ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  INGREDION INCORPORATED MELAPORKAN HASIL SUKU TAHUN KETIGA 2020

Friday 06/11/2020



• EPS* yang dilaporkan dan dilaraskan bagi suku tahun ketiga 2020 masing-masing $1.36 dan $1.77 berbanding masing-masing $1.47 dan $1.86 pada suku tahun ketiga 2019
• EPS yang dilaporkan dan dilaraskan bagi tempoh dari permulaan tahun 2020 hingga kini masing-masing $3.45 dan $4.50 berbanding masing-masing $4.51 dan $5.06 pada tempoh setahun yang lalu
• Syarikat menjangka akan meningkatkan pelaburannya dalam Verdient Foods Inc. dengan memperoleh 100% pemilikan, lantas meluaskan lagi portfolio protein berasaskan tumbuhannya
 
WESTCHESTER, Ill., 6 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ingredion Incorporated (NYSE: INGR), peneraju global pembekal penyelesaian bahan kepada industri pembuatan makanan dan minuman ini melaporkan hasil bagi suku ketiga tahun 2020 pada hari ini. Hasil dilaporkan adalah menurut prinsip perakaunan yang diterima umum (“GAAP”) di A.S. bagi tahun 2020 dan 2019, termasuk item yang dikecualikan daripada ukuran kewangan bukan GAAP yang dibentangkan oleh Syarikat.

“Kami berpuas hati dengan pelaksanaan operasi dan prestasi kewangan kami bagi suku ketiga tahun ini. Kami mengalami peningkatan berturutan sepanjang suku kedua tahun 2020 dari segi permintaan pelanggan merentasi keempat-empat rantau kami dengan dipacu oleh aktiviti pengguna yang meningkat sebagai tindak balas terhadap pelonggaran sekatan COVID-19,” ujar Jim Zallie, presiden dan ketua pegawai eksekutif Ingredion. “Pendapatan operasi yang dilaporkan dan dilaraskan meningkat sebanyak masing-masing 35% dan 41%, daripada suku tahun kedua. Fokus kami terhadap penyediaan perkhidmatan kepada pelanggan dan pelaksanaan operasi membolehkan kami mencapai pertumbuhan keuntungan tahun demi tahun di kebanyakan rantau kami.”

“Sambil kami terus mengemudi persekitaran ekonomi yang berbeza di seluruh dunia, kami tetap memfokus terhadap ketahanan tenaga kerja kami, tanggungjawab kepada komuniti tempat kami beroperasi dan memastikan kesinambungan perniagaan bagi pelanggan kami. Pasukan kami menonjolkan ketangkasan dan kreativiti yang hebat untuk memajukan strategi pasaran pilihan dengan pelanggan dan saya begitu berbangga dengan mereka. Sebagai sebahagian daripada cara baharu bekerja, kami memanfaatkan bentuk kerjasama digital yang baharu untuk berhubung, berinovasi dan mencipta bersama dengan pelanggan kami. Di seluruh dunia, kami memindahkan Idea Labs kami ke studio interaktif maya untuk membawa proses inovasi kepada pelanggan kami, di mana-mana jua mereka berada,” sambung Zallie.

“Hari ini, kami mengumumkan satu lagi langkah strategik untuk memajukan Hala Tuju Memacu Pertumbuhan kami dengan pemerolehan Verdient Foods Inc. tak lama lagi, lantas menjadikan pemilikan kami 100%. Urus niaga ini membolehkan kami mempercepat pertumbuhan jualan bersih, mengembangkan lagi kapasiti pengeluaran dan menguruskan rangkaian bekalan kami dengan lebih baik untuk memenuhi permintaan protein berasaskan tumbuhan yang kian meningkat. Dalam suku tahun ini kami juga meningkatkan lagi keupayaan pengurangan gula kami dengan menyepadukan pasukan dan operasi global PureCircle.

“Kami berada pada kedudukan yang baik untuk mengurus dengan berkesan menerusi ketidaktentuan akibat pandemik ini dan berjaya menyokong pelanggan kami dan keperluan mereka yang berubah-ubah. Kami tetap yakin dengan kerelevanan strategi kami untuk mengembangkan perniagaan kami dan menyampaikan nilai kepada pihak berkepentingan,” ujar Zallie sebagai kesimpulan.

*Pendapatan dicairkan sesaham yang dilaraskan (“EPS yang dilaraskan”), pendapatan operasi yang dilaraskan, kadar cukai pendapatan efektif yang dilaraskan dan aliran tunai yang dilaraskan daripada operasi ialah ukuran kewangan bukan GAAP. Lihat seksyen II Maklumat Kewangan Tambahan yang bertajuk “Maklumat Bukan GAAP” berikutan Penyata Kewangan Disatukan Ringkas yang disertakan dalam siaran akhbar ini untuk penyelarasan ukuran kewangan bukan GAAP ini dengan ukuran GAAP A.S. yang paling dapat dibandingkan dengan langsung.

Pendapatan Dicairkan Sesaham (EPS)

Table

Faktor dianggarkan yang memberikan kesan terhadap perubahan nilai EPS dilaporkan dan dilaraskan

Table

**Jumlah mungkin berbeza disebabkan pembundaran

Sorotan Kewangan
 
• Pada 30 September 2020, jumlah hutang serta wang tunai dan pelaburan jangka masa pendek masing-masing $2.2 bilion dan $553 juta berbanding dengan masing-masing $1.8 bilion dan $268 juta pada 31 Disember 2019. Punca utama peningkatan jumlah hutang dan tunai serta pelaburan jangka pendek ialah penjualan hutang senior bernilai $1.0 bilion oleh Syarikat pada suku tahun kedua 2020, dengan sebahagiannya diimbangi oleh penebusan $400 juta hutang senior November 2020 pada bulan Julai.
• Kos pembiayaan bersih ialah $22 juta, yang termasuk $5 juta untuk pembayaran faedah yang berkaitan dengan penghentian awal hutang senior pada bulan Julai. Kos pembiayaan bersih ialah $2 juta lebih rendah pada suku tahun ketiga berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Penurunan ini terhasil daripada perbelanjaan faedah bersih yang lebih rendah disebabkan kadar faedah yang lebih rendah.
• Kadar cukai efektif yang dilaporkan dan dilaraskan bagi suku tahun ini masing-masing ialah 30.1 peratus dan 26.2 peratus berbanding masing-masing 27.1 peratus dan 23.2 peratus bagi tempoh yang sama pada tahun lalu. Peningkatan kadar cukai yang dilaporkan dan dilaraskan disebabkan terutamanya daripada kredit cukai asing AS, gabungan pendapatan negara dan pelarasan satu kali yang lain.
• Perbelanjaan modal yang terkini ialah $250 juta, meningkat sebanyak $19 juta sejak tempoh setahun yang lalu.
 
Ulasan Perniagaan

Ingredion Keseluruhan

Table

Pendapatan Operasi yang Dilaporkan

Table

Pendapatan Operasi yang Dilaraskan

Table

Jualan Bersih
 
• Jualan bersih suku ketiga tahun ini berkurang berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Penurunan ini didorong oleh impak pertukaran asing di Amerika Selatan dan penurunan jumlah jualan di Amerika Utara. Tidak termasuk impak pertukaran asing, jualan bersih menurun sebanyak 2 peratus bagi suku tahun itu.
• Jualan bersih dari permulaan tahun hingga kini menurun berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Penurunan jualan bersih dari permulaan tahun hingga kini didorong oleh penurunan jumlah jualan di Amerika Utara dan Amerika Selatan serta impak pertukaran asing di Amerika Selatan, yang sebahagiannya diimbangi oleh penetapan harga yang menguntungkan. Tidak termasuk impak pertukaran asing, jualan bersih dari permulaan tahun hingga kini menurun sebanyak 3 peratus.
 
Pendapatan operasi
 
• Pendapatan operasi yang dilaporkan dan dilaraskan untuk suku tahun ini masing-masing ialah $153 juta dan $179 juta, iaitu masing-masing menurun sebanyak 7 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Sebahagian besar penurunan ini berpunca daripada jumlah jualan yang lebih rendah di Amerika Utara dan dengan menyertakan hasil PureCircle. Tidak termasuk impak pertukaran asing, pendapatan operasi yang dilaporkan dan dilaraskan masing-masing turun 4 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu.
• Pendapatan operasi yang dilaporkan dan dilaraskan dari permulaan tahun hingga kini masing-masing ialah $419 juta dan $473 juta, iaitu menurun sebanyak masing-masing 15 peratus dan 12 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Sebahagian besar penurunan ini berpunca daripada jumlah jualan yang lebih rendah di Amerika Utara dan kos korporat yang lebih tinggi disebabkan pelaburan berterusan untuk memacu transformasi perniagaan dan digital. Tidak termasuk kesan pertukaran wang asing, pendapatan operasi yang dilaporkan dan dilaraskan masing-masing turun 11 peratus dan 8 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu.
• Pendapatan operasi yang dilaporkan bagi suku ketiga dan dari permulaan tahun hingga kini adalah lebih rendah berbanding pendapatan operasi yang dilaraskan masing-masing pada $26 juta dan %54 juta, disebabkan penutupan aset dan kos penstrukturan semula berkaitan dengan Cost Smart, kos pemerolehan dan penyepaduan serta impak kerosakan akibat ribut di Iowa.
 
Amerika Utara

Jualan Bersih

Table

Pendapatan Operasi Segmen

Table

Pendapatan operasi
 
• Pendapatan operasi bagi suku tahun ketiga ialah $132 juta, iaitu penurunan sebanyak $13 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Penurunan ini didorong oleh permintaan yang lebih rendah kerana COVID-19 terus memberikan kesan pada penggunaan luar rumah di serata rantau dan gabungan yang tidak menguntungkan di A.S. dan Kanada.
• Pendapatan operasi dari permulaan tahun hingga kini ialah $358 juta, iaitu penurunan sebanyak $51 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Penurunan ini didorong oleh penggunaan luar rumah yang jauh lebih rendah di serata rantau dan penutupan pelanggan kilang di Mexico pada suku tahun kedua.
 
Amerika Selatan

Jualan Bersih

Table

Pendapatan Operasi Segmen

Table

Pendapatan operasi
 
• Pendapatan operasi bagi suku tahun ketiga ialah $29 juta, iaitu peningkatan sebanyak $2 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Peningkatan ini didorong oleh gabungan harga kukuh yang sebahagiannya diimbangi oleh impak pertukaran wang asing yang tidak menguntungkan. Tidak termasuk kesan pertukaran wang asing, pendapatan operasi segmen meningkat sebanyak 30 peratus.
• Pendapatan operasi yang terkini ialah $68 juta, peningkatan sebanyak $7 juta dari tempoh sama pada tahun lalu disebabkan campuran harga yang kukuh yang sebahagiannya diimbangi oleh kesan mata wang asing yang tidak menguntungkan dan jumlah jualan yang lebih rendah. Tidak termasuk kesan pertukaran wang asing, pendapatan operasi segmen meningkat sebanyak 33 peratus. Hasil untuk Argentina dicatat dalam dolar A.S. di bawah perakaunan hiper-inflasi.
 
Asia Pasifik

Jualan Bersih

Table

Pendapatan Operasi Segmen

Table

Pendapatan operasi
 
• Pendapatan operasi suku ketiga tahun ini ialah $18 juta, kurang $4 juta dari tempoh yang sama pada tahun lalu, didorong oleh kerugian operasi sebanyak $5 juta daripada PureCircle. Tidak termasuk PureCircle, pendapatan operasi suku ketiga tahun ini ialah $23 juta, meningkat $1 juta dari tempoh yang sama pada tahun lalu, didorong oleh kos input dan perbelanjaan operasi yang lebih rendah.
• Pendapatan operasi dari permulaan tahun hingga kini ialah $60 juta, iaitu penurunan sebanyak $5 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Hasil PureCircle mengurangkan pendapatan operasi dari permulaan tahun hingga kini sebanyak $5 juta. Tidak termasuk hasil PureCircle, pendapatan operasi terkini adalah rata dalam tempoh yang sama pada tahun lalu apabila kos input lebih rendah dan perbelanjaan operasi yang menguntungkan mengimbangi jumlah jualan yang lebih rendah pada separuh tahun pertama disebabkan impak perintah berkurung di rumah. Tidak termasuk kesan pertukaran asing, pendapatan operasi segmen menurun sebanyak 6%.
 
Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA)

Jualan Bersih

Table

Pendapatan Operasi Segmen

Table

Pendapatan operasi
 
• Pendapatan operasi bagi suku tahun ketiga ialah $25 juta, iaitu meningkat sebanyak $1 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Sebahagian besar peningkatan ini disebabkan gabungan harga yang menguntungkan di Pakistan dan perbelanjaan operasi yang lebih rendah di Eropah.
• Pendapatan operasi dari permulaan tahun hingga kini ialah $73 juta, iaitu peningkatan sebanyak $2 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Peningkatan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh tindakan penentuan harga Pakistan dan jumlah jualan pengkhususan EMEA yang kukuh serta perbelanjaan operasi yang lebih rendah di Eropah, yang sebahagiannya diimbangi oleh kesan perintah berkurung di rumah terhadap pengeluaran dan jumlah jualan Pakistan pada separuh tahun pertama serta kesan negatif mata wang asing. Tidak termasuk kesan mata wang asing, pendapatan operasi segmen meningkat 8 peratus.
 
Dividen

Pada bulan September 2020, Syarikat meningkatkan dividen suku tahunan kepada $0.64 sesaham daripada $0.63 sesaham dan membayar dividen sebanyak $45 juta pada suku tahun ketiga dan $132 juta dari permulaan tahun hingga kini.

Ramalan 2020

Oleh sebab kesan berterusan tidak diketahui yang berpunca daripada COVID-19, Syarikat tidak dapat menganggarkan keputusan sepanjang tahun secara munasabah buat masa ini dan panduan kekal ditarik.

Syarikat menjangkakan kesan buruk berterusan daripada COVID-19 terhadap jumlah jualan bersih merentasi segmen operasi kami pada suku tahun keempat, dengan pemulihan jualan bersih umumnya berkaitan dengan peningkatan aktiviti pengguna. Dengan kadar kes pandemik yang menaik dan menurun di banyak negara, kami menjangkakan penggunaan di luar rumah akan terus berubah-ubah, dengan menekan permintaan tinggi bagi bahan yang dirumuskan dalam makanan dan minuman yang diambil di luar rumah. Kami menjangkakan permintaan yang agak lebih tinggi bagi makanan yang dimakan di rumah, lalu meningkatkan jumlah bahan yang merupakan sebahagian resipi hidangan ini.

Untuk keseluruhan tahun, kami menjangkakan kadar cukai yang dilaporkan 32 hingga 36 peratus dan kadar cukai efektif yang dilaraskan sekitar 27 hingga 28 peratus.

Perbelanjaan modal dijangkakan antara $290 juta hingga $310 juta, yang daripadanya lebih $100 juta dilaburkan untuk mendorong pertumbuhan Pengkhususan.

Panggilan Persidangan dan Butiran Siaran Web
Ingredion akan mengadakan panggilan persidangan pada hari Isnin, 2 November 2020 pada jam 8:00 pagi Waktu Tengah dengan dipengerusikan oleh Jim Zallie, presiden dan ketua pegawai eksekutif bersama-sama dengan James Gray, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai kewangan. Panggilan ini akan disiarkan dalam web dalam masa nyata dan akan termasuk pembentangan yang boleh diakses melalui laman web Syarikat di www.ingredion.com. Pembentangan akan tersedia untuk dimuat turun beberapa jam sebelum panggilan bermula. Main semula siaran web akan tersedia untuk tempoh masa yang terhad di www.ingredion.com.

Perihal Syarikat
Ingredion Incorporated (NYSE: INGR) yang beribu pejabat di subbandar Chicago ialah peneraju global pembekal penyelesaian bahan yang berkhidmat untuk pelanggan di lebih daripada 120 buah negara. Dengan jualan bersih tahunan 2019 melebihi $6 bilion, Syarikat memproses biji-bijian, buah-buahan, sayur-sayuran dan bahan tumbuhan lain untuk menjadi penyelesaian bahan tambah nilai untuk industri makanan, minuman, pemakanan haiwan dan industri lain. Dengan pusat inovasi Ingredion Idea Labs® di seluruh dunia dan lebih daripada 11,000 pekerja, Syarikat mencipta bersama dengan pelanggan dan memenuhi tujuannya untuk menyatukan potensi manusia, alam semula jadi dan teknologi untuk menjadikan kehidupan lebih baik. Layari ingredion.com untuk maklumat lanjut dan berita terkini tentang Syarikat.

Pernyataan Prospektif
Siaran berita ini mengandungi atau mungkin mengandungi pernyataan prospektif dalam lingkungan makna Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 sebagaimana yang dipinda dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934 sebagaimana yang dipinda. Syarikat memaksudkan pernyataan prospektif untuk dilindungi oleh peruntukan pelabuhan selamat bagi pernyataan tersebut.

Pernyataan prospektif merangkumi, antara lain, sebarang pernyataan tentang jangkaan Syarikat berkaitan kesan COVID-19, serta kadar cukai efektif dan perbelanjaan modal Syarikat bagi tahun 2020 dan sebarang anggapan, jangkaan atau kepercayaan yang menjadi dasar kepada perkara di atas. Pernyataan ini kadangkala dapat dikenal pasti melalui penggunaan perkataan prospektif, seperti "mungkin", "akan", "perlu", "menantikan", "menganggap", "yakin", "merancang", "mengunjurkan", "menganggar", "mengharap", "berniat", "terus", "proforma," "meramal", "menjangka", "mendorong", "peluang", "potensi", “sementara” atau ungkapan lain yang serupa atau negatif. Semua pernyataan selain pernyataan fakta sejarah dalam siaran ini atau dirujuk dalam siaran ini ialah "pernyataan prospektif."

Pernyataan ini berdasarkan keadaan atau jangkaan semasa, tetapi tertakluk pada risiko dan ketidakpastian inheren tertentu yang kebanyakannya sukar untuk diramal dan berada di luar kawalan kami. Walaupun kami yakin bahawa jangkaan kami yang digambarkan dalam pernyataan prospektif ini adalah berdasarkan anggapan yang munasabah, pelabur diperingatkan bahawa kami tidak dapat memberikan jaminan bahawa jangkaan kami akan terbukti benar.

Hasil dan perkembangan sebenar mungkin berbeza secara material daripada jangkaan yang dinyatakan secara tersurat atau tersirat oleh pernyataan prospektif kami disebabkan oleh risiko dan ketidakpastian berikut, antaranya: keutamaan dan persepsi penggunaan yang berubah, termasuk yang berkaitan dengan sirap jagung fruktosa tinggi; kesan keadaan ekonomi global dan keadaan politik, ekonomi, perniagaan, pasaran umum yang mempengaruhi pelanggan dan pengguna di pelbagai wilayah geografi dan negara di lokasi kami membeli bahan mentah atau mengeluarkan atau menjual produk kami, termasuk, terutamanya keadaan ekonomi, mata wang dan politik di Amerika Selatan dan keadaan ekonomi dan politik di Eropah, juga kesan faktor ini terhadap jumlah jualan, harga produk, akses kami kepada pasaran kredit dan kemampuan kami untuk mengutip wang belum terima daripada pelanggan; perubahan negatif dalam pulangan pelaburan yang diperoleh daripada aset pencen kami; prestasi kewangan masa depan industri utama yang kami sediakan dan yang kami peroleh sebahagian besar jualan kami, termasuk industri makanan, minuman, pemakanan haiwan; ketidakpastian penerimaan produk yang dibangunkan melalui pengubahsuaian genetik dan bioteknologi; kemampuan kami untuk membangunkan atau memperoleh produk dan perkhidmatan baharu dengan kadar atau kualiti yang mencukupi bagi memenuhi jangkaan; perubahan dalam dasar, undang-undang dan peraturan A.S. dan luar negara serta kos pematuhan undang-undang; peningkatan tekanan persaingan dan/atau pelanggan dalam industri penapisan jagung dan industri berkaitan, termasuk berkenaan dengan pasaran dan harga produk utama dan produk bersama, terutamanya minyak jagung; ketersediaan bahan mentah, termasuk kanji kentang, ubi kayu, gam Arab dan jenis jagung tertentu yang menjadi asas beberapa produk kami, kemampuan kami untuk menyampaikan potensi kenaikan kos jagung atau bahan mentah lain kepada pelanggan; kos dan ketersediaan bahan mentah dan tenaga; kemampuan kami untuk mengawal kos, mencapai belanjawan dan mewujudkan sinergi yang diharapkan, termasuk yang berkenaan dengan kemampuan kami untuk menyelesaikan projek penyelenggaraan dan pelaburan yang dirancang tepat pada waktunya dan mengikut belanjawan, dan mencapai penjimatan yang dijangkakan di bawah program Cost Smart kami serta berkenaan dengan pengangkutan dan kos penghantaran; kesan pasaran kewangan dan modal terhadap kos pinjaman kami, termasuk kesan turun naik mata wang asing, turun naik kadar faedah dan pertukaran serta turun naik pasaran dan risiko berkaitan dengan perlindungan nilai terhadap turun naik tersebut; kemungkinan kesan perubahan iklim; kemampuan kami untuk berjaya mengenal pasti dan menyelesaikan pemerolehan atau pakatan strategik dengan syarat yang baik serta kemampuan untuk berjaya menyepadukan perniagaan yang diperoleh atau melaksanakan dan mengekalkan pakatan strategik serta mencapai sinergi yang dijangkakan berkenaan dengan semua perkara di atas; kesukaran operasi di loji pembuatan kami atau berkenaan dengan kebolehpercayaan dandang; risiko yang berkaitan dengan keselamatan dan kualiti produk dan kepatuhan terhadap undang-undang dan peraturan keselamatan, kesihatan dan keselamatan alam sekitar, dan keselamatan makanan; risiko ekonomi, politik dan lain-lain yang wujud dalam operasi di negara asing dengan mata wang asing serta penghantaran produk di antara negara, termasuk berkenaan dengan tarif, kuota dan duti; gangguan, pelanggaran keselamatan atau kegagalan yang mungkin mempengaruhi sistem, proses dan laman teknologi maklumat kami; kemampuan kami untuk mengekalkan hubungan pekerja yang memuaskan; kesan cuaca, bencana alam, perang atau tindakan permusuhan yang serupa, tindakan dan ancaman keganasan, wabak berterusan seperti COVID-19 dan peristiwa penting lain yang mungkin berlaku terhadap perniagaan kami; potensi pengiktirafan caj rosot nilai atas muhibah atau aset jangka panjang; perubahan kadar cukai kami atau pendedahan kepada liabiliti cukai pendapatan tambahan; dan kemampuan kami untuk mengumpulkan dana dengan kadar yang berpatutan untuk memajukan dan mengembangkan operasi kami.

Pernyataan prospektif kami hanya memberikan gambaran mulai tarikh pengeluaran dan kami tidak menanggung sebarang kewajipan untuk mengemas kini sebarang pernyataan prospektif untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan selepas tarikh pernyataan berikutan maklumat baharu atau peristiwa atau perkembangan pada masa hadapan. Jika kami mengemas kini atau membetulkan satu atau lebih pernyataan ini, pelabur dan pihak lain tidak boleh menyimpulkan bahawa kami akan membuat kemas kini atau pembetulan tambahan. Untuk keterangan lebih lanjut tentang ini dan risiko lain, lihat "Risk Factors" yang disertakan dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun yang berakhir pada 31 Disember 2019 dan Laporan Suku Tahunan pada Borang 10-Q untuk tempoh suku tahunan yang berakhir pada 31 Mac 2020 dan dalam laporan kami seterusnya pada Borang 10-Q dan Borang 8-K.

ORANG HUBUNGAN:
Pelabur:  Tiffany Willis, 708-551-2592
Media:  Becca Hary, 708-551-2602
 

Ingredion Incorporated ("Ingredion")  
Condensed Consolidated Statements of Income  
(Unaudited)

Table
 
Ingredion Incorporated ("Ingredion")  
Condensed Consolidated Balance Sheets

Table

Table

Ingredion Incorporated ("Ingredion")  
Condensed Consolidated Statements of Cash Flows  
(Unaudited)

Table
 
Ingredion Incorporated ("Ingredion")
Supplemental Financial Information
(Unaudited)​

 
I. Geographic Information of Net Sales and Operating Income

Table

II. Maklumat Bukan GAAP
 
 
Untuk menambahkan hasil kewangan disatukan yang disediakan mengikut Prinsip Perakaunan yang Diterima Umum (“GAAP”), kami menggunakan ukuran kewangan sejarah bukan GAAP yang tidak termasuk item GAAP tertentu, seperti kos pemerolehan dan penyepaduan, kos rosot dan penstrukturan semula, peruntukan cukai Mexico, serta sesetengah item khas yang lain. Kami biasanya menggunakan istilah “dilaraskan” semasa merujuk kepada amaun bukan GAAP ini. Pihak pengurusan menggunakan ukuran kewangan bukan GAAP secara dalaman untuk membuat keputusan yang strategik, meramalkan hasil pada masa hadapan dan menilai prestasi semasa. Melalui pendedahan tentang ukuran kewangan bukan GAAP, pihak pengurusan berniat untuk memberikan perbandingan yang bermakna dan konsisten berkenaan hasil dan arah aliran operasi kami bagi tempoh yang dibentangkan. Ukuran kewangan bukan GAAP ini digunakan sebagai tambahan dan bersama-sama dengan hasil yang dibentangkan menurut GAAP dan menggambarkan cara tambahan untuk melihat aspek operasi kami yang memberikan pemahaman yang lebih lengkap tentang faktor dan aliran arah yang menjejaskan perniagaan kami apabila dilihat dengan hasil GAAP kami. Ukuran bukan GAAP ini perlu dianggap sebagai tambahan dan bukannya sebagai pengganti atau lebih penting berbanding ukuran sepadan yang dikira menurut GAAP. Ukuran kewangan bukan GAAP tidak disediakan menurut GAAP. Oleh itu, maklumat berkenaan tidak semestinya dapat dibandingkan dengan maklumat syarikat lain. Penyelarasan setiap ukuran kewangan sejarah bukan GAAP kepada ukuran GAAP yang paling dapat dibandingkan tersedia dalam jadual berikut.
 
Ingredion Incorporated ("Ingredion")  
Reconciliation of GAAP Net Income attributable to Ingredion and Diluted Earnings Per Share ("EPS") to  
Non-GAAP Adjusted Net Income attributable to Ingredion and Adjusted Diluted EPS  
(Unaudited)

Table

Pendapatan bersih, EPS dan kadar cukai mungkin berbeza atau tidak dapat dikira semula disebabkan pembundaran.

Nota
 
(i) Tempoh 2020 terutamanya merangkumi kos berkaitan pemerolehan dan penyepaduan perniagaan yang diperoleh daripada PureCircle Limited. Tempoh 2019 terutamanya merangkumi kos berkaitan pemerolehan dan penyepaduan perniagaan yang diperoleh daripada Western Polymer, LLC.
 
(ii) Sepanjang tiga bulan yang berakhir pada 30 September 2020, Syarikat mencatatkan sebanyak $6 juta bayaran penstrukturan semula/rosot nilai sebelum cukai yang terdiri daripada $4 juta kos berkaitan pekerja dan lain-lain, termasuklah perkhidmatan profesional yang berkaitan dengan program SG&A Cost Smart serta $2 juta perbelanjaan berkaitan penstrukturan semula, terutamanya di Amerika Utara dan APAC sebagai sebahagian daripada program kos jualan Cost Smart. Sepanjang sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2020, Syarikat mencatatkan $31 juta bayaran penstrukturan semula/rosot nilai sebelum cukai yang terdiri daripada $17 juta perbelanjaan berkaitan penstrukturan semula terutamanya di Amerika Utara dan APAC sebagai sebahagian daripada program kos jualan Cost Smart dan sebanyak $14 juta kos berkaitan pekerja dan lain-lain, termasuklah perkhidmatan profesional yang berkaitan dengan program SG&A Cost Smart. Selain itu, Syarikat mencatatkan rosot nilai sebanyak $10 juta pada pelaburan kaedah ekuitinya sepanjang tiga bulan yang berakhir pada 30 September 2020. Ini dicetuskan oleh penurunan nilai wajar pelaburannya yang terhasil daripada harga pembelian yang dipersetujui bagi baki 80% kepentingan dalam Verdient Foods, Inc. Syarikat menjangka akan menyelesaikan pemerolehan pada Suku Keempat Tahun 2020. Sepanjang tiga dan sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2019, Syarikat mencatatkan bayaran penstrukturan semula sebelum cukai, masing-masing $28 juta dan $41 juta. Sepanjang suku ketiga tahun 2019, Syarikat mencatatkan $14 juta perbelanjaan bersih berkaitan penstrukturan semula sebagai sebahagian daripada program kos jualan Cost Smart, termasuk $6 juta kos berkaitan pekerja dan penyusutan nilai yang dipercepatkan sebagai sebahagian daripada penutupan kemudahan kami di Lane Cove, Australia. Selain itu, kami mencatatkan $4 juta kos berkaitan pekerja di Amerika Selatan dan APAC serta $4 juta kos lain, termasuk perkhidmatan profesional dalam program kos jualan Cost Smart. Syarikat juga mencatatkan $14 juta kos berkaitan penstrukturan semula sebagai sebahagian daripada program SG&A Cost Smart, termasuk kos berkaitan pemberhentian pekerja sebanyak $7 juta dan $7 juta kos lain, termasuk perkhidmatan profesional, terutamanya di Amerika Utara dan Amerika Selatan. Sepanjang sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2019, Syarikat mencatatkan $41 juta bayaran penstrukturan semula termasuk $20 juta kos berkaitan pekerja dan kos lain, termasuklah perkhidmatan profesional, berkaitan dengan program SG&A Cost Smart, $18 juta kos lain termasuklah perkhidmatan profesional dan kos berkaitan pekerja dengan program kos jualan Cost Smart, termasuk penutupan kemudahan di Lane Cove, Australia serta $3 juta kos lain berkaitan dengan inisiatif transformasi kewangan Amerika Latin.

(iii) Tiga dan sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2020 termasuk ketelusan kos berkaitan dengan pembelian inventori PureCircle Limited yang dilaraskan kepada nilai wajar pada tarikh pemerolehan mengikut peraturan perakaunan gabungan perniagaan.
 
(iv) Sepanjang tiga dan sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2020, Syarikat menanggung kos sebanyak $5 juta yang berkaitan secara langsung dengan penghapusan hutang awal sebanyak $400 juta bagi hutang senior 4.625% yang tarikh akhirnya adalah pada 1 November 2020. Syarikat mencatatkan bayaran penghapusan hutang dalam kos Pembiayaan, secara bersih pada Penyata Pendapatan Gabungan Ringkas.

(v) Sepanjang tiga dan sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2020, Syarikat menanggung kerosakan ribut pada kemudahan pengeluaran di Cedar Rapids, IA. Kemudahan itu ditutup selama 10 hari dan kerosakan berkaitan ribut mengakibatkan bayaran sebanyak $2 juta sepanjang tiga bulan yang berakhir pada 30 September 2020. Syarikat mencatatkan kos kerosakan ribut dalam Perbelanjaan lain (pendapatan), secara bersih pada Penyata Pendapatan Gabungan Ringkas.

(vi) Item cukai mewakili kesan penggunaan dolar A.S. oleh Syarikat sebagai mata wang fungsian bagi anak syarikatnya di Mexico. Kadar cukai efektif Mexico sangat dipengaruhi oleh pengukuran semula penyata kewangan peso Mexico ke dalam dolar A.S. Syarikat mencatatkan faedah cukai sebanyak $6 juta dan peruntukan cukai sebanyak $16 juta masing-masing sepanjang tempoh tiga dan sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2020, akibat pergerakan peso Mexico terhadap dolar A.S. Sepanjang tempoh tiga dan sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2019, Syarikat mencatatkan peruntukan cukai sebanyak $3 juta $2 juta masing-masing akibat daripada pergerakan peso Mexico terhadap dolar A.S.

(vii) Ini berkaitan dengan penyelesaian cukai yang lain, pelarasan cukai untuk penyusunan semula antara syarikat dan hasil cukai bagi penambahan balik bukan GAAP di atas.

II. Non-GAAP Information (continued)

Ingredion Incorporated ("Ingredion")
Reconciliation of GAAP Operating Income to Non-GAAP Adjusted Operating Income
(Unaudited)


Table

Bagi setiap tanda rait di atas, lihat nota kaki yang disertakan dalam Penyesuaian Pendapatan Bersih GAAP yang disebabkan oleh Ingredion dan EPS Tercair kepada Pendapatan Bersih Dilaraskan Bukan GAAP disebabkan oleh Ingredion dan EPS Tercair Dilaraskan.

II. Non-GAAP Information
(continued)

Ingredion Incorporated ("Ingredion")
Reconciliation of GAAP Effective Income Tax Rate to Non-GAAP Adjusted Effective Income Tax Rate
(Unaudited)


Table

Table

Bagi setiap tanda rait di atas, lihat nota kaki yang disertakan dalam Penyesuaian Pendapatan Bersih GAAP yang disebabkan oleh Ingredion dan EPS Tercair kepada Pendapatan Bersih Dilaraskan Bukan GAAP disebabkan oleh Ingredion dan EPS Tercair Dilaraskan.

II. Non-GAAP Information (continued)

Ingredion Incorporated ("Ingredion") 
Reconciliation of Reported U.S. GAAP Effective Tax Rate ("GAAP ETR")
to Anticipated Adjusted Effective Tax Rate ("Adjusted ETR")
(Unaudited)


Table

Di atas merupakan penyesuaian GAAP ETR tahun penuh 2020 yang kami jangkakan terhadap ETR dilaraskan tahun penuh 2020 yang kami jangkakan. Amaun di atas mungkin tidak menggambarkan caj akan datang, kos dan/atau perolehan tertentu yang sememangnya sukar untuk diramalkan dan dianggarkan disebabkan pemasaan, kesan dan/atau kepentingan yang tidak diketahui. Amaun ini termasuk tetapi tidak terhad kepada kos pemerolehan dan penyepaduan, kos rosot nilai dan penstrukturan semula serta item khas tertentu yang lain. Secara umumnya, kami mengecualikan item ini daripada panduan ETR kami yang dilaraskan. Atas sebab-sebab ini, kami lebih yakin dengan keupayaan kami meramalkan ETR dilaraskan berbanding keupayaan kami meramalkan ETR GAAP.

Bagi item (i) hingga (vii), lihat nota kaki yang termasuk dalam Penyesuaian Pendapatan Bersih GAAP yang disebabkan oleh Ingredion dan EPS Tercair kepada Pendapatan Bersih Dilaraskan Bukan GAAP disebabkan oleh Ingredion dan EPS Tercair Dilaraskan.
 
(viii) Kesan kadar cukai secara tidak langsung selepas item (i) hingga (vii).

SUMBER: Ingredion Incorporated

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.