ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  NEW WORLD PHU QUOC RESORT AKAN DIBUKA PADA TAHUN 2021

Thursday 19/11/2020



Table

(Foto: Business Wire)

Perkongsian di antara New World Hotels & Resorts dan Kumpulan Sun akan mendedahkan enklaf semua vila di satu daripada destinasi pantai terbaik di Vietnam

PHU QUOC, Vietnam, 19 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- New World Hotels & Resorts telah dilantik oleh Kumpulan Sun untuk menguruskan New World Phu Quoc Resort (dahulunya dikenali sebagai Sun Premier Village Kem Beach Resort), di pulau Phu Quoc di selatan Vietnam, dengan kedatangan kumpulan pertama tetamu dijangkakan pada tahun 2021. Perjanjian itu menandakan permulaan bukan sahaja hartanah ke-11 dan resort kedua untuk menyertai portfolio New World Hotels & Resorts merentasi Asia di destinasi bandar raya dan resort, tetapi yang ketiga di Vietnam termasuk New World Saigon Hotel dan New World Hoiana Hotel yang akan dibuka tidak lama lagi.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201118005507/en/

Resort semua vila itu terletak di hujung barat daya Phu Quoc, di hampir 60 hektar landskap tropika yang menghadap Pantai Kem yang terkenal - sebuah garis pesisir  yang dihiasi indah berbentuk bulan sabit sepanjang 3.5 km yang menghadap ke Teluk Thailand. Seakan sebuah perkampungan pantai yang mewah, resort itu adalah sebuah pangkalan yang tepat untuk menerokai keajaiban semula jadi Phu Quoc - pulau terbesar di Vietnam, ia berhutan tebal, yang dibelah oleh banjaran gunung “Puncak 99” dan dikelilingi oleh beberapa pantai yang terbaik di dunia. Lebih daripada separuh pulau itu adalah sebuah Rizab Biosfera UNESCO dan sebahagian besar daripada kawasan perairannya merupakan sebuah kawasan pemeliharaan laut.

Tetamu boleh memilih dari 375 vila dalam tujuh konfigurasi bermula dari ukuran saiz 124 meter persegi sehingga kepada Sun Beach Front Villa seluas 414 meter persegi. Setiap vila dengan atap berjerami itu mempunyai sebuah kolam renang peribadi. Menggabungkan reka bentuk kontemporari dengan konsep seni bina Vietnam yang tak lapuk dek zaman, setiap vila terdiri daripada tiga kawasan yang berasingan, semuanya dipertingkatkan oleh angin laut segar dan cahaya matahari semula jadi. Kayu, buluh, dan rotan digabungkan ke dalam hiasan dalaman Vietnam yang elegan dan penuh bergaya.

Seluruh kawasan persendirian di Pantai Kem di resort itu adalah seumpama daya penarik untuk sukan air, bersantai di pantai dan matahari terbenam yang indah, tetapi jalan-jalan berliku melalui taman-taman landskap di resort itu juga membawa tamu kepada pelbagai pilihan rekreasi tambahan, termasuk sebuah kolam renang luaran, pusat kecergasan dan studio, sebuah spa dengan 16 bilik rawatan dan kelab kanak-kanak untuk pelancong kecil.

Restoran dan bar memuaskan selera percutian dengan kafe sepanjang hari, restoran khusus, bar di tepi kolam renang dan restoran tepi pantai yang menawarkan suasana dan pemandangan tropika yang subur untuk menemani masakan-masakan dari pulau, wilayah dan antarabangsa.

“Kami sangat berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Kumpulan Sun kepada kami untuk menguruskan resort ini yang direka dengan indah di satu sudut dunia yang unik ini,” kata Sonia Cheng, ketua pegawai eksekutif bagi Kumpulan Hotel Rosewood. “Kami tidak dapat memikirkan peluang yang lebih tepat untuk menzahirkan visi jenama kami mengenai perkhidmatan yang tulen dan tulus ikhlas daripada di tengah-tengah keindahan Phu Quoc dan kehangatan penduduknya.”

“Kerjasama ini di antara dua jenama yang sangat disegani di dalam perhotelan akan membawa bukan hanya satu pengalaman baharu yang superlatif bagi pelancong ke Vietnam, tetapi memperkukuhkan kedudukan Phu Quoc sebagai sebuah destinasi percutian bertaraf dunia,” kata Dang Minh Truong, pengerusi bagi Kumpulan Sun.

Dalam suasana, latar dan gaya, New World Phu Quoc Resort dengan mewah mencerminkan kesemua pesona bagi pulau Vietnam yang menghijau yang membuktikan satu daya tarikan yang semakin menarik bagi pengunjung dari seluruh pelusuk dunia. Ia juga merupakan sebuah pintu masuk untuk menerokai budaya dan gaya hidup pulau Phu Quoc yang menawan. Dikenali sebagai “Pulau Mutiara” untuk karunia yang berkualiti daripada ladang mutiara mereka, kampung tradisional mereka, pasar mereka yang sibuk, pagoda Buddha dan ladang lada biji juga menanti untuk diterokai, dan superlatif mereka yang unik termasuk pengeluaran cham nuoc yang terbaik di Vietnam, sos ikan yang sentiasa terdapat di dalam masakan Vietnam, dan memang tidak dapat dipertikaikan makanan laut terbaik di negara itu.

Maklumat mengenai New World Hotels & Resorts

New World Hotels & Resorts adalah perniagaan mewah, hotel dan resort yang bertumpukan kepada MICE di lokasi-lokasi pusat yang sesuai di bandar raya utama dan sekunder di China, pintu masuk utama Asia dan destinasi percutian yang popular. Sebanyak 9 hartanah New World Hotels & Resorts terletak di Hong Kong, Beijing, Dalian, Guiyang, Wuhan, Malaysia, Filipina, Vietnam dan sebuah hotel gabungan di Shunde. Sebilangan besar daripada hotel yang mempunyai lebih 350 bilik itu menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang relevan, termasuk pelbagai restoran, perkhidmatan perniagaan, kemudahan mesyuarat yang meluas, lantai eksekutif dan pilihan rekreasi Residence Club. Untuk maklumat lanjut, sila layari newworldhotels.com.

Maklumat mengenai Kumpulan Hotel Rosewood

Kumpulan Hotel Rosewood, satu daripada syarikat hotel terkemuka di dunia, merangkumi tiga jenama: Rosewood Hotels & Resorts® yang serba mewah di Amerika Utara, Caribbean/Atlantik, Eropah, Timur Tengah dan Asia; New World Hotels & Resorts yang berkelas atas di China dan Asia Tenggara; dan KHOS, sebuah jenama hotel gaya hidup perniagaan global yang dinamik. Portfolio gabungannya terdiri daripada lebih daripada 40 buah hotel di 19 negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari rosewoodhotelgroup.com.

Maklumat mengenai Kumpulan Sun

Kumpulan Sun, yang ditubuhkan pada tahun 2007, adalah satu daripada kumpulan ekonomi persendirian terkemuka di Vietnam, yang memberikan sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi pelancongan Vietnam. Kumpulan Sun memiliki jenama Sun World, Sun Hospitality dan Sun Property dan telah baru-baru ini dianugerahkan 25 Anugerah Perjalanan Dunia untuk projek pelancongan, hiburan dan infrastruktur mereka. Projek hotel mereka yang berprestij di Phu Quoc telah meningkatkan destinasi itu kepada status bertaraf dunia dan memberikan sumbangan yang besar kepada ekonomi tempatan dan kesejahteraan penduduk di pulau itu. Untuk maklumat lanjut, sila layari sungroup.com.vn.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201118005507/en/

Hubungi

Florence Chan
Kumpulan Hotel Rosewood
Telefon: +852 2138 2262
E-mel: florence.chan@rosewoodhotelgroup.com

Sumber : New World Hotels & Resorts

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.