ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  CLINIGEN MELANCARKAN PEJABAT MALAYSIA UNTUK MEMPERKUKUHKAN KEHADIRAN DI ASIA TENGGARA

Wednesday 02/12/2020



BURTON-UPON-TRENT, England, 2 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Clinigen Group plc (AIM: CLIN, ‘Clinigen’), syarikat farmaseutikal dan perkhidmatan global, telah melancarkan perniagaan mereka di Malaysia dengan sebuah pejabat di Kuala Lumpur. Pejabat baharu itu adalah sebahagian daripada strategi Clinigen untuk memperluaskan kehadiran mereka di Asia Tenggara, sebuah pasaran penting bagi Kumpulan itu.

Strategi Kumpulan itu di Malaysia adalah untuk menjadi vendor pilihan bagi mendapatkan dan membekalkan ubat-ubatan kepada pelanggan mereka, menyediakan infrastruktur tambahan untuk menyokong misi mereka untuk menyampaikan ubat-ubatan yang tepat kepada pesakit yang betul dan pada masa yang tepat.

Matlamat segera adalah untuk memperluaskan akses kepada ubat-ubatan yang tidak mempunyai lesen dengan memperluaskan jangkauan bagi perjanjian bekalan eksklusif dan perkhidmatan atas permintaan Ubat-ubatan Tanpa Lesen Kumpulan itu, serta menawarkan Perkhidmatan Klinikal Clinigen kepada pelanggan mereka.

Jangka panjang, kehadiran Clinigen akan meningkatkan keupayaan mereka di dalam pembekalan dan pengedaran produk dari portfolio ubat-ubatan berlesen Kumpulan itu dan menjadikan Clinigen sebagai sebuah rakan yang lebih menarik bagi syarikat farmaseutikal yang ingin mengkomersialkan produk mereka di luar kawasan asal mereka, dengan menggunakan kepakaran kawal selia Clinigen.

Clinigen mempunyai lebih dari 1,150 orang pekerja di seluruh dunia, merentasi 14 lokasi antarabangsa. Pembukaan pejabat di Malaysia itu memperluaskan rangkaian rantaian bekalan dan operasi mereka di peringkat antarabangsa.

Shaun Chilton, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Clinigen, berkata:

“Kami akan terus membina di atas kedudukan utama pasaran kami di dalam pembekalan dan pengedaran bagi ubat-ubatan tidak berlesen di geografi utama, yang akan mendorong pertumbuhan organik yang berterusan dan membantu menangani keperluan pesakit yang tidak dipenuhi untuk mendapat akses kepada ubat-ubatan kritikal.

“Syarikat-syarikat farmaseutikal dan bioteknologi semakin mencari rakan pakar untuk bekerjasama dengan mereka di Asia. Pembukaan pejabat kami di Malaysia menyediakan Clinigen dengan peluang yang lebih besar untuk menawarkan pelanggan kami di peringkat global dan tempatan.”

- Akhir -

Nota kepada Editor

Maklumat mengenai Kumpulan Clinigen

Clinigen Group plc (AIM: CLIN) adalah sebuah syarikat farmaseutikal dan perkhidmatan global dengan satu gabungan perniagaan yang unik yang memberi tumpuan kepada penyediaan akses yang beretika kepada ubat-ubatan. Misi mereka adalah untuk menyampaikan ubat yang tepat kepada pesakit yang betul pada waktu yang tepat melalui tiga bidang bekalan ubat-ubatan global; ujian klinikal, ubat-ubatan tidak berlesen dan berlesen. Kumpulan itu mempunyai kehadiran di Amerika Utara, Eropah, Afrika dan Asia Pasifik.

Clinigen kini mempunyai lebih dari 1,150 orang pekerja merentasi lima benua di 14 buah negara, dengan hab bekalan dan pengedaran dan pusat kecemerlangan operasi di wilayah pertumbuhan jangka panjang utama. Kumpulan itu bekerjasama dengan 21 daripada 25 syarikat farmaseutikal utama; berinteraksi dengan lebih daripada 18,000 pengguna berdaftar di lebih 115 buah negara, mengirim kira-kira 6.5 juta unit pada tahun ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Clinigen, sila layari www.clinigengroup.com

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201201006170/en/

Hubungi

Clinigen Group plc
+44 (0) 1283 495010
Shaun Chilton, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Nick Keher, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

Instinctif Partners
+44 (0) 20 7457 2020
Melanie Toyne-Sewell / Phillip Marriage / Nathan Billis
clinigen@instinctif.com

Sumber : Clinigen Group plc

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.