Melaporkan Pendapatan dan Tempahan Suku Tahunan dan Tahunan yang Paling Tinggi dalam Sejarah ZyngaMenjanakan Aliran Tunai Operasi Suku Tahunan dan Tahunan yang Paling TinggiBerada pada kedudukan yang unik sebagai satu daripada Penerbit Permainan Mudah Alih Terkemuka di DuniaMelaksanakan Inisiatif Pertumbuhan pada tahun 2021 dan SeterusnyaSAN FRANCISCO, 11 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA) hari ini mengeluarkan penyata kewangan untuk suku keempat dan tahun sepenuhnya bagi mereka yang berakhir pada 31 Disember, 2020 dengan menghantar Surat Perolehan Suku Tahunan Q4 2020 ke laman web Perhubungan Pelabur mereka. Sila lihat Surat Perolehan Suku Tahunan yang dilampirkan atau layari
http://investor.zynga.com/financial-information/quarterly-results untuk mengakses surat itu.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210210005120/en/“Dalam satu tahun yang belum pernah terjadi sebelum ini, pasukan kami yang berbakat dan berdaya tahan telah mengakhiri suku keempat dengan mantap, dengan menyampaikan perolehan dan tempahan suku tahunan yang paling tinggi dalam sejarah Zynga. Pelaksanaan kami sepanjang tahun 2020 telah menambahkan skala yang bermakna kepada platform perkhidmatan langsung kami dan memperkukuhkan kedudukan kami sebagai satu daripada penerbit permainan mudah alih yang terkemuka di dunia,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Zynga. “Portfolio perkhidmatan langsung kami telah memulakan tahun 2021 dengan hebat dengan diterajui oleh Forever Franchises kami, momentum dalam
Harry Potter: Puzzles & Spells dan dua permainan hiper-kasual baharu utama yang dimuat turun dari Rollic. Strategi pelbagai tahun Zynga untuk mengembangkan perkhidmatan langsung kami, melancarkan permainan baharu dan melabur di dalam peluang-peluang pertumbuhan yang menarik telah menempatkan kami pada kedudukan yang baik untuk pertumbuhan pada tahun 2021 dan seterusnya.”
Pengurusan Zynga akan juga mengadakan satu panggilan persidangan pada pukul 2:00 petang Waktu Pasifik (5:00 petang Waktu Timur) hari ini untuk membincangkan mengenai pencapaian syarikat itu. Pertanyaan boleh diajukan semasa panggilan persidangan itu dan Zynga akan menjawab seberapa banyak mungkin pertanyaan.
Panggilan persidangan itu boleh diakses di
http://investor.zynga.com – satu ulang semula akan tersedia melalui laman web itu selepas panggilan itu – atau melalui nombor dail masuk persidangan di bawah:
· Nombor Dail Masuk Bebas Tol: (800) 537-0745
· Nombor Dail Masuk Antarabangsa: (253) 237-1142
· ID Persidangan: 8094404
Maklumat mengenai Zynga Inc.Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Sehingga kini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk
CSR Racing™,
Empires & Puzzles™,
Merge Dragons!™,
Merge Magic!™,
Toon Blast™,
Toy Blast™ dan
Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih 150 buah negara dan boleh dimainkan merentasi platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.zynga.com atau ikuti Zynga di
Twitter,
Instagram,
Facebook atau di
blog Zynga.Kenyataan yang Berpandangan ke HadapanSiaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang berkaitan, antara lain, dengan objektif perniagaan dan peluang-peluang kami untuk pertumbuhan masa depan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan seringkali merangkumi perkataan seperti “pandangan,” “ujuran,” “dirancang,” “bermaksud,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang lazimnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian atau kejayaan bagi perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu melibatkan risiko, ketidaktentuan, dan andaian yang signifikan. Kebergantungan yang tidak wajar tidak harus diletakkan kepada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan pada maklumat yang ada kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak berkewajipan untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidaktentuan dan andaian ini adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci di dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di
http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di
www.sec.gov.
Nota EditorUntuk memuat turun rakaman bahagian filem B-roll Zynga dan visual penting bagi permainan itu, sila layari:
http://bit.ly/ZyngaQ42020Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210210005120/en/HubungiPerhubungan Pelabur:
Rebecca Lau
Investors@zynga.comPerhubungan Media:
Sarah Ross
Sarah@zynga.comSumber : ZyngaTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA