ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  MARY KAY MENYOKONG USAHA PEMULIHARAAN PENYU DAN MENGGALAKKAN AMALAN EKOPELANCONGAN MAPAN DENGAN THE NATURE CONSERVANCY DI KEPULAUAN SOLOMON

Tuesday 24/11/2020



Table

Mary Kay telah bekerjasama dengan The Nature Conservancy untuk memperkasakan wanita di dalam ekopelancongan di Kepulauan Solomon, menyediakan peluang yang diperlukan bagi ekonomi tempatan dan sokongan pemuliharaan untuk penyu sisik yang terancam. © Jeff Yonover


DALLAS, 24 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- November ini, Mary Kay Inc. sangat teruja untuk mengumumkan perkongsian mereka dengan The Nature Conservancy untuk melindungi spesies penyu sisik yang sangat terancam melalui memupuk ekopelancongan yang diterajui oleh kaum wanita di Kepulauan Solomon. Melalui kerjasama ini dengan The Nature Conservancy, Mary Kay akan menyokong pengembangan kemahiran bagi sebuah kumpulan wanita tempatan, yang dikenali sebagai KAWAKI, memudahkan latihan keselamatan makanan dan kebersihan diri, yang sangat penting untuk pelancaran usaha ekopelancongan yang diterajui wanita yang pertama di Solomon, yang terletak di Kepulauan Arnavon yang terpencil.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201123006284/en/
 
Kumpulan KAWAKI itu adalah sebuah organisasi wanita tempatan di Kepulauan Solomon yang didedikasikan untuk pemuliharaan laut dan perlindungan penyu untuk Kepulauan Arnavon. Misi mereka adalah untuk menyatukan wanita di sekitar pemuliharaan, budaya dan komuniti bagi mewujudkan satu masa depan yang lebih baik bagi anak-anak mereka dan generasi akan datang. Projek pemuliharaan terbesar oleh KAWAKI terletak di Kepulauan Arnavon, yang merupakan tempat terbesar untuk penyu sisik di Pasifik Selatan. Penyu sisik itu adalah sejenis spesies penyu yang terutamanya terancam oleh perburuan dan kehilangan habitat -- khususnya, kehilangan pantai-pantai untuk menetas akibat hakisan pantai yang disebabkan oleh ribut dan peningkatan paras laut. Pelancongan adalah satu keutamaan pembangunan bagi Kepulauan Solomon, dan dengan bertambahnya jumlah pelancong yang mengunjungi Arnavon setiap tahun, pihak berkuasa peringkat wilayah telah mengenal pasti kawasan itu sebagai satu peluang utama bagi ekopelancongan khusus yang dapat membantu membawa komuniti itu keluar dari belenggu kemiskinan dan menyediakan sumber yang diperlukan untuk pemuliharaan penyu yang berkesan. Walau bagaimanapun, infrastruktur dan pemasaran tempatan belum dibangunkan untuk ekopelancongan lestari bagi menampung peningkatan pengunjung secara berterusan ke Arnavons.

Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh negara-negara Pasifik Selatan, seperti Kepulauan Solomon, adalah akses yang terhad kepada penjagaan kesihatan. Dan dengan penyebaran COVID-19, keadaan itu menjadi bertambah buruk. Sejak kerajaan Kepulauan Solomon mengisytiharkan darurat kebangsaan pada awal tahun ini, ramai penduduk Pulau Solomon telah meninggalkan ibu kota Honiara untuk kembali ke kampung halaman mereka. Wanita KAWAKI telah bekerjasama dengan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan setempat, pemimpin gereja dan sekolah untuk menyediakan latihan seperti mencuci tangan dan langkah berjaga-jaga yang lain kepada masyarakat terpencil serta sumber seperti sabun, yang seringkali sukar untuk diperolehi.

“Penyertaan dan kepimpinan wanita sangat penting untuk melindungi hasil pemuliharaan positif dan kesihatan masyarakat yang berisiko,” kata Trina Leberer, Pengarah bagi The Nature Conservancy Bahagian Kepulauan Pasifik. “Kami sangat berbesar hati kerana mendapat sokongan Mary Kay bagi kumpulan wanita KAWAKI dan usaha kami di Kepulauan Solomon. Melalui perkongsian ini, kami mengambil satu pendekatan bersepadu untuk pemeliharaan dan pencegahan kesihatan, memperkasakan wanita tempatan dalam membangunkan ekopelancongan mapan sambil menyokong kesihatan bagi masyarakat terpencil yang mungkin tidak memiliki akses kepada kemudahan perubatan.”

Sokongan Mary Kay terhadap projek ini akan merupakan dua peringkat: mengukuhkan usaha pemuliharaan penyu tempatan dan membantu kedua-dua The Nature Conservancy dan kumpulan wanita KAWAKI mewujudkan peluang mata pencarian yang berdaya maju, saksama dan mapan melalui penyediaan latihan kesihatan dan keselamatan kritikal untuk komuniti tempatan yang bertanggungjawab melindungi penyu sisik yang terancam di Kepulauan Arnavon.

“Sebagai penyokong utama bagi pemerkasaan wanita, dan terutamanya pada masa yang tidak menentu ini, Mary Kay merasa terhormat untuk menyokong pembangunan bagi pemimpin wanita tempatan. Wanita-wanita ini adalah pelopor perubahan di rumah dan di kampung mereka setiap hari dan sangat penting untuk kejayaan inisiatif pemuliharaan,” kata KK Chua, Presiden bagi Mary Kay Asia Pasifik. “Kami berharap pelaburan kami di dalam program ini dapat membantu kami membuktikan keseimbangan yang diperlukan di antara kesihatan ekologi dan kemakmuran ekonomi, membantu penduduk setempat dan hidupan liar berkembang bersama.”

Sejak tahun 1992, The Nature Conservancy telah bekerjasama dengan tiga komuniti tempatan untuk melindungi Kepulauan Arnavon. Sebagai model untuk pemuliharaan komuniti dan taman negara laut yang pertama di Kepulauan Solomon, Arnavons baru-baru ini telah diisytiharkan sebagai Taman Biru oleh Institut Pemuliharaan Marin. Anugerah Taman Biru yang berprestij itu “mengiktiraf usaha luar biasa oleh negara, pertubuhan yang tidak mencari keuntungan, pengurus-pengurus MPA, dan pihak berkepentingan tempatan yang melindungi ekosistem laut secara berkesan sekarang dan pada masa depan.”

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya lebih 56 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan komuniti kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah.

Maklumat mengenai The Nature Conservancy

The Nature Conservancy adalah sebuah organisasi pemuliharaan global yang didedikasikan untuk memelihara bumi dan perairan di mana semua kehidupan bergantung harap kepadanya. Dengan berpandukan sains, kami mencipta penyelesaian berinovatif, di daratan untuk menghadapi cabaran paling sukar di dunia agar alam dan manusia dapat berkembang maju bersama. Kami menangani perubahan iklim, melestarikan tanah, perairan dan lautan pada skala yang belum pernah terjadi sebelum ini, menyediakan makanan dan air secara lestari dan membantu menjadikan bandar lebih lestari. Bekerja di 79 buah negara dan wilayah, kami menggunakan satu pendekatan kerjasama yang melibatkan masyarakat tempatan, kerajaan, sektor swasta, dan rakan lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.nature.org atau ikuti @nature_press di Twitter.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201123006284/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
(+1) 972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.