ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  CAPCO MELANTIK JAMES ARNETT SEBAGAI KETUA BAGI APAC

Thursday 21/01/2021



Table
 
James Arnett (Foto: Business Wire)

 
LONDON & HONG KONG, 21 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Capco, badan rundingan pengurusan dan teknologi global, telah menamakan James Arnett sebagai Rakan Pengurusan bagi wilayah APAC dengan tanggungjawab untuk menguruskan perniagaan firma itu merentasi Hong Kong, Singapura, Thailand dan Malaysia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210120005619/en/

James mempunyai lebih 20 tahun pengalaman antarabangsa di dalam bidang perundingan, perbankan dan teknologi, dengan bekerja bersama beberapa institusi kewangan terbesar di dunia dan sejumlah bank internet perintis di United Kingdom. Beliau menerajui dan membina amalan Kewangan, Risiko dan Pematuhan Capco di United Kingdom dan baru-baru ini adalah merupakan Ketua bagi amalan Pasaran Modal United Kingdom. Beliau menyertai Capco pada tahun 2011 setelah memegang peranan di IBM Global Business Services, Capita, Hewlett Packard Enterprise dan The Co-operative Bank.

James akan berpusat di pejabat Capco di Hong Kong, dan akan ditempatkan semula dari London setelah sekatan perjalanan ditarik balik.

Lance Levy, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Capco, berkata: “Melantik James untuk memimpin APAC menekankan komitmen Capco kepada melabur di rantau itu. James mempunyai pengalaman meluas di dalam menguruskan perhubungan pelanggan global dan program transformasi di seluruh United Kingdom, Eropah, Amerika Utara, Asia dan Afrika, dan satu rekod prestasi yang berjaya di dalam menerapkan satu pendekatan keusahawanan untuk membangunkan perniagaan yang berkembang pesat. Kepakaran beliau yang mendalam mengenai teknologi yang baru muncul dan transformasi yang dipimpin oleh data di dalam pasaran modal dan perbankan akan sangat berguna ketika kami terus membangunkan perniagaan dan kehadiran kami di rantau itu.”

James Arnett berkata: “Saya sangat gembira kerana mendapat peluang ini untuk membawa perniagaan APAC ke hadapan. Rantau itu terus menjadi sebuah pusat bagi inovasi dan dinamisme dalam hal berkaitan pendigitalan dan transformasi di dalam perkhidmatan kewangan. Terdapat banyak peluang yang signifikan di sekitar perbankan maya, data, teknologi dalam insurans atau insurtech, teknologi baru muncul termasuk awan dan pembelajaran mesin, dan peningkatan bagi pengalaman pengguna dan perjalanan pelanggan. Saya berharap dapat bekerjasama dengan pelanggan kami di Asia Pasifik untuk membantu mereka merekayasa semula dan membangunkan perniagaan mereka.”

Maklumat mengenai Capco

Capco adalah sebuah badan rundingan teknologi dan pengurusan global yang khusus di dalam memacukan transformasi digital di dalam industri perkhidmatan kewangan. Dengan portfolio pelanggan yang berkembang yang terdiri daripada lebih 100 organisasi global, Capco beroperasi di persimpangan perniagaan dan teknologi dengan menggabungkan pemikiran berinovatif dengan pengetahuan industri yang tiada tandingan untuk melancarkan inisiatif digital bagi perbankan dan pembayaran, pasaran modal, pengurusan kekayaan dan aset, insurans, dan sektor tenaga. Kepintaran canggih Capco dihidupkan melalui Makmal Inovasi mereka, dan budaya BYAW yang telah memenangi anugerah dan pelbagai bakat. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.capco.com atau ikuti kami di Twitter, Facebook, YouTube, LinkedIn Instagram, dan Xing.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210120005619/en/

Hubungi

Hubungan media:
Tim Steele
Ketua bagi Komunikasi Luaran
tim.steele@capco.com

Sumber : Capco

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.