ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ​HEZE MEMPROMOSIKAN PEONY SEBAGAI SATU INDUSTRI DAN SENI, MENGGESA BAGI PENYERTAAN UNTUK SATU SIRI PERTANDINGAN

Wednesday 11/11/2020

AsiaNet 86518

Table

Pemilihan anugerah itu untuk Anugerah Sumbangan Luar Biasa bagi Ibu Kota Peony China (Heze) 2021 dan Anugerah Siri Peony dilancarkan.


HEZE, China, 11 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Heze, sebuah bandar raya yang terletak di Wilayah Shandong, China, baru-baru ini telah melancarkan satu pemilihan anugerah untuk Anugerah Sumbangan Luar Biasa bagi Ibu Kota Peony China (Heze) 2021 dan Anugerah Siri Peony “Dunia Mengembang” dan menggesa bagi penyertaan bagi Pertandingan Siri Peony “Dunia Mengembang” dari dalam dan luar negara, menurut Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat bagi Perbandaran Heze.

Anugerah Sumbangan Luar Biasa bagi Ibu Kota Peony China (Heze) itu adalah satu anugerah kehormat yang diwujudkan oleh Jawatankuasa Perbandaran Heze CPC dan Kerajaan Heze untuk mengiktiraf orang perseorangan atau pasukan di atas sumbangan luar biasa kepada pembangunan bagi industri peony dan budaya dan seni peony di Heze.

Setahun sekali, sehingga 2 individu (pasukan) telah dipilih dan disampaikan dengan satu anugerah sekali sahaja sebanyak CNY 300,000. Orang perseorangan atau pasukan dari China dan luar negara diiktiraf kerana pencapaian luar biasa mereka di dalam penanaman dan pembiakan, penyelidikan dan pengembangan saintifik, dan inovasi model perniagaan bagi peony serta penciptaan dan pengeluaran budaya dan seni peony, sumbangan luar biasa kepada pembangunan bagi industri peony Heze dan budaya dan seni peony, dan pengaruh sosial yang hebat.

Pada Mei 2021, Heze akan memilih pemenang bagi Anugerah Sumbangan Luar Biasa tahunan ke-2 bagi Ibu Kota Peony China dan memberikan penghargaan kepada mereka dalam satu majlis besar-besaran.

Anugerah Siri Peony “Dunia Mengembang” 2021, yang dianjurkan oleh Kerajaan Heze, termasuk anugerah di dalam tujuh bidang di bawah dua kategori: pembangunan industri peony dan budaya dan seni peony. Kategori pembangunan industri peony termasuk 3 bidang: Pertandingan Pertunjukan Peony, Inovasi Saintifik Peony, dan Inovasi Model Perniagaan Industri Peony. Kategori budaya dan seni peony termasuk 4 bidang: Pertandingan Seni Bertemakan Peony, Pertandingan Kaligrafi, Pertandingan Fotografi, dan Pertandingan Reka Bentuk Kreatif Kebudayaan. Masing-masing mempunyai satu anugerah utama yang digelar sebagai “Anugerah Peony Emas” bagi Ibu Kota Peony China (Heze) dan mempunyai satu hadiah sebanyak CNY 100,000, di samping hadiah pertama, kedua, ketiga, dan hadiah lain.

Pemilihan bagi Anugerah Inovasi Saintifik Peony dan Anugerah Inovasi Model Perniagaan Industri Peony dijadualkan pada awal tahun 2021 manakala lima pertandingan, Pertandingan Pertunjukan Peony, Pertandingan Seni, Pertandingan Kaligrafi, Pertandingan Fotografi, dan Pertandingan Reka Bentuk Kreatif Kebudayaan sudah dimulakan secara rasmi. Untuk butiran mengenai pertandingan itu, sila layari laman web rasmi bagi anugerah itu di http://heze.dzwww.com/hkss/.

Semua pertandingan dibuka untuk peserta dari China dan luar negara. Sebagai tambahan kepada ulasan oleh panel pengadilan profesional, penyertaan bagi pertandingan ini akan dinilai oleh warga siber dan penonton di lokasi semasa pameran dalam talian dan luar talian bagi Festival Pelancongan Kebudayaan Peony Antarabangsa Heze pada tahun 2021.

Heze akan secara serentak mengadakan satu festival besar-besaran dan satu pesta kebudayaan bagi semua orang dengan mengadakan satu siri aktiviti awam yang berpengaruh, menarik, dan menjemput penyertaan, seperti pemilihan makanan dengan tema “Mencari Makanan Lazat di Ibu Kota Peony”, Pertandingan Opera untuk Peminat di Ibu Kota Peony, Festival Seni “Pameran Buku Peony”, dan Pertandingan Puisi Bertemakan Peony.

Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat bagi Perbandaran Heze

Pautan Lampiran Imej:

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=376276

Kapsyen: Pemilihan anugerah itu untuk Anugerah Sumbangan Luar Biasa bagi Ibu Kota Peony China (Heze) 2021 dan Anugerah Siri Peony dilancarkan.

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=376277

Kapsyen: Peony kembang mekar di Ibu Kota Peony China (Heze)

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=376278

Kapsyen: Sebuah lukisan peony ala gongbi dari Juye, Heze dipaparkan buat pertama kali di Ekspo Import Antarabangsa China ke-3 (CIIE)

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.