ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PENGASAS GLAMHIVE STEPHANIE SPRANGER DAN PENGGAYA SELEBRITI JENNIFER RADE MENGUMUMKAN SIDANG KEMUNCAK GAYA DAN KECANTIKAN DIGITAL FALL

Monday 09/11/2020



Table
 
Sidang Kemuncak Gaya dan Kecantikan Digital Fall Glamhive akan menghimpunkan pemimpin fesyen dan kecantikan terkemuka (Grafik: Mary Kay Inc.)


Persidangan akan menyatukan pemimpin di dalam industri gaya dan kecantikan untuk membincangkan mengenai fesyen, kecantikan, dan kesihatan.

SEATTLE & LOS ANGELES, 9 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Glamhive mengumumkan persidangan dalam talian mereka yang ketiga yang akan diadakan pada 14 November. Sidang Kemuncak Gaya dan Kecantikan Digital Fall Glamhive akan menghimpunkan pemimpin fesyen dan kecantikan terkemuka, dari penggaya Sarah Jessica Parker sehingga kepada jurugaya rambut Kim Kardashian. Pemimpin-pemimpin yang berinovatif itu akan membincangkan semua perkara berkaitan fesyen, kesihatan, kecantikan, dan banyak lagi. Stephanie Sprangers dan Jennifer Rade akan menjadi hos bersama bagi acara tersebut.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201106005072/en/

“Saya sangat teruja untuk menjadi hos bersama bagi sidang kemuncak Gaya dan Kecantikan LIVE Fall Glamhive itu bersama dengan Stephanie. Kami membawa bersama penggaya, artis solekan, jurugaya rambut, pereka & pengusaha yang paling hebat di dunia untuk berkongsi segala yang telah kami pelajari— dari cara bagaimana kami bermula kepada semua petua dan cara kami tentang bagaimana memiliki gaya peribadi yang hebat,” kata Jennifer Rade, penggaya selebriti dan pereka kostum. Jennifer adalah seorang daripada penggaya paling sibuk yang bekerja pada hari ini. Pelanggan beliau terdiri daripada bintang Senarai-A Angelina Jolie, Abbie Cornish, Cher, dan Jenna Fischer, sehingga kepada pemuzik Lady A, Pink, Marilyn Manson, Dave Matthews, Amy Winehouse, Motley Crue, dan Tina Turner. Hasil beliau telah dipaparkan dalam banyak penerbitan, termasuk W, Vanity Fair, Marie Claire, GQ, Esquire, dan Harper's Bazaar.

“Visi Glamhive adalah untuk menjadikan gaya peribadi tersedia untuk semua orang, di mana-mana sahaja, dan acara digital kami adalah satu lanjutan yang mengagumkan daripada itu. Tahun ini telah membolehkan kami untuk membawa acara kami kepada semua orang, di mana-mana sahaja agar mereka yang meminati fesyen dan kecantikan atau bekerja di dalam industri itu boleh belajar daripada yang terbaik di dalam perniagaan itu,” kata Stephanie Sprangers, pengasas Glamhive. Spranger adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Glamhive, perkhidmatan penggayaan peribadi dalam talian yang membawa pakar penggaya peribadi dan artis solekan — yang direkrut secara langsung dari Hollywood dan Instagram — kepada semua orang. Glamhive telah mengembangkan perisian proprietari yang membolehkan penggaya untuk membawa pelanggan melalui satu pengalaman penggayaan yang 100% dalam talian, yang membolehkan orang bekerja dengan penggaya di mana sahaja di dunia.

Acara bertiket sepanjang hari itu akan menampilkan 22 segmen dengan lebih 50 penceramah. Berikut adalah satu gambaran keseluruhan bagi beberapa topik yang akan dibahaskan oleh barisan penceramah mereka.

TOPIK:
 
· Gaya Zum: Mempunyai Gaya Hebat (dan Selesa)
· Penghasilan seorang Penggaya Fesyen
· Asas Dahulu
· Bagaimana Persekitaran Rumah Anda Mempengaruhi Angin Anda dan Mencerminkan Gaya Anda
· Bagaimana untuk Membina Almari Pakaian Impian Anda
· Gaya 360 -- Hubungan antara Rambut, Solekan, dan Almari Pakaian
· Keusahawanan – Keberanian untuk mengejar Impian Anda
· Masa Depan bagi Permaidani Merah
· Gadis Perancis yang Bergaya dan Obsesi Kita dengan Emily in Paris
· Bentuk Diutamakan -- Sayangi Diri Anda dan Bentuk Anda
· Gayakan Kesihatan Anda - Tingkatkan Tenaga dan Keimunan Anda
· Asas Penjagaan Kulit: Membimbing Pelanggan mengenai Penjagaan Diri
· Gaya Ikonik + Cara untuk Membuat satu Kenyataan dengan Gaya Anda
 
PENCERAMAH:

Penceramah termasuk penggaya selebriti, artis solekan, pembuat imej yang bekerja dengan nama-nama terbesar di Hollywood dan seterusnya, termasuk:

Angelina Jolie, Mandy Moore, Sarah Jessica Parker, Kristen Bell, Khloe Kardashian, Robert Downey Jr, Keanu Reeves, Dwayne Johnson, Donald Glover, Sharon Stone, Serena Williams, Miranda Lambert, Julianne Moore, Liv Tyler, dan banyak lagi.

PENGGAYA SELEBRITI:

Jennifer Rade, Ilaria Urbinati, Erin Walsh, Nicole Chavez, Jeanne Yang, Janelle Miller, Lindsey Dupuis, Tiffany Gifford, Sonia Young, Rachel Wirkus, Kesha McCloud

ARTIS SOLEKAN SELEBRITI + JURUGAYA RAMBUT:

Danesa Myricks, Andrew Fitzsimons, Daniel Martin, Colleen, Runne, Quinn Murphy, Sheridan Ward, Simedar Jackson, dan Mia Santiago

USAHAWAN, PEREKA BENTUK, DAN PEMIMPIN PERNIAGAAN

Cindy Eckhert (Tabung The Pink Ceiling), Jonathan Sposato (Pengasas, PicMonkey), Carrie Colbert (Curated Capital), Summer Holl (Presiden, Elyse Walker), Christian Juul Nielsen (Herve Leger | Aknvas), Lucy Aylen (Never Fully Dressed), Dr. Shrereene Idress, Dr. Avanti Kumar Singh

PEMUDAH CARA:

Brian Underwood (Majalah O the Oprah), Brooke Jaffe (bekas Pengarah Fesyen, Bloomingdales), Jack Eustace, Nicole Young (E! News), Kibwe Chase Marshall, Pengasas Bersama, The Kelly Initiative), Jezlan Moyet.

Tiket bagi persidangan itu adalah $99 untuk satu tiket sepanjang hari dan termasuk satu aturcara tersuai oleh She-J Nikki Pennie. Penaja penyampaian untuk Sidang Kemuncak Gaya dan Kecantikan Digital Fall Glamhive adalah Mary Kay dan Mary Kay Global Design Studio. Penaja lain termasuk NuBra USA, LEO, AKNVAS, NYDJ dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.glamhive.com/upcoming.

Maklumat mengenai Glamhive

Glamhive telah diasaskan oleh usahawan Stephanie Sprangers pada tahun 2017 dengan visi untuk mendemokrasikan gaya peribadi dan berdasarkan premis itu bahawa keyakinan yang hadir dengan glamor tidak boleh eksklusif untuk orang kaya dan terkenal.

Pengalaman menggaya dalam talian menawarkan kepada siapa sahaja yang mempunyai akses sambungan Wi-Fi kepada penggaya akan memberi mereka sokongan yang mereka perlukan untuk menjadi versi terbaik mereka. Bagi penggaya, ini adalah satu platform hujung-ke-hujung yang lancar untuk membantu mereka mengembangkan rangkaian dan perniagaan mereka, boleh dikatakan 100%.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya lebih 56 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan  peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan komuniti kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201106005072/en/

Hubungi

Stephanie Sprangers, Pengasas + Ketua Pegawai Eksekutif, Glamhive
stephanie@glamhive.com
+1.206.851.0446

Sumber : Mary Kay

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.