Pemenang akan menerima satu pakej perniagaan francais kedai beras Grainsmart bernilai PHP 200,000 bagi seorang penerima pilihan mereka di FilipinaMANILA, Filipina, 9 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WorldRemit, sebuah perniagaan pembayaran rentas sempadan digital yang terkemuka, telah melancarkan satu promosi untuk membantu pelanggan meraikan musim percutian dan membina sebuah perniagaan impian untuk orang yang tersayang di Filipina.
Dari 1 November hingga 31 Disember, 2020 pelanggan boleh menyertai promosi itu dengan mengirim wang ke Filipina dengan menggunakan akaun WorldRemit mereka yang sah, dan mendaftar di
www.worldremit.com/pangkabuhayan untuk mendapatkan peluang memenangi 1 dari 10 pakej perniagaan francais Grainsmart bernilai PHP 200,000 bagi seorang penerima pilihan mereka di kampung halaman mereka.
“Kami di WorldRemit menyedari cabaran yang dihadapi oleh Pekerja Filipina di Luar Negara dan keluarga mereka terutama pada masa yang sangat sukar ini. Di samping memastikan bahawa kiriman wang diterima dengan selamat melalui perkhidmatan kami, kami ingin membantu keluarga ini membina semula dan menjadi lebih berdikari dari segi kewangan dengan mewujudkan peluang-peluang untuk menjanakan pendapatan yang berterusan. Dengan promosi ini, kami bukan sahaja menyokong penerima tetapi juga petani Filipina yang juga memerlukan sokongan yang sama,” kata Earl Melivo, Pengarah Negara bagi Filipina di WorldRemit.
Setiap pakej perniagaan francais Grainsmart termasuk:
· 60 guni (masing-masing 25 kg) beras
· Sebuah alat penimbang digital
· Sebuah tablet yang disediakan sepenuhnya bagi sebuah akaun pusat pembayaran bil
· Papan tanda perniagaan, jaminan pemasaran, dan peralatan perniagaan yang lain
· Sebuah program latihan dan bimbingan dalam talian - untuk memberikan panduan bagi menubuhkan perniagaan untuk berjaya
Di peringkat global, pandemik COVID-19 itu telah menjejaskan dengan ketara mata pencarian orang ramai. Ribut Taufan Besar Goni dan Taufan Vamco telah membesar-besarkan lagi kemelut ini di Filipina, dengan menyebabkan beribu-ribu orang terpaksa berpindah, merosakkan kediaman dan memusnahkan perniagaan.
Pemenang akan diumumkan di laman Facebook WorldRemit (https://www.facebook.com/WorldRemit/).Untuk maklumat lanjut, sila layari www.worldremit.com/pangkabuhayan.Maklumat mengenai WorldRemitWorldRemit adalah sebuah perniagaan pembayaran rentas sempadan digital yang terkemuka. Kami mengganggu sebuah industri yang sebelum ini dikuasai oleh pemain legasi luar talian dengan melakukan pemindahan wang antarabangsa secara dalam talian - menjadikannya lebih selamat, lebih pantas dan mengurangkan kos. Kami pada masa ini menghantar dari 50 buah negara kepada lebih 150 buah negara, beroperasi di 6,500 koridor pemindahan wang di seluruh dunia dan menggunakan lebih 1,100 orang di seluruh dunia.
Dari segi penghantaran WorldRemit adalah 100% digital (tanpa tunai), meningkatkan kemudahan dan mempertingkatkan keselamatan. Bagi mereka yang menerima wang, syarikat itu menawarkan pelbagai pilihan termasuk deposit bank, kutipan tunai, tambah nilai masa siaran mudah alih dan wang mudah alih.
Dengan disokong oleh Accel, TCV dan Leapfrog – ibu pejabat WorldRemit berada di London, United Kingdom dengan mempunyai pejabat serantau di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Hong Kong, Singapura, Malaysia, Filipina, Afrika Selatan, Somaliland, Uganda, Kenya, Rwanda, Tanzania, Zimbabwe dan Belgium.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.worldremit.comLihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20201208006158/en/HubungiBagi Pertanyaan MediaKhristine Dela Cruz
Pengurus Perhubungan Media
Ogilvy
Khristine.delacruz@ogilvy.com09178554779
Sumber : WorldRemitTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA