ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  MATA WANG KRIPTO PERTAMA DI DUNIA YANG DIDAGANGKAN DENGAN HARGA TETAP

Wednesday 04/11/2020



SINGAPURA, 4 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pada sekitar bulan Jun 2020, Easybook telah melancarkan mata wang kripto miliknya, Easybook Coin (EBO) dari Brunei kepada pelanggan dalam talian di ASEAN. Dalam masa 3 bulan, syiling EBO yang bernilai setengah juta USD telah dijual. EBO sedang didagangkan dalam platform perdagangannya iaitu https://ebo.easybook.com dan boleh digunakan pada Easybook.com, platform tiket pengangkutan darat dan laut yang terbesar di ASEAN, yang memfokuskan pada tiket bas ekspres jarak jauh, feri dan kereta api. (laman web perjalanan syarikat: https://www.easybook.com )

Easybook Coin adalah yang pertama dalam pasaran untuk memiliki mata wang kripto pada harga dagangan tetap dengan menandakan harga dagangan untuk meningkat secara beransur-ansur untuk mencapai 2x dalam nilai selewat-lewatnya pada hujung tahun pertama, dan 4x dalam nilai selewat-lewatnya pada hujung tahun kedua. Harga EBO akan turun naik turun mulai tahun ke-3. Tujuan menandakan harga adalah untuk melindungi semua pelanggan/pembeli daripada kerugian wang selepas memperoleh EBO. Walaupun didagangkan, syiling EBO boleh digunakan untuk membeli mana-mana tiket daripada Easybook.com. Bermula daripada tahun ke-3, EBO akan disenaraikan merentasi platform perdagangan lain.

Mengikut Coinopsy, terdapat lebih daripada 4000 syiling telah gagal dan baki 80% daripadanya tidak dapat meraih jumlah wang yang ketara, ini disebabkan ramai pelabur dan orang ramai menyisihnya. Pembangun syiling memfokus terlalu banyak masa pada pembangunan syiling, tetapi mengabaikan nilai perniagaan syiling mereka. Dengan mengambil iktibar ini, pembangunan EBO telah mengambil kira penggunaan perniagaan syiling dengan membenarkan pembelian tiket pengangkutan dengan EBO. Sebaik sahaja himpunan permulaan pengguna EBO atau pembeli mencapai volum sasaran selepas dua tahun, syarikat akan menyediakan penyenaraian silang bagi syiling dalam platform pertukaran lain dengan menyasarkan untuk pelabur institusi yang besar. Nilai perniagaan dan pembangunan masa hadapan EBO telah diambil kira.

Harga perdagangan tetap kepada had kripto tertentu mungkin memulakan aliran yang serupa dalam industri kriptowang. Laluan EBO mungkin menggalakkan ICO syiling lain untuk mengikut langkahnya dan akhirnya, untuk memperkenalkan konsep pelaburan kriptowang yang selamat dengan risiko kerugian yang lebih rendah disebabkan turun naik harga dan lebih memfokuskan kepada penggunaan syiling tersebut untuk menukar barangan dan perkhidmatan.

(Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang EBO:https://ebo.easybook.com)

Easybook.com
enquiry@easybook.com

SUMBER: Easybook.com Pte Ltd

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.