ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  MARY KAY MENERUSKAN SOKONGAN MEREKA BAGI INOVASI DAN ARAHAN SAINTIFIK MELALUI GERAN PENDIDIKAN DI DALAM PERKONGSIAN DENGAN IMCAS ACADEMY

Wednesday 11/11/2020



Table

Dr. Michelle Hines, Pengarah bagi Penyelidikan & Inovasi Kosmetik Global di Mary Kay Inc. (Foto: Mary Kay Inc.)


DALLAS, 11 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah perintis dan inovator selama beberapa dekad di dalam penyelidikan penjagaan kulit, baru-baru ini telah menyediakan satu geran pendidikan kepada International Master Course on Aging Science (IMCAS) Academy untuk membiayai web seminar mereka yang sangat dinantikan mengenai “Mengelupas di Pejabat dan Mengelupas di Rumah” yang tersedia kepada pakar bedah plastik, pakar dermatologi, pakar industri, dan pengamal estetik dengan tujuan untuk meneruskan pendidikan mereka dan mempertingkatkan amalan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201110005239/en/

Web seminar itu, yang membuat penampilan pertama di seluruh dunia kepada lebih 1,200 orang peserta, merupakan acara terbaharu daripada Akademi itu yang misi mereka adalah untuk memberikan pendidikan terkemuka mengenai topik sains penuaan.

Web seminar itu, yang dikendalikan oleh Editor Eksekutif IMCAS Academy, Dr. Dominique Du Crest, menampilkan satu barisan penceramah terkenal dan pelbagai dari seluruh dunia. Dr. Michelle Hines, Pengarah bagi Penyelidikan & Inovasi Kosmetik Global di Mary Kay, memulakan web seminar itu dengan satu gambaran keseluruhan mengenai mengelupas kimia dan kemudian menyertai pakar-pakar untuk membincangkan mengenai pelbagai perkara yang merangkumi sejumlah topik yang berada di dalam agenda. Topik-topik tersebut merangkumi persoalan kewujudan sama ada ‘untuk mengelupas atau tidak’, pelbagai jenis kupasan, mengelupas untuk jenis kulit yang lebih gelap, penggunaan bahan-bahan baharu dan berinovatif, bahaya mengelupas bagi pesakit yang menghadapi pelbagai penyakit kulit, dengan penceramah juga berkongsi petua tentang cara untuk memanjangkan faedah pengelupasan selepas prosedur. Sesi itu diakhiri dengan panel soal-jawab yang mantap yang dipengerusikan oleh Dr. Uliana Gout, M.D. Bersama Dr. Hines, penceramah yang dipaparkan termasuk Dr. Foteini Bageorgou, Ahli Dermatologi; Dr. Marina Landau, Ahli Dermatologi; dan Dr. Mukta Sachdev, Ahli Dermatologi.

“Wanita dari segenap usia, di mana saja di dunia, menginginkan kulit yang tidak ada cacat cela,” kata Dr. Hines. “Pada masa ini, pengelupasan kimia adalah satu prosedur peremajaan kulit dan pembentukan semula kulit yang popular. Pengelupasan kulit profesional dan di rumah menawarkan pengalaman dan faedah yang berbeza. Oleh kerana terdapat banyak pilihan, pendidikan dan kesedaran adalah penting untuk membuat pilihan terbaik. Mary Kay amat teruja kerana dapat memberikan geran untuk pendidikan dan penyelidikan lanjutan mengenai topik itu.”

“Saya ingin menekankan tentang sifat dinamik dan berkembang bagi komuniti kita yang pelbagai," kata Dr Du Crest. "Kami mempunyai lebih 28,000 ahli doktor, dan dengan penyebaran COVID-19, komuniti kami telah berkembang pesat. Di luar Kongres kami, kami menawarkan web seminar, kadang-kadang dua kali seminggu, di mana kami mewujudkan peluang untuk doktor, pakar perubatan, ahli dermatologi, dan ahli estetik di seluruh dunia untuk berkumpul dan berkongsi pengetahuan, kepakaran, dan menjawab soalan yang berkaitan dengan industri dari rakan sejawatan mereka tanpa perlu melakukan perjalanan atau meninggalkan rumah atau pejabat mereka. Platform e-Pembelajaran kami menempatkan beratus-ratus kes klinikal, pelbagai catatan blog, lebih 40 web seminar setiap tahun, dan ribuan video untuk profesional industri yang dapat menonton dan memperkayakan diri mereka di atas permintaan.”

Web seminar itu telah dirakamkan dan tersedia untuk ditonton di portal Perpustakaan IMCAS Academy.
 
Maklumat mengenai Mary Kay
Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya 57 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan komuniti kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.
 
Maklumat mengenai International Course on Aging Science (IMCAS)
IMCAS telah ditubuhkan pada tahun 1994 di Paris, Perancis, sebagai sebuah kongres yang dikhususkan untuk pakar bedah plastik dan ahli dermatologi. Sejak penubuhannya, IMCAS telah berusaha untuk merapatkan jurang pengetahuan di antara Pembedahan Plastik dan Pembentukan Semula dan Dermatologi, dengan itu menjanakan sinergi dan membantu merapatkan jurang kedua-dua bidang ini. Misi mereka adalah untuk membolehkan pengamal estetik untuk mengakses kandungan saintifik berkualiti di atas permintaan. IMCAS baru-baru ini melancarkan platform e-pembelajaran mereka, IMCAS Academy, yang menawarkan kepada pelanggan mereka dengan akses segera kepada video arahan, kertas saintifik, wawancara pakar dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai IMCAS, sila klik di sini: https://www.imcas.com/en.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201110005239/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.