ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  ​INTERACTIVE BROKERS GROUP MENUBUHKAN PEJABAT EROPAH TENGAH

Tuesday 15/12/2020



Table

Thomas Peterffy, Pengasas, Pengerusi dan Pengasas, Interactive Brokers (Foto: Business Wire)
 

Interactive Brokers Eropah Tengah akan Berkhidmat kepada Pelabur dan Pengurus Kekayaan di Wilayah yang Berkembang Pesat

GREENWICH, Conn., 15 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Interactive Brokers Group (Nasdaq: IBKR), sebuah syarikat pembrokeran global, hari ini mengumumkan penubuhan Interactive Brokers Central Europe Zrt., (IBCE) dan pembukaan sebuah pejabat di Budapest. Dengan penambahan Hungary, firma pembrokeran global itu kini mempunyai 10 entiti di seluruh dunia di Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Hong Kong, India, Jepun, Luxembourg, Singapura, dan United Kingdom, yang memberi perkhidmatan kepada lebih satu juta akaun pelanggan di lebih  220 buah negara dan wilayah.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201214005711/en/

“Menubuhkan sebuah pejabat di Hungary adalah merupakan sebahagian daripada trend kami yang berterusan dalam membuka entiti di seluruh dunia untuk menyokong kehadiran kami yang semakin meningkat di peringkat global,” kata Thomas Peterffy, pengerusi bagi Interactive Brokers. “Kami merancang untuk menjadikan Budapest sebagai pusat bagi operasi kami untuk Eropah Tengah bagi mengikuti pertumbuhan akaun, yang pesat di Eropah Barat dan Timur dan di seluruh dunia.”

Lebih satu perempat daripada akaun Interactive Brokers kini datang dari Eropah dan Afrika, dan pertumbuhannya adalah teguh. Setakat 30 November, akaun pelanggan di seluruh dunia telah meningkat 52% dari tahun sebelumnya, dengan lebih 80% daripada pengembangan itu datang dari luar Amerika Syarikat.

Interactive Brokers menawarkan kepada pelanggan di seluruh dunia dengan keupayaan untuk melabur di dalam saham, opsyen, niaga hadapan, mata wang, bon, dan dana di 135 pasaran di 33 buah negara dari satu Akaun Pelaburan Bersepadu yang tunggal. Pelanggan juga boleh mendapat keuntungan daripada harga yang unggul syarikat itu, kadar margin rendah industri, harga penukaran mata wang asing yang ketat, dan teknologi canggih. Syarikat itu juga terkenal kerana menyediakan pelbagai sumber pendidikan percuma kepada orang ramai.

“Kami berharap dapat menyebarkan pengetahuan dan pemahaman tentang pasaran modal di kalangan pelanggan masa depan kami di seluruh Eropah Tengah,” kata Encik Peterffy.

Ditubuhkan lebih 43 tahun yang lalu oleh Encik Peterffy, yang berhijrah dari Hungary ke Amerika Syarikat pada tahun 1965, syarikat itu telah berkembang untuk menjadi sebuah firma sekuriti terkemuka di dunia dengan lebih $8.5 bilion dalam modal ekuiti, $23 bilion modal pasaran, dan $286.7 bilion dalam ekuiti pelanggan.

Selain pengalaman selama empat dekad dengan peraturan Amerika Syarikat dan kira-kira dua dekad dengan peraturan United Kingdom, Interactive Brokers juga telah memperoleh lesen broker di Kanada, Hong Kong, Jepun, Australia, India, Luxembourg, dan memperoleh lesen di Singapura pada tahun ini. Magyar Nemzeti Bank, Bank Pusat Hungary, telah meluluskan lesen pembrokeran untuk Interactive Brokers Central Europe Zrt. pada 12 Disember, 2020. Miklos Hanti bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi IBCE.

Maklumat mengenai Interactive Brokers Group, Inc.:

Ahli gabungan Interactive Brokers Group menyediakan pelaksanaan perdagangan automatik dan penjagaan sekuriti, komoditi, dan pertukaran asing sepanjang masa di lebih 135 pasaran di pelbagai negara dan mata wang, daripada satu Akaun Pelaburan Bersepadu IBKR tunggal kepada pelanggan di seluruh dunia. Kami memberi perkhidmatan kepada pelabur individu, dana lindung nilai, kumpulan perdagangan proprietari, penasihat kewangan dan memperkenalkan broker. Tumpuan kami selama empat dekad terhadap teknologi dan automasi telah membolehkan kami untuk melengkapkan pelanggan kami dengan satu platform yang unik dan canggih bagi menguruskan portfolio pelaburan mereka. Kami berusaha untuk menyediakan kepada pelanggan kami dengan harga pelaksanaan dan perdagangan yang menguntungkan, peranti pengurusan risiko dan portfolio, kemudahan penyelidikan dan produk pelaburan, kesemuanya pada kos yang rendah atau tanpa kos, sekali gus menempatkan mereka untuk mencapai pulangan yang lebih tinggi ke atas pelaburan. Barron menempatkan Interactive Brokers pada kedudukan #1 dengan 5 dari 5 bintang pada Tinjauan Broker Dalam Talian Terbaik, 24 Februari 2020 mereka.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201214005711/en/

Hubungi

Interactive Brokers Group, Inc.
Pelabur: Nancy Stuebe, 203-618-4070
Media: Kalen Holliday, 203-618-4069 atau media@ibkr.com

Sumber : Interactive Brokers Group

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.