· EPS* yang dilaporkan dan dilaraskan bagi suku tahun keempat 2020 masing-masing $1.70 dan $1.75 berbanding masing-masing $1.61 dan $1.54 pada suku tahun keempat 2019
· EPS yang dilaporkan dan dilaraskan bagi tempoh tahun 2020 yang penuh masing-masing $5.15 dan $6.23 berbanding masing-masing $6.13 dan $6.61 pada tempoh setahun yang lalu
· Syarikat ini menjangkakan jualan bersih dan pendapatan operasi tahun penuh 2021 akan meningkat secara sederhana, didorong dengan peningkatan bahan istimewa, pemulihan volum lain dan penjimatan Cost Smart
WESTCHESTER, Ill., 11 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ingredion Incorporated (NYSE: INGR), peneraju global pembekal penyelesaian bahan kepada industri pembuatan makanan dan minuman ini melaporkan hasil bagi suku tahun keempat dan tahun penuh 2020 pada hari ini. Hasil dilaporkan adalah menurut prinsip perakaunan yang diterima umum (“GAAP”) di A.S. bagi tahun 2020 dan 2019, termasuk item yang dikecualikan daripada ukuran kewangan bukan GAAP yang dibentangkan oleh Syarikat.
“Kami menyahut cabaran 2020 dan memberikan prestasi yang mantap sementara memajukan
Peta Jalan Memacu Pertumbuhan di kelima-lima platform Istimewa kami. Pasukan kami menunjukkan kecekapan sepanjang tahun dengan mengendalikan kilang kami dengan cekap, berhubung rapat dengan pelanggan, menjangkakan keperluan mereka dan membolehkan kami untuk terus menjadi pembekal pilihan. Peralihan kepada cara baharu bekerja menghasilkan lebih daripada 1,300 penglibatan maya dengan pelanggan bagi mencipta bersama dan menyampaikan idea serta penyelesaian inovatif daripada platform interaktif maya kami, Idea Labs.”
“Kami mempunyai prestasi yang cemerlang pada suku tahun keempat dengan pertumbuhan jualan bersih sebanyak 3% tahun demi tahun, dengan setiap rantau menyumbang kepada pertumbuhan jualan bersih. Volum permintaan pada tiga daripada empat rantau kembali pulih daripada impak COVID-19, yang merupakan tanda yang sangat menggalakkan. Selain itu, kami juga mempunyai prestasi yang hebat di Amerika Selatan, diterajui perolehan sebut harga yang kukuh, yang membolehkan kami agar kekal selari dengan inflasi dan keadaan pasaran yang berubah-ubah,” ujar
Jim Zallie, presiden dan ketua pegawai eksekutif Ingredion.
“Dalam suku tahun tersebut, kami juga melengkapkan pemerolehan strategik pemilikan 100% kami terhadap Verdient Foods, Inc., menggerakkan pasukan integrasi serta melanjutkan pembinaan pada rangkaian pengeluaran protein berasaskan tumbuhan Istimewa kami. Selain itu, kami mendapat status perakuan gred makanan yang disyorkan untuk kemudahan pengasingan protein kacang kami di South Sioux City. Jualan bersih bahan istimewa meningkat di keempat-empat rantau untuk suku tahun dan tahun penuh, kecuali bagi impak pertukaran wang asing. Kini, jualan tersebut mewakili 32 peratus jualan bersih tahunan kami,” sambung Zallie.
“Dengan beroperasi berdasarkan set minda sebagai pemilik, pasukan kami mencapai kemajuan yang sangat besar dalam mereka semula dan menstruktur semula organisasi kami di keempat-empat rantau, lantas menghasilkan $103 juta penjimatan kadar larian, yang melebihi sasaran
Cost Smart tahun 2020 kami. Kami bakal mencapai sasaran tiga tahun kami sebanyak $170 juta sebelum penghujung tahun 2021.”
“Sementara kami memasuki tahun 2021 dengan momentum yang meningkat, kami berada pada kedudukan yang kukuh untuk terus memajukan strategi pertumbuhan kami dan menyampaikan nilai-nilai pada setiap interaksi pengalaman pelanggan. Kami kekal komited dengan misi kami untuk menjadi pembekal yang diyakini dan dipercayai, serta rakan inovasi kepada pelanggan kami. Kami percaya bahawa pendekatan bertumpu kami akan mencipta nilai jangka masa panjang bagi semua pihak berkepentingan kami,” rumus Zallie.
*Pendapatan dicairkan sesaham yang dilaraskan (“EPS yang dilaraskan”), pendapatan operasi yang dilaraskan, kadar cukai pendapatan efektif yang dilaraskan dan aliran tunai yang dilaraskan daripada operasi ialah ukuran kewangan bukan GAAP. Lihat seksyen II Maklumat Kewangan Tambahan yang bertajuk “Maklumat Bukan GAAP” berikutan Penyata Kewangan Disatukan Ringkas yang disertakan dalam siaran akhbar ini untuk penyelarasan ukuran kewangan bukan GAAP ini dengan ukuran GAAP A.S. yang paling dapat dibandingkan dengan langsung.
Pendapatan Dicairkan Sesaham (EPS)Faktor dianggarkan yang memberikan kesan terhadap perubahan nilai EPS dilaporkan dan dilaraskan**Jumlah mungkin berbeza disebabkan pembundaran
Sorotan Kewangan· Pada 31 Disember 2020, jumlah hutang serta wang tunai dan pelaburan jangka masa pendek masing-masing $2.2 bilion dan $665 juta berbanding dengan masing-masing $1.8 bilion dan $268 juta pada 31 Disember 2019. Punca utama peningkatan jumlah hutang dan tunai serta pelaburan jangka pendek ialah penjualan hutang senior bernilai $1.0 bilion oleh Syarikat pada suku tahun kedua 2020 dan penambahan dalam modal kerja, dengan sebahagiannya diimbangi oleh penebusan $400 juta hutang senior November 2020 pada bulan Julai.
· Kos kewangan bersih adalah $22 juta atau $3 juta lebih tinggi pada suku tahun keempat dari tempoh setahun yang lalu. Peningkatan ini adalah disebabkan impak pertukaran mata wang asing yang lebih tinggi, dengan sebahagiannya diimbangi oleh perbelanjaan faedah bersih yang lebih rendah disebabkan kadar faedah yang lebih rendah.
· Kadar cukai efektif yang dilaporkan dan dilaraskan bagi suku tahun ini masing-masing ialah 18.9 peratus dan 27.1 peratus berbanding masing-masing 25.2 peratus dan 27.5 peratus bagi tempoh yang sama pada tahun lalu. Punca utama penurunan dalam kadar cukai yang dilaporkan adalah daripada peningkatan nilai Peso Mexico terhadap dolar A.S. dan beberapa item satu kali yang lain, dengan sebahagiannya diimbangi oleh campuran pendapatan negara.
· Perbelanjaan modal bagi tahun penuh ialah $333 juta, meningkat $5 juta sejak tempoh setahun yang lalu.
· Jualan bersih tahun penuh berkurang berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Penurunan terhadap jualan bersih tahun penuh didorong oleh penurunan volum jualan di Amerika Utara dan Amerika Selatan, yang sebahagian besarnya berkaitan dengan penutupan COVID-19 pada suku tahun kedua dan ketiga. Tidak termasuk impak pertukaran asing, jualan bersih menurun sebanyak 1 peratus bagi tahun penuh.
Pendapatan operasi
· Pendapatan operasi yang dilaporkan dan dilaraskan untuk suku tahun ini masing-masing ialah $163 juta dan $186 juta, iaitu menurun sebanyak 4 peratus dan meningkat sebanyak 11 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Punca utama pengurangan pada pendapatan operasi yang dilaporkan adalah disebabkan pelemahan nama dagang, kos penstrukturan semula berkaitan dengan program Cost Smart kami dan kos pemerolehan serta integrasi yang sebahagian besarnya diimbangi oleh manfaat daripada penghakiman cukai hasil Brazil. Sebahagian besar peningkatan pada pendapatan operasi yang dilaraskan adalah disebabkan kos input yang lebih rendah di Amerika Utara dan campuran harga yang kukuh di Amerika Selatan. Tidak termasuk kesan pertukaran wang asing, pendapatan operasi yang dilaporkan dan dilaraskan masing-masing turun 2 peratus dan meningkat 13 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu.
· Pendapatan operasi yang dilaporkan dan dilaraskan untuk tahun penuh masing-masing ialah $582 juta dan $659 juta, iaitu menurun sebanyak masing-masing 12 peratus dan 7 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Punca utama pengurangan pada pendapatan operasi yang dilaporkan adalah disebabkan kos penstrukturan semula yang lebih tinggi berkaitan dengan program Cost Smart kami, pelemahan nama dagangan dan pelemahan lain serta kos pemerolehan dan integrasi yang sebahagian besarnya diimbangi oleh manfaat daripada penghakiman cukai hasil Brazil. Sebahagian besar penurunan ini berpunca daripada pendapatan operasi dilaraskan yang lebih rendah di Amerika Utara, kemasukan hasil PureCircle dan kos korporat yang lebih tinggi disebabkan pelaburan berterusan untuk memacu transformasi perniagaan dan digital. Sebahagian besar penurunan ini diimbangi oleh campuran harga yang kukuh di Amerika Selatan. Tidak termasuk kesan pertukaran wang asing, pendapatan operasi yang dilaporkan dan dilaraskan masing-masing turun 9 peratus dan 3 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu.
· Pendapatan operasi yang dilaporkan bagi suku tahun keempat adalah lebih rendah berbanding pendapatan operasi yang dilaraskan sebanyak $23 juta disebabkan pelemahan nama dagangan, kos penstrukturan semula berkaitan dengan program Cost Smart kami dan kos pemerolehan serta integrasi yang sebahagian besarnya diimbangi dengan manfaat daripada penghakiman cukai hasil Brazil.
· Pendapatan operasi tahun penuh ialah $112 juta, peningkatan sebanyak $16 juta dari tempoh sama pada tahun lalu disebabkan campuran harga yang kukuh yang sebahagiannya diimbangi oleh kesan mata wang asing yang tidak menguntungkan dan jumlah jualan yang lebih rendah. Tidak termasuk kesan pertukaran wang asing, pendapatan operasi segmen meningkat sebanyak 35 peratus. Hasil untuk Argentina dicatat dalam dolar A.S. di bawah perakaunan hiper-inflasi.
· Pendapatan operasi suku tahun keempat tahun ini ialah $20 juta, kurang $2 juta dari tempoh yang sama pada tahun lalu, didorong oleh kerugian operasi sebanyak $6 juta daripada PureCircle. Tidak termasuk hasil PureCircle, pendapatan operasi suku tahun keempat tahun ini ialah $26 juta, meningkat $4 juta dari tempoh yang sama pada tahun lalu, sebahagian besarnya disebabkan oleh kos dan perbelanjaan operasi yang lebih rendah.
· Pendapatan operasi bagi suku tahun keempat ialah $80 juta, iaitu penurunan sebanyak $7 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Hasil PureCircle mengurangkan pendapatan operasi tahun penuh sebanyak $11 juta. Tidak termasuk hasil PureCircle, pendapatan operasi tahun penuh meningkat $4 juta dari tahun lepas, apabila kos yang lebih rendah mengimbangi volum jualan yang lebih rendah pada separuh tahun pertama 2020 disebabkan impak COVID-19. Tidak termasuk kesan pertukaran asing, pendapatan operasi segmen menurun sebanyak 8%.
· Pendapatan operasi bagi tahun penuh ialah $102 juta, iaitu penurunan sebanyak $3 juta berbanding tahun lalu. Sebahagian besar peningkatan ini adalah disebabkan tindakan sebut harga Pakistan, jualan istimewa EMEA yang kukuh dan perbelanjaan operasi yang lebih rendah di Eropah. Sebahagian besar peningkatan ini diimbangi oleh impak perintah berkurung di rumah terhadap volum jualan Pakistan pada separuh tahun pertama dan impak mata wang asing Pakistan yang negatif. Tidak termasuk kesan mata wang asing, pendapatan operasi segmen meningkat 7 peratus.
DividenPada Disember 2020, Syarikat ini membayar dividen suku tahun sebanyak $46 juta ($0.64 sesaham). Syarikat membayar $178 juta dividen pada tahun 2020.
Ramalan 2021Bagi suku tahun pertama 2021, Syarikat menjangkakan peningkatan kecil pada jumlah jualan bersih dan peningkatan sederhana pada pendapatan operasi, bergantung pada impak aliran kemunculan semula COVID-19 serta kecepatan dan keberkesanan vaksin. Volum jualan bersih semasa pandemik secara umumnya berhubung kait dengan peningkatan pada aktiviti pengguna dan pengambilan makanan serta minuman luar rumah.
Bagi tahun penuh, Syarikat menjangkakan jualan bersih dan pendapatan operasi rantau meningkat secara sederhana, dipacu oleh pertumbuhan bahan istimewa, pemulihan volum lain dan penjimatan Cost Smart. Disebabkan persekitaran yang tidak menentu, buat masa ini Syarikat tidak memberikan panduan bagi EPS tahun penuh 2021 dan aliran tunai daripada operasi.
Kos korporat tahun penuh dijangkakan akan mendatar dengan kadar cukai berkesan yang dilaporkan dan dilaraskan, masing-masing pada 26.5 peratus hingga 28 peratus.
Komitmen pelaburan modal dijangkakan antara $330 juta hingga $350 juta, yang daripadanya lebih $100 juta dilaburkan untuk mendorong pertumbuhan Pengkhususan.
Butiran Panggilan Persidangan dan Siar WebIngredion akan mengadakan panggilan persidangan pada hari Rabu, 3 Februari 2021 pada pukul 8:00 pg. Waktu Sentral, dihoskan oleh Jim Zallie, presiden dan ketua pegawai eksekutif serta James Gray, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai kewangan. Panggilan akan disiarkan dalam web dalam masa nyata dan akan disertakan pembentangan yang boleh diakses melalui laman web Syarikat di
www.ingredion.com. Pembentangan akan tersedia untuk dimuat turun beberapa jam sebelum panggilan bermula. Main semula akan tersedia untuk tempoh masa yang terhad di
www.ingredion.com.
Tentang Syarikat IniIngredion Incorporated (NYSE: INGR) yang beribu pejabat di subbandar Chicago ialah peneraju global pembekal penyelesaian bahan yang berkhidmat untuk pelanggan di lebih daripada 120 buah negara. Dengan jualan bersih tahunan 2020 sebanyak $6 bilion, Syarikat memproses biji-bijian, buah-buahan, sayur-sayuran dan bahan tumbuhan lain untuk menjadi penyelesaian bahan tambah nilai untuk industri makanan, minuman, pemakanan haiwan dan industri lain. Dengan 29 pusat inovasi Ingredion Idea Labs
® di seluruh dunia dan kira-kira 12,000 pekerja, Syarikat mencipta bersama dengan pelanggan dan memenuhi tujuannya untuk menyatukan potensi manusia, alam semula jadi dan teknologi untuk menjadikan kehidupan lebih baik. Layari
ingredion.com untuk maklumat lanjut dan berita terkini tentang Syarikat.
Pernyataan ProspektifSiaran berita ini mengandungi atau mungkin mengandungi pernyataan prospektif dalam lingkungan makna Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 sebagaimana yang dipinda dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934 sebagaimana yang dipinda. Syarikat memaksudkan pernyataan prospektif untuk dilindungi oleh peruntukan pelabuhan selamat bagi pernyataan tersebut.
Pernyataan prospektif merangkumi, antara lain, sebarang pernyataan tentang jangkaan Syarikat berkaitan kesan COVID-19, jualan bersih Syarikat, pendapatan operasi rantau, kos korporat, kadar cukai berkesan serta perbelanjaan modal Syarikat bagi tahun 2021 dan sebarang anggapan, jangkaan atau kepercayaan yang menjadi dasar kepada perkara di atas. Pernyataan ini kadangkala dapat dikenal pasti melalui penggunaan perkataan prospektif, seperti “mungkin,” “akan,” “perlu,” “menantikan,” “menganggap,” “yakin,” “merancang,” “mengunjurkan,” “menganggar,” “mengharap,” “berniat,” “terus,” “proforma,” "meramal,” “menjangka”, “mendorong,” “peluang,” “potensi,” “sementara” atau ungkapan lain yang serupa atau negatif. Semua pernyataan selain pernyataan fakta sejarah dalam siaran ini atau dirujuk dalam siaran ini ialah “pernyataan prospektif.”
Pernyataan ini berdasarkan keadaan atau jangkaan semasa, tetapi tertakluk pada risiko dan ketidakpastian inheren tertentu yang kebanyakannya sukar untuk diramal dan berada di luar kawalan kami. Walaupun kami yakin bahawa jangkaan kami yang digambarkan dalam pernyataan prospektif ini adalah berdasarkan anggapan yang munasabah, pelabur diperingatkan bahawa kami tidak dapat memberikan jaminan bahawa jangkaan kami akan terbukti benar.
Hasil dan perkembangan sebenar mungkin berbeza secara material daripada jangkaan yang dinyatakan secara tersurat atau tersirat oleh pernyataan prospektif kami disebabkan oleh risiko dan ketidakpastian berikut, antaranya: impak berterusan COVID-19, keutamaan dan persepsi penggunaan yang berubah, termasuk yang berkaitan dengan sirap jagung fruktosa tinggi; kesan keadaan ekonomi global dan keadaan politik, ekonomi, perniagaan, pasaran umum yang mempengaruhi pelanggan dan pengguna di pelbagai wilayah geografi dan negara di lokasi kami membeli bahan mentah atau mengeluarkan atau menjual produk kami, termasuk, terutamanya keadaan ekonomi, mata wang dan politik di Amerika Selatan dan keadaan ekonomi dan politik di Eropah, juga kesan faktor ini terhadap jumlah jualan, harga produk, akses kami kepada pasaran kredit dan kemampuan kami untuk mengutip wang belum terima daripada pelanggan; perubahan negatif dalam pulangan pelaburan yang diperoleh daripada aset pencen kami; prestasi kewangan masa depan industri utama yang kami sediakan dan yang kami peroleh sebahagian besar jualan kami, termasuk industri makanan, minuman, dan pemakanan haiwan; ketidakpastian penerimaan produk yang dibangunkan melalui pengubahsuaian genetik dan bioteknologi; kemampuan kami untuk membangunkan atau memperoleh produk dan perkhidmatan baharu dengan kadar atau kualiti yang mencukupi bagi memenuhi jangkaan; perubahan dalam dasar, undang-undang dan peraturan A.S. dan luar negara serta kos pematuhan undang-undang; peningkatan tekanan persaingan dan/atau pelanggan dalam industri penapisan jagung dan industri berkaitan, termasuk berkenaan dengan pasaran dan harga produk utama dan produk bersama, terutamanya minyak jagung; ketersediaan bahan mentah, termasuk kanji kentang, ubi kayu, gam Arab dan jenis jagung tertentu yang menjadi asas beberapa produk kami, kemampuan kami untuk memindahkan kemungkinan kenaikan kos jagung atau bahan mentah lain kepada pelanggan; kos dan ketersediaan bahan mentah dan tenaga; kemampuan kami untuk mengawal kos, mencapai belanjawan dan mewujudkan sinergi yang diharapkan, termasuk yang berkenaan dengan kemampuan kami untuk menyelesaikan projek penyelenggaraan dan pelaburan yang dirancang tepat pada waktunya dan mengikut belanjawan, dan mencapai penjimatan yang dijangkakan di bawah program Cost Smart kami serta berkenaan dengan pengangkutan dan kos penghantaran; kesan pasaran kewangan dan modal terhadap kos pinjaman kami, termasuk kesan turun naik mata wang asing, turun naik kadar faedah dan pertukaran serta turun naik pasaran dan risiko berkaitan dengan perlindungan nilai terhadap turun naik tersebut; kemungkinan kesan perubahan iklim; kemampuan kami untuk berjaya mengenal pasti dan menyelesaikan pemerolehan atau pakatan strategik dengan syarat yang baik serta kemampuan untuk berjaya menyepadukan perniagaan yang diperoleh atau melaksanakan dan mengekalkan pakatan strategik serta mencapai sinergi yang dijangkakan berkenaan dengan semua perkara di atas; kesukaran operasi di loji pembuatan kami atau berkenaan dengan kebolehpercayaan dandang; risiko yang berkaitan dengan keselamatan dan kualiti produk dan kepatuhan terhadap undang-undang dan peraturan keselamatan, kesihatan dan keselamatan alam sekitar, dan keselamatan makanan; risiko ekonomi, politik dan lain-lain yang wujud dalam operasi di negara asing dengan mata wang asing serta penghantaran produk di antara negara, termasuk berkenaan dengan tarif, kuota dan duti; gangguan, pelanggaran keselamatan atau kegagalan yang mungkin mempengaruhi sistem, proses dan laman teknologi maklumat kami; kemampuan kami untuk mengekalkan hubungan pekerja yang memuaskan; kesan cuaca, bencana alam, perang atau tindakan permusuhan yang serupa, tindakan dan ancaman keganasan, wabak berterusan seperti COVID-19 dan peristiwa penting lain yang mungkin berlaku terhadap perniagaan kami; kemungkinan pengiktirafan caj rosot nilai atas muhibah atau aset jangka panjang; perubahan kadar cukai kami atau pendedahan kepada liabiliti cukai pendapatan tambahan; dan kemampuan kami untuk mengumpulkan dana dengan kadar yang berpatutan untuk memajukan dan mengembangkan operasi kami.
Pernyataan prospektif kami hanya memberikan gambaran mulai tarikh pengeluaran dan kami tidak menanggung sebarang kewajipan untuk mengemas kini sebarang pernyataan prospektif untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan selepas tarikh pernyataan berikutan maklumat baharu atau peristiwa atau perkembangan pada masa hadapan. Jika kami mengemas kini atau membetulkan satu atau lebih pernyataan ini, pelabur dan pihak lain tidak boleh menyimpulkan bahawa kami akan membuat kemas kini atau pembetulan tambahan. Untuk keterangan lebih lanjut tentang ini dan risiko lain, lihat “Risk Factors” yang disertakan dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun yang berakhir pada 31 Disember 2019 dan Laporan Suku Tahunan pada Borang 10-Q untuk tempoh suku tahunan yang berakhir pada 31 Mac 2020 dan dalam laporan kami seterusnya pada Borang 10-Q dan Borang 8-K.
MAKLUMAT HUBUNGAN:Pelabur: Tiffany Willis, 708-551-2592
Media: Becca Hary, 708-551-2602
Ingredion Incorporated (“Ingredion”)
Condensed Consolidated Statements of Income
(Unaudited)Sila klik disini II. Maklumat Bukan GAAPUntuk menambahkan hasil kewangan disatukan yang disediakan mengikut Prinsip Perakaunan yang Diterima Umum (“GAAP”), kami menggunakan ukuran kewangan sejarah bukan GAAP yang tidak termasuk item GAAP tertentu, seperti kos pemerolehan dan penyepaduan, kos rosot dan penstrukturan semula, peruntukan cukai Mexico, serta sesetengah item khas yang lain. Kami biasanya menggunakan istilah “dilaraskan” semasa merujuk kepada amaun bukan GAAP ini.
Pihak pengurusan menggunakan ukuran kewangan bukan GAAP secara dalaman untuk membuat keputusan yang strategik, meramalkan hasil pada masa hadapan dan menilai prestasi semasa. Melalui pendedahan tentang ukuran kewangan bukan GAAP, pihak pengurusan berniat untuk memberikan perbandingan yang bermakna dan konsisten berkenaan hasil dan arah aliran operasi kami bagi tempoh yang dibentangkan. Ukuran kewangan bukan GAAP ini digunakan sebagai tambahan dan bersama-sama dengan hasil yang dibentangkan menurut GAAP dan menggambarkan cara tambahan untuk melihat aspek operasi kami yang memberikan pemahaman yang lebih lengkap tentang faktor dan aliran arah yang menjejaskan perniagaan kami apabila dilihat dengan hasil GAAP kami. Ukuran bukan GAAP ini perlu dianggap sebagai tambahan dan bukannya sebagai pengganti atau lebih penting berbanding ukuran sepadan yang dikira menurut GAAP.
Ukuran kewangan bukan GAAP tidak disediakan menurut GAAP. Oleh itu, maklumat berkenaan tidak semestinya dapat dibandingkan dengan maklumat syarikat lain. Penyelarasan setiap ukuran kewangan sejarah bukan GAAP kepada ukuran GAAP yang paling dapat dibandingkan tersedia dalam jadual berikut.
Ingredion Incorporated (“Ingredion”)
Reconciliation of GAAP Net Income attributable to Ingredion and Diluted Earnings Per Share (“EPS”) to
Non-GAAP Adjusted Net Income attributable to Ingredion and Adjusted Diluted EPS
(Unaudited)Sila klik disini Nota
(i) Tempoh 2020 terutamanya merangkumi kos berkaitan pemerolehan dan penyepaduan perniagaan yang diperoleh daripada PureCircle Limited. Kos pemerolehan dan integrasi dibentangkan dalam jadual “penyesuaian pendapatan bersih yang diselaraskan disebabkan oleh Ingredion” merupakan jumlah bersih kos disebabkan kepentingan tidak mengawal. Tempoh 2019 terutamanya merangkumi kos berkaitan pemerolehan dan penyepaduan perniagaan yang diperoleh daripada Western Polymer, LLC.
(ii) Sepanjang tiga bulan tersebut dan tahun yang berakhir pada 31 Disember, 2020, Syarikat mencatatkan bayaran penstrukturan semula/rosot nilai sebelum cukai, masing-masing sebanyak $52 juta dan $93 juta. Sepanjang suku tahun keempat tahun 2020, Syarikat mencatatkan pelemahan sebanyak $35 juta bagi aset tidak ketara nama dagangan aset hidup tidak tentu TIC Gum, disebabkan keputusan Syarikat untuk menukar strategi pemasarannya berkaitan dengan jenama tersebut. Selain itu, Syarikat juga menanggung kos sebanyak $11 juta berkaitan pekerja dan lain-lain, termasuk perkhidmatan profesional berkaitan dengan program Cost Smart SG&A syarikat serta sebanyak $6 juta perbelanjaan berkaitan penstrukturan semula, terutamanya di Amerika Utara dan APAC sebagai sebahagian daripada program kos jualan Cost Smart. Sepanjang tiga bulan dan tahun yang berakhir pada 31 Disember, 2020, Syarikat mencatatkan sebanyak $48 juta bayaran penstrukturan semula sebelum cukai yang terdiri daripada $25 juta kos berkaitan pekerja dan lain-lain, termasuklah perkhidmatan profesional yang berkaitan dengan program SG&A Cost Smart serta $23 juta perbelanjaan berkaitan penstrukturan semula, terutamanya di Amerika Utara dan APAC sebagai sebahagian daripada program kos jualan Cost Smart. Di samping itu, Syarikat mencatatkan caj pelemahan sebanyak $45 juta, yang terdiri daripada $35 juta pelemahan aset tidak ketara nama dagangan hidup tidak tentu TIC Gum, keputusan Syarikat untuk menukar strategi pemasarannya berkaitan dengan jenama tersebut dan $10 juta pelemahan pelaburan kaedah ekuitinya yang dicetuskan oleh penurunan nilai saksama pada pelaburannya daripada harga yang dipersetujui semasa pembelian pada 80% baki faedah di Verdient Foods, Inc.
Sepanjang tiga bulan tersebut dan tahun yang berakhir pada 31 Disember, 2019, Syarikat mencatatkan bayaran penstrukturan semula/rosot nilai sebelum cukai, masing-masing $16 juta dan $57 juta. Sepanjang suku tahun keempat tahun 2019, Syarikat mencatatkan $11 juta perbelanjaan bersih berkaitan penstrukturan semula sebagai sebahagian daripada program kos jualan Cost Smart, termasuk $5 juta kos berkaitan pekerja dan kos lain, termasuk perkhidmatan profesional, berkaitan dengan program Cost Smart SG&A kami. Sepanjang tahun yang berakhir pada 31 Disember 2019, Syarikat mencatatkan $57 juta caj penstrukturan semula yang termasuk $29 juta perbelanjaan bersih berkaitan penstrukturan semula sebagai sebahagian daripada program kos jualan Cost Smart dan sebanyak $28 juta kos berkaitan pekerja dan lain-lain, termasuklah perkhidmatan profesional yang berkaitan dengan program Cost Smart SG&A kami.
(iii) Tiga bulan tersebut dan tahun yang berakhir pada 31 Disember, 2020 termasuk ketelusan kos berkaitan dengan pembelian inventori PureCircle Limited yang dilaraskan kepada nilai wajar pada tarikh pemerolehan mengikut peraturan perakaunan gabungan perniagaan. Kos ini dibentangkan dalam jadual bersih “penyesuaian pendapatan bersih yang diselaraskan disebabkan oleh Ingredion” bagi perkongsian kos secara pro-rata oleh sebilangan kecil pemegang saham. Jumlah kos sebanyak $2 juta adalah disebabkan kepentingan tidak mengawal untuk tiga bulan tersebut dan tahun yang berakhir pada 31 Disember 2020.
(iv) Sepanjang tiga bulan dan tahun yang berakhir pada 31 Disember, 2020, Syarikat menanggung kos sebanyak $5 juta yang berkaitan secara langsung dengan penghapusan hutang awal sebanyak $400 juta bagi hutang senior 4.625% yang tarikh akhirnya adalah pada 1 November 2020. Syarikat mencatatkan bayaran penghapusan hutang dalam kos Pembiayaan, secara bersih pada Penyata Pendapatan Gabungan Ringkas.
(v) Sepanjang tiga bulan tersebut yang berakhir pada 30 September 2020, Syarikat menanggung kerosakan ribut pada kemudahan pengeluaran Cedar Rapids, IA dan kemudahan tersebut ditutup selama 10 hari. Kerosakan berkaitan ribut ini menyebabkan caj, masing-masing sebanyak $1 juta dan $3 juta sepanjang tiga bulan tersebut dan tahun yang berakhir pada 31 Disember 2020. Syarikat mencatatkan kos kerosakan ribut dalam Perbelanjaan lain (pendapatan), secara bersih pada Penyata Pendapatan Gabungan Ringkas.
(vi) Pada tahun 2019, Syarikat menerima penghakiman menguntungkan daripada Mahkamah Rayuan Persekutuan di Brazil berkaitan dengan cukai tak langsung tertentu yang dikutip pada tahun sebelumnya. Untuk mengambil kira penghakiman tersebut, Syarikat mencatatkan $22 juta manfaat pra cukai untuk penghakiman yang menguntungkan, menurut ASC 450, Kontingensi sepanjang tiga dan dua belas bulan yang berakhir pada 31 Disember 2019. Pada tahun semasa, Syarikat menerima satu lagi penghakiman mahkamah menguntungkan yang menjelaskan lagi pengiraan manfaat Syarikat, lantas menyebabkan tuntutan cukai tak langsung yang lebih besar terhadap kerajaan. Hasilnya, Syarikat mencatatkan sebanyak $35 juta lagu manfaat pra cukai sepanjang tiga dan dua belas bulan yang berakhir pada 31 Disember 2020. Syarikat menjangkakan layak untuk menerima kredit daripada pembayaran cukai persekutuan Brazil pada tahun 2021 dan tahun yang akan datang. Jumlah manfaat yang dicatatkan mewakili anggaran semasa kredit dan faedah Syarikat disebabkan keputusan menguntungkan mengikut ASC 450, Kontingensi. Selain itu, Syarikat menerima keputusan menguntungkan yang kedua di Brazil, lalu menyongsangkan cukai yang sebelum ini dibayar berkaitan subsidi kerajaan. Syarikat mencatatkan manfaat pra cukai sebanyak $1 juta dan manfaat peruntukan cukai sebanyak $3 juta berkaitan dengan keputusan kedua ini sepanjang tiga bulan tersebut yang berakhir pada 31 Disember 2020.
(vii) Item cukai mewakili kesan penggunaan dolar A.S. oleh Syarikat sebagai mata wang fungsian bagi anak syarikatnya di Mexico. Kadar cukai efektif Mexico sangat dipengaruhi oleh pengukuran semula penyata kewangan peso Mexico ke dalam dolar A.S. Syarikat mencatatkan faedah cukai sebanyak $13 juta dan peruntukan cukai sebanyak $3 juta masing-masing untuk tiga bulan tersebut dan tahun yang berakhir pada 31 Disember, 2020, akibat pergerakan peso Mexico terhadap dolar A.S. Sepanjang tiga bulan tersebut dan tahun yang berakhir pada 31 Disember, 2019, Syarikat mencatatkan manfaat cukai sebanyak $5 juta $3 juta masing-masing akibat daripada pergerakan peso Mexico terhadap dolar A.S.
(viii) Ini berkaitan impak cukai yang berkaitan dengan perasionalan entiti undang-undang dan penyelesaian cukai dan perkara lain.
II. Maklumat Bukan GAAP (bersambung)Sila klik disiniBagi setiap tanda rait di atas, lihat nota kaki yang disertakan dalam Penyesuaian Pendapatan Bersih GAAP yang disebabkan oleh Ingredion dan EPS Tercair kepada Pendapatan Bersih Dilaraskan Bukan GAAP disebabkan oleh Ingredion dan EPS Tercair Dilaraskan.
SUMBER : Ingredion Incorporated--BERNAMA