknikal, lembu pembiakan yang baik, dan penanaman makanan ternak, dll.
 
Di samping itu, pemimpin perindustrian itu telah memberikan sumbangan dan bekalan perlindungan untuk membantu rakan-rakan mereka merentasi rantaian industri itu.
 
Yili juga menggunakan model runcit alternatif, peruncit dalam talian, pemasaran sosial, penghantaran rumah O2O dan kedai serbaneka tanpa pekerja untuk memastikan mereka menyediakan pemakanan dan kesihatan secara berterusan kepada pengguna semasa sekatan pergerakan COVID -19 itu.
 
Pan Gang, Pengerusi dan Presiden bagi Yili, menekankan pentingnya pengguna kepada pengembangan masa depan Yili: “Pengguna adalah asas kepada pertumbuhan perniagaan, dan segala yang kami lakukan harus berpusat kepada pengguna kami.”
 
Sebagai satu daripada 5 Tenusu Global Paling Utama, Yili meningkatkan budaya korporat mereka pada awal tahun 2020 untuk menarik bakat dari pelbagai negara dengan latar belakang kebudayaan dan pendidikan yang pelbagai untuk menyokong pembangunan jangka panjang yang sihat bagi syarikat itu.
 
Nilai teras bagi Yili adalah Kecemerlangan, Kebertanggungjawaban, Inovasi, Sama menang, dan Hormat. Yili berhasrat untuk menjadi penyedia makanan sihat global yang paling dipercayai di dunia.
 
Sumber: Kumpulan Yili
 
Pautan Lampiran Imej:
 
Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=375622

Kapsyen: Yili mengeluarkan laporan kewangan untuk tiga suku pertama bagi tahun 2020

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.