ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  LIVERAMP AKAN MEMPEROLEHI DATAFLEETS UNTUK MEMPERKASAKAN KERJASAMA DATA TERAGIH BAGI GENERASI SETERUSNYA

Tuesday 09/02/2021



Memperluaskan Keupayaan Perlindungan Data

Menyediakan Perusahaan dengan Kelenturan Maksimum dan Kawalan ke atas Data – Di mana sahaja Data Berada

Memperluaskan Peluang Pasaran Tempat Selamat


SAN FRANCISCO, 9 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- LiveRamp® (NYSE: RAMP), platform penyambungan data terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengadakan satu perjanjian muktamad untuk memperoleh DataFleets, sebuah platform data awan yang membolehkan silo data disatukan tanpa perlu memindahkan data atau menjejaskan privasi. Pemerolehan ini memperluaskan keupayaan perlindungan data LiveRamp untuk membuka akses dan kawalan data yang lebih besar bagi pelanggan mereka. Di samping itu, urus janji itu membuka kes penggunaan baharu dan juga pasaran baharu bagi kerjasama data teragih melalui Tempat Selamat LiveRamp.

Dengan pertumbuhan eksponen bagi data, perusahaan sentiasa menilai cara bagaimana untuk mengakses dan memanfaatkan data dengan terbaik untuk mendorong pertumbuhan dan inovasi. Tanpa menghiraukan saiz, sektor atau geografi, setiap syarikat berusaha untuk membina satu strategi data bagi kelebihan berdaya saing. Namun, peraturan privasi dan pertimbangan keselamatan yang dipertingkatkan sering kali meletakkan batasan mengenai bagaimana data dapat digunakan atau dianalisis. Dengan memanfaatkan pelbagai teknologi privasi matematik lanjutan, DataFleets menawarkan produk yang menyatukan data teragih untuk kerjasama dan analitik tanpa memindahkan data mentah di luar tembok api perusahaan. Beberapa peralatan privasi awal dan yang sedia ada terjejas daripada satu set operasi dan keupayaan yang terhad yang dapat mereka tangani dengan selamat. Kini dengan teknologi DataFleets, perusahaan boleh mengakses satu kumpulan peralatan perlindungan data yang kaya dan moden yang dapat dikonfigurasi berdasarkan kepada keperluan setiap perniagaan. Teknologi pembelajaran gabungan DataFleets memungkinkan ia untuk menganalisis data melintasi sempadan dan silo dalam seni bina berpecah, seolah-olah semuanya digabungkan ke dalam satu lokasi. Ringkasnya, DataFleets menyimpan data peribadi yang berguna, dan data yang berguna menjadi peribadi.

“Pemerolehan transformatif ini menggabungkan kepakaran privasi LiveRamp yang mendalam dan platform yang diterima pakai secara meluas dengan teknologi yang mengubah kedudukan DataFleets, membuka nilai besar bagi keseluruhan ekosistem,” kata Anneka Gupta, presiden dan ketua bagi produk dan platform di LiveRamp. “Bersama-sama, keupayaan kami yang digabungkan akan membuka jalan bagi teknologi privasi generasi berikutnya, yang bertindak sebagai asas untuk platform dan produk kami, dan menekankan komitmen kami untuk menjadikannya selamat dan mudah bagi perusahaan untuk menggunakan data - di mana sahaja ia berada.”

Dengan penambahan DataFleets, LiveRamp akan terus meningkatkan keupayaan mereka untuk memenuhi permintaan tempat pasaran yang terus berkembang dengan mengukuhkan keupayaan mereka yang berbeza merentasi empat tonggak asas:

· Membuka Akses Data — Proprietari data tersedia untuk analisis tanpa memerlukan pergerakan data

· Teknologi Pemeliharaan Privasi — Penyelesaian identiti dan aliran kerja kerjasama merentasi set data teragih disokong tanpa menjejaskan privasi atau keselamatan

· Penyambungan Diperluaskan, Global — Penyambungan yang lebih mendalam diaktifkan merentasi set data yang sebelum ini diasingkan oleh infrastruktur, industri dan geografi

· Kawalan Sepenuhnya — Pelanggan LiveRamp terus mengawal data mereka semasa bekerjasama dan mempunyai keupayaan untuk memilih pendekatan dan tahap perlindungan data yang tepat untuk memenuhi keperluan perniagaan mereka

DataFleets menyediakan pelanggan Tempat Selamat dengan pilihan yang lebih fleksibel untuk kerjasama data teragih, serta membuka kes penggunaan analitik perlindungan privasi bagi industri baharu seperti perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kewangan. Di samping itu, DataFleets membantu produk dan penyelesaian LiveRamp menyesuaikan diri merentasi seluruh bidang kuasa dengan privasi yang direka ke dalam lapisan infrastruktur mereka, yang memberikan kuasa kepada pelanggan untuk mematuhi peraturan privasi yang berkembang di seluruh dunia.

“Dengan penambahan bagi teknologi DataFleets dan pasukan pakar industri mereka yang berpengalaman, LiveRamp kini berada pada kedudukan yang lebih baik untuk memperluaskan keupayaan kami merentasi kedudukan geografi dan industri,” kata Warren Jenson, presiden dan ketua pegawai kewangan, LiveRamp. “Urus niaga ini akan menyokong pengembangan bagi penawaran LiveRamp ke seluruh Eropah dan di Asia Pasifik dan pasaran Amerika Latin pada tahun 2021, dan membantu menggerakkan kami ke dalam industri baharu yang beralamat seperti perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kewangan, di mana gabungan DataFleets dan LiveRamp bersama-sama akan memberi kuasa kepada kes penggunaan nilai tinggi.”

David Gilmore, Ketua Pegawai Eksekutif bagi DataFleets, menambah, “Kami sangat teruja untuk menyertai pasukan LiveRamp dan terus melaksanakan visi bersama kami bagi membantu perusahaan menyatukan data untuk membuka nilai maksimum, dan pada masa yang sama mendukung privasi dan kawalan pengguna. Sinergi itu adalah kukuh, dan bersama-sama kami dapat membantu perusahaan global mengetepikan halangan kepada akses dan penggunaan data untuk menjanakan wawasan dan inovasi merentasi perniagaan mereka.”

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemerolehan DataFleets oleh LiveRamp, sila layari
https://liveramp.com/blog/liveramp-to-acquire-datafleets.

Impak dan Penutupan Kewangan

Urus niaga tersebut dijangka selesai pada suku keempat fiskal LiveRamp. Urus niaga itu tidak dijangka akan memberi impak material terhadap pencapaian kewangan fiskal 2021 bagi LiveRamp.

Penambahan bagi DataFleets memperluaskan kepimpinan LiveRamp di dalam memelihara identiti dan privasi dan kerjasama data, yang mendorong pertumbuhan dan nilai yang kukuh bagi pemegang saham LiveRamp.

Pencapaian Perolehan Suku Ketiga 2021

Dalam satu siaran media berasingan yang dikeluarkan hari ini, Syarikat itu telah mengumumkan pencapaian perolehan mereka untuk suku ketiga tahun 2021. LiveRamp akan mengadakan satu panggilan persidangan pada hari ini pada pukul 1:30 petang P.T. untuk membincangkan mengenai urus niaga, serta hasil perolehan  suku ketiga fiskal 2021.

Maklumat mengenai LiveRamp

LiveRamp adalah platform penyambungan data terkemuka bagi penggunaan data yang selamat dan berkesan. Dikuasakan oleh keupayaan resolusi identiti teras dan rangkaian yang tiada tandingannya, LiveRamp membolehkan syarikat-syarikat dan rakan mereka untuk berhubung, mengawal, dan mengaktifkan data dengan lebih baik untuk mengubah pengalaman pelanggan dan menjanakan hasil perniagaan yang lebih bernilai. Infrastruktur LiveRamp yang saling boleh dikendalikan dan neutral sepenuhnya menyampaikan ketersambungan dari hujung ke hujung bagi jenama, agensi, dan penerbit terkemuka di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.LiveRamp.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210208005758/en/

Hubungi

Michelle Millsap bagi pihak LiveRamp
liveramp@havasformula.com
619-857-2384

Sumber : LiveRamp

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.