ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  CARBON TRUST MELANCARKAN PEMECUT KECEKAPAN TENAGA UNTUK SYARIKAT-SYARIKAT MAKANAN DAN MINUMAN ASEAN

Thursday 14/01/2021



Pemecut Kecekapan Tenaga United Kingdom-ASEAN itu menyokong syarikat-syarikat makanan dan minuman di Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan mengurangkan kos tenaga mereka di bawah Program Tenaga Karbon Rendah ASEAN, yang dibiayai oleh Tabung Kemakmuran Kerajaan United Kingdom.

SINGAPURA, 14 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Carbon Trust hari ini telah melancarkan Pemecut Kecekapan Tenaga United Kingdom-ASEAN (Pemecut itu) untuk menyokong perniagaan merentasi Asia Tenggara meningkatkan pembaikan kecekapan tenaga. Dijalankan sehingga Mac 2022, Pemecut itu akan memberi tumpuan terutamanya kepada sektor makanan dan minuman di Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam, dengan menyokong syarikat-syarikat pada pelbagai peringkat perjalanan pengurusan tenaga mereka untuk membantu mereka merealisasikan pentingnya kecekapan tenaga.

Sektor makanan dan minuman itu telah dikenal pasti bagi sokongan yang disasarkan ini kerana ia merupakan satu daripada sektor perindustrian yang paling banyak menggunakan tenaga di rantau itu, dengan potensi untuk menjimatkan sehingga 4.5Mtoe di dalam penggunaan tenaga (atau 35% daripada jumlah penggunaan tenaga semasa). Sokongan program tersedia kepada syarikat-syarikat kecil, sederhana dan besar yang terlibat di dalam pemprosesan dan pembuatan makanan dan minuman.

Dibiayai oleh Tabung Kemakmuran Kerajaan United Kingdom melalui Program Tenaga Karbon Rendah ASEAN, Pemecut itu bermatlamat untuk menggalakkan penetapan dan prestasi sasaran peningkatan kecekapan tenaga melalui penerapan sistem pengurusan tenaga.

Untuk membantu syarikat-syarikat meningkatkan pemahaman mereka tentang di mana peluang untuk kecekapan tenaga wujud, satu siri panduan penjimatan tenaga akses terbuka yang meliputi tujuh proses yang paling biasa di dalam sektor makanan dan minuman, termasuk penyejukan, memasak, penyulingan dan pengeringan kini tersedia. Satu panduan untuk mewujudkan sebuah sistem pengurusan tenaga yang selaras dengan amalan terbaik global ISO50001 juga tersedia.

Sebagai tambahan, Pemecut itu akan menyampaikan bengkel pengembangan kapasiti dan bantuan teknikal secara percuma kepada syarikat-syarikat dari pelbagai saiz – yang mencakupi dari syarikat kecil sehingga syarikat multinasional besar. Matlamat sokongan itu adalah untuk membantu syarikat-syarikat memahami penggunaan tenaga semasa mereka, menetapkan sasaran kecekapan tenaga, mengenal pasti peluang-peluang penjimatan tenaga, mengambil langkah-langkah untuk mewujudkan sistem pengurusan tenaga baharu atau memperbaiki sistem yang sedia ada, dan membangunkan bengkel peningkatan kapasiti dalaman yang disesuaikan.

Sebagai sebahagian daripada Pemecut itu, satu siri acara-acara dalam talian yang berkaitan dengan kecekapan tenaga di dalam sektor makanan dan minuman akan diadakan. Bersama dengan rakan pengetahuan Spirax Sarco, Pemecut itu akan menyampaikan satu sesi latihan maya untuk mengoptimumkan penjanaan sistem stim, pengedaran, dan kecekapan pengguna akhir di dalam sektor makanan dan minuman pada 26 Januari pada jam 15:30 (GMT+8).

Jane Ellaway, Ketua bagi Tabung Kemakmuran, Asia Tenggara, berkata:

“Pelancaran Pemecut Kecekapan Tenaga United Kingdom-ASEAN itu memberikan satu peluang yang besar bagi sektor makanan dan minuman untuk memulakan perjalanan mereka ke arah kecekapan dan pengurusan tenaga yang lebih baik. Pelaburan ini di dalam Kecekapan Tenaga adalah penting, sebagai sebahagian daripada satu pemulihan ekonomi hijau dan berdaya tahan; dan juga untuk memenuhi matlamat bagi perjanjian Paris. United Kingdom amat gembira kerana dapat menjadi sebuah rakan di dalam usaha ini dan berharap agar Pemecut itu dapat menjadi platform untuk berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik United Kingdom di dalam bidang ini.”

Chris Stephens, Pengarah – Asia, Carbon Trust, mengulas:

“Kami gembira kerana dapat memanfaatkan pengalaman luas kami di dalam kecekapan tenaga untuk menawarkan sokongan percuma kepada perniagaan tempatan bagi mengurangkan bil tenaga mereka dan mengurangkan pelepasan pada masa yang sama. Kami melihat lebih banyak syarikat di seluruh dunia menetapkan sasaran kecekapan tenaga yang bercita-cita tinggi sebagai satu tonggak utama bagi strategi kelestarian mereka dan kami teruja kerana dapat menyokong perniagaan terkemuka untuk melakukan perkara yang sama di Asia Tenggara. Ini adalah masa yang tepat bagi perniagaan untuk melaksanakan langkah-langkah kecekapan tenaga kos rendah ini adalah satu kemenangan bagi mereka dan juga planet ini.”

Pemecut Kecekapan Tenaga United Kingdom-ASEAN itu akan beroperasi sehingga akhir Mac 2022.

AKHIR

Maklumat mengenai Carbon Trust

Ditubuhkan pada tahun 2001, Carbon Trust bekerjasama dengan perniagaan, kerajaan dan institusi di seluruh dunia, dengan membantu mereka menyumbang kepada, dan meraih manfaat daripada, sebuah masa depan yang lebih lestari melalui pengurangan karbon, strategi kecekapan sumber, dan mengkomersialkan perniagaan, sistem dan teknologi karbon rendah.

Carbon Trust:

· bekerjasama dengan korporat dan kerajaan, dengan membantu mereka untuk menyelaraskan strategi mereka dengan sains iklim dan memenuhi matlamat Perjanjian Paris
· menyediakan nasihat dan jaminan pakar, memberikan keyakinan kepada pelabur dan institusi kewangan bahawa pembiayaan hijau akan mempunyai hasil yang benar-benar hijau  
· menyokong pembangunan bagi teknologi dan penyelesaian karbon rendah, membangunkan asas untuk sistem tenaga bagi masa depan.
 
Beribu pejabat di London, Carbon Trust mempunyai sebuah pasukan global yang terdiri daripada lebih 200 orang kakitangan, mewakili lebih 30 kewarganegaraan yang berpusat di lima buah benua.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210113005747/en/

Hubungi

Untuk maklumat lanjut sila hubungi
Ainslie Macleod di
Carbon Trust: +44 (0)207 170 7050
atau press@carbontrust.com

Sumber : The Carbon Trust

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.