ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PAMERAN DALAM TALIAN EKSPO ZHEJIANG MENGENAI BAHAN BINAAN & PERKAKASAN - 2020

Monday 07/12/2020



Platform pemadanan ekspo maya dan perniagaan sedang Dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan bagi Wilayah Zhejiang, dan dianjurkan bersama oleh Pameran Xiandai. Ekspo maya ini akan dijalankan di Malaysia dari 7 hingga 11 Disember 2020.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pandemik itu telah mewujudkan satu persekitaran di mana perniagaan perlu menjadi lebih inovatif untuk menghadapi cabaran bagi norma baharu itu. Pameran dalam talian dan platform pertemuan pembeli-penjual telah muncul sebagai destinasi untuk mereka yang ingin memperluas dan mempelbagaikan di dalam senario yang telah berubah bagi keadaan semasa. Selaras dengan pemikiran ini, Jabatan Perdagangan bagi Wilayah Zhejiang, dan Pameran Xiandai telah mengumumkan satu peluang yang unik bagi pihak berkepentingan di dalam industri Bahan Binaan dan Perkakasan untuk bertemu dan menjanakan perniagaan. Ekspo itu mensasarkan industri Bahan Binaan dan Perkakasan di Malaysia.

Disokong oleh CREAT, ekspo itu akan menyaksikan pengeluar terkemuka dari wilayah Zhejiang mempamerkan rangkaian terbaharu mereka bagi produk mereka kepada pembeli dari Malaysia. Terdapat lebih daripada 50 pempamer dari pelbagai segmen bagi industri Bahan Binaan dan Perkakasan, seperti Injap Sudut, Bidet, Pili Bebibir, Kepala Paip, Injap Tembaga, Panel Komposit Aluminium, Hos PVC, Hos Bomba, Tali Sawat V, Sabuk Bergigi, Tali Sawat Pemasaan, Tali Sawat Getah, Tali Sawat Penyampai, Siri Manifold, Injap, Kelengkapan dan Tiub PTFE/FEP/PFA, Panel PVC, Rantai Pengangkat/ Blok Pengangkat, Hos Mudah Lentur, Tali Sawat Pemasaan PU, Tali Sawat Pemasaan Getah, Lampu kerja LED, Gerudi Hentaman, Gergaji Jig, Penukul, Kelengkapan Injap Tembaga Dan Penapis Keluli Tahan Karat, Gegelung Aluminium, Panel Komposit Aluminium, Kepingan Padat Aluminium, Kepala Paip/Sisa Timbul, Pip Plastik Ppr, Pip Plastik Aluminium, Kelengkapan Plastik, Kelengkapan Tembaga, Injap Bebola, Mesin Kimpalan, Pam Ujian Tekanan, Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan Ups, Bateri Fosfat Besi Litium, Pengatur Voltan Ac Tanpa Sentuh, Pengubah Kawalan Pencahayaan, Penyongsang Gelombang Sinus, Alat Litium, Pintu, Pintu Kayu, Pintu Lukisan, Pintu Masuk, Pintu Dalaman, Pintu MDF, Pintu Venir.

Ini adalah satu platform terbaik untuk mengukuhkan perdagangan di antara Malaysia dan China. Pada masa ketika perniagaan telah mengalami satu tahap rendah yang baharu disebabkan oleh sekatan terhadap perjalanan dan pengangkutan. Ekspo itu akan memberi satu dorongan kepada peluang-peluang perniagaan dan akan membantu pihak berkepentingan dalam mencari peluang baharu untuk mempelbagai dan berkembang di dalam persekitaran perniagaan semasa. Rangkaian produk telah dipilih dengan mengambil kira keperluan bagi pasaran Malaysia.

Semua perbincangan di kalangan peserta akan berlangsung secara dalam talian melalui platform Persidangan Video Zoom.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201205005031/en/

Hubungi

Shubhra Bundela
shubhra.bundela22@gmail.com
9584394446

Sumber : CREAT

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.