ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PIKOM DAN FUSIONEX AKAN MEMPERKENALKAN PLATFORM PENGLIBATAN DIGITAL YANG DIKUASAKAN OLEH AI UNTUK INDUSTRI TEKNOLOGI

Thursday 10/12/2020



Table

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato’ Seri Ivan Teh (kanan) bertukar MoU dengan Pengerusi PIKOM, Danny Lee (Foto: Business Wire)
 

· Lebih daripada 1,000 syarikat akan turut serta
· Platform untuk ahli untuk mempromosikan produk dan penyelesaian serta sebuah tempat pasaran untuk berdagang

PETALING JAYA, Malaysia, 10 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PIKOM, Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia, ingin meningkatkan penglibatan dengan industri teknologi dengan memperkenalkan satu platform baharu yang terbaik untuk ahli mereka melalui satu kerjasama dengan pemimpin pasaran teknologi AI dan Data Besar yang telah memenangi pelbagai anugerah Fusionex.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201209006082/en/

Pada majlis menandatangani MoU itu di antara PIKOM dan Fusionex, kerjasama ini menandakan pembayangan bagi satu ruang interaktif digital yang termasuk satu tempat pasaran e-dagang, satu wadah pameran dan sebuah ruang pertemuan B2B, kesemuanya dalam satu platform tunggal.

“Kami sangat teruja kerana dapat menyediakan platform ini untuk ahli-ahli kami mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka. Ini akan membolehkan mereka untuk berhubung dengan pelanggan mereka dan mewujudkan lebih banyak peluang bagi mendapatkan pelanggan baharu. Dengan semua aktiviti transformasi digital yang agresif sedang berlaku, platform ini berhasrat untuk menjadi hab semua-dalam-satu yang muktamad bagi ahli kami untuk menjangkau pasaran global,” kata Pengerusi PIKOM Danny Lee.

“Fusionex sangat berbangga untuk membawa perkongsian kami dengan PIKOM ke satu tahap yang baharu. Platform ini akan menyediakan dorongan ke arah transformasi digital. Mereka yang menggunakannya dapat menikmati peningkatan pendedahan dan peluang melalui pemasaran yang berasaskan prestasi dan digital yang tertanam pada platform itu serta keupayaan AI dan analisis data,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato’ Seri Ivan Teh.

Berikutan penandatanganan MoU itu, PIKOM akan melancarkan platform itu bagi ahli mereka untuk mempamer dan menawarkan produk dan perkhidmatan mereka, mengatur pertemuan B2B dan mengadakan seminar berasaskan web dalam talian. Satu pelancaran tidak rasmi bagi platform itu telah dijadualkan pada suku pertama tahun 2021.

“Pada masa ini kami melihat kebanyakan perniagaan bergelut untuk bertahan di tengah-tengah pandemik Covid-19 yang sedang berlaku. Perniagaan digital telah menjadi satu daripada titik positif bagi ekonomi dan oleh kerana itu ahli mereka dapat dengan mudah untuk turut serta dan menggunakan platform ini bagi mengembangkan perniagaan mereka,” kata Lee.

Pengerusi PIKOM itu juga menekankan bahawa IT harus kekal sebagai satu perkhidmatan penting untuk menyokong perniagaan merentasi semua sektor yang ingin bergerak ke arah pendigitalan. PIKOM, yang mewakili lebih 1,000 ahli, kekal fokus dalam mendorong ke arah sebuah ekonomi digital. Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada platform itu diminta menghubungi PIKOM di info@pikom.org.my.

Maklumat mengenai PIKOM

PIKOM, PERSATUAN INDUSTRI KOMPUTER DAN MULTIMEDIA MALAYSIA, adalah persatuan yang mewakili industri teknologi di Malaysia. Keahlian mereka pada masa ini berjumlah lebih daripada 1,000 syarikat aktif yang terlibat di dalam keseluruhan spektrum bagi produk dan perkhidmatan teknologi, dan yang menguasai 80% daripada keseluruhan perniagaan teknologi di Malaysia.

Terdapat 5 Cabang di bawah PIKOM: OM; CIO; Keselamatan Siber; E-Dagang: Pelaburan Usaha Niaga. Cabang-cabang ini membantu meningkat dan memacukan iklim perniagaan bagi semua syarikat ahli, bersama-sama dengan menggalakkan pertumbuhan industri sejajar dengan hala tuju / aspirasi kebangsaan Digital Malaysia.

Sebagai Suara bagi Industri Teknologi, PIKOM memikul tugas untuk mengembangkan saiz dan kemampuan bagi industri teknologi di Malaysia dengan mewujudkan peluang-peluang bagi anggota mereka dan juga seluruh rakyat Malaysia untuk memanfaatkan faedah yang ditawarkan oleh kemajuan dalam teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkara berikut:

· Mempelopori, mempromosi & menggalakkan pengembangan bagi sumber, kemahiran profesional dan program-program di dalam industri digital dan teknologi di Malaysia.
· Mewakili industri teknologi tempatan kepada Kerajaan dan sektor swasta di dalam dan luar negara.
· Menyediakan sebuah platform untuk syarikat-syarikat dan pengguna teknologi untuk bertemu, membuat rangkaian, belajar dan berkongsi idea untuk membangunkan industri dan meningkatkan aplikasi.
· Memupuk standard yang tinggi bagi tatakelakuan, perkhidmatan dan prestasi di seluruh industri teknologi.
· Mempromosi dan memasarkan perkhidmatan teknologi tempatan kepada rantau itu dan ke luar negara.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Azlina Ishak, Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat di azlina@pikom.org.my

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah pemimpin teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana [PKS]) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex juga adalah merupakan sebuah syarikat MDEC Rangkaian Percepatan dan Inovasi Global (GAIN) serta sebuah penerima anugerah MSC R&D MGS.

Laporan 2018 Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan telah menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201209006082/en/

Hubungi

Azlina Ishak
Hal Ehwal Korporat
azlina@pikom.org.my

Sumber : Fusionex

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.