ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  KAJIAN BAHARU MEMBUAT KESIMPULAN XLEAR MEMBUNUH DAN/ATAU MENYAHAKTIFKAN SARS-COV-2

Monday 30/11/2020



MIAMI, 30 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kajian in vitro baharu, yang diketuai oleh pihak berkuasa terkenal mengenai penyakit pernafasan, membuat kesimpulan bahawa semburan hidung Xlear adalah “satu kaedah yang berkesan...dan boleh ditiru untuk menyahaktifkan SARS-CoV-2...kepada satu jumlah virus berjangkit yang tidak dapat dikesan.” Kesimpulan ini “disahkan oleh dua set eksperimen bebas, yang dilakukan oleh makmal yang berbeza, terhadap jenis virus yang berbeza...” Kajian pembasmi virus itu dibiayai secara persendirian.
 
“Kajian Pembasmi Virus itu menjelaskan perkara penting mengenai peranan yang dapat dimainkan oleh Xlear dalam membantu memerangi pandemik COVID-19,” kata Dr. Gustavo Ferrer, yang mengetuai pasukan penyelidikan itu.
 
Keadaan bagi penyelidikan saintifik:

Semburan hidung, seperti Xlear, mengurangkan beban virus di dalam hidung, yang sangat penting di dalam memerangi COVID-19. Penyelidikan menunjukkan COVID-19 terutamanya menjangkiti dan merebak melalui sistem pernafasan atas. Dengan mengurangkan beban virus di dalam hidung, semburan hidung membantu mengehadkan keterukan dan penularan bagi SARS-CoV-2 (COVID-19). https://jamanetwork.com/journals/jamaotolaryngology/fullarticle/2768627.

Komponen Xlear adalah antivirus ia menyekat lekatan virus di dalam hidung. Lihat, sebagai contoh, https://www.biorxiv.org/content/10.1101/2020.08.19.225854v1.full.pdf. Kajian oleh Universiti Tennessee ini berhubung SARS-CoV-2 membuat kesimpulan: “semburan hidung antivirus...menyumbang mengurangkan...beban virus...melambatkan perkembangan penyakit...dan penularan...”

Kajian kes yang dikaji selidik oleh rakan setara menunjukkan Xlear membantu di dalam merawat COVID-19: Ujian percubaan pertama di Hospital Komuniti Larkin (Miami), menentukan: “pesakit COVID-19 yang mempunyai gejala dan tanda, telah dirawat dengan [Xlear], sebagai satu tambahan untuk...[penjagaan standard],” menunjukkan “peningkatan klinikal yang cepat dan memendekkan waktu” kepada ujian PCR negatif COVID-19. https://www.cureus.com/articles/43909-potential-role-of-xylitol-plus-grapefruit-seed-extract-nasal-spray-solution-in-covid-19-case-series.

Xlear telah digunakan selama lebih 20 tahun oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia tanpa satu laporan kejadian buruk yang ketara.
 
“Membina di atas data yang sedia ada, Kajian Pembasmi Virus ini menunjukkan Xlear bukan hanya antivirus, tetapi ia juga pembasmi virus (membunuh/menyahaktifkan SARS-CoV-2). Kombinasi ini bagi keupayaan antivirus dan pembasmi virus adalah kekuatan satu-dua yang penting di dalam memerangi virus itu,” kata Nathan Jones, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Xlear. “Dengan pandemik itu menular di seluruh dunia, kita harus menggunakan segala peralatan untuk melawannya. Kegagalan berbuat demikian akan membahayakan jutaan nyawa. Dengan catatan rekod keselamatan kami selama 20 tahun, terhadap risiko virus yang berbahaya ini, adalah jelas Xlear perlu digunakan secara meluas,” kata Jones.

Kajian lengkap: https://www.biorxiv.org/content/10.1101/2020.11.23.394114v1.full

Maklumat lanjut mengenai Xlear: https://xlear.com/

Maklumat mengenai Dr. Gustavo Ferrer

Dr. Ferrer, MD FCCP, adalah seorang Profesor Madya bagi Perubatan dan Pengasas bagi Cleveland Clinic Florida Interstitial Lung Disease Clinic dan fellowship bagi Pulmonari dan Penjagaan Kritikal di Hospital Aventura. Beliau pada masa ini berkhidmat sebagai Presiden bagi Pakar-pakar Penjagaan Intensif/ Institut Pulmonari Aventura dan sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Universiti Bangsa-bangsa Bersatu bagi Penyelidikan Pernafasan, Venezuela.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201130005291/en/

Hubungi

Jeff Gulko
617.304.7339
jeff@thegulkogroup.com

Sumber : Xlear

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.