|
|
Disember 17, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
PLATFORM PENGURUSAN DATA GENERASI SETERUSNYA SOLIDATUS MENGUMPUL £14 JUTA DALAM PEMBIAYAAN SIRI A
Tuesday 16/02/2021
Kiri-Kanan Pengasas bersama Solidatus Philip Miller dan Philip Dutton (Foto: Business Wire)
• Solidatus dengan pantas menyampaikan satu pandangan 360 yang dipercayai mengenai aliran data sesebuah organisasi, yang memungkinkan pengurusan data yang berwawasan, lestari dan yang memberi impak • Solidatus telah mengumpulkan £14 juta dalam pembiayaan Siri A dari satu tahun yang berjaya yang menyaksikan ia menggandakan dalam saiz, empat kali ganda dalam pendapatan, dan meningkatkan pengembangan ke dalam pasaran termasuk Amerika Syarikat dan Asia • Dana perusahaan B2B AlbionVC mengetuai pusingan itu, yang turut termasuk dua pelanggan perusahaan global Solidatus, HSBC dan Citi
LONDON, 16 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Solidatus, syarikat pengurusan data garis keturunan dan metadata yang telah memenangi anugerah, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpulkan £14 juta (lebih $19.2 juta) di dalam pembiayaan Siri A untuk mengubah cara bagaimana organisasi melihat, memahami dan menguruskan data. AlbionVC mengetuai pusingan itu, yang turut termasuk HSBC Ventures, dan Citi, dua buah pelanggan perusahaan global Solidatus. Urus janji itu diketuai oleh Emil Gigov dan Jay Wilson dari AlbionVC dengan Jay Wilson menyertai Lembaga Pengarah Solidatus berikutan pelaburan tersebut.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210215005028/en/
Solidatus memberikan kuasa kepada organisasi untuk memeta, mengurus dan menjanakan aset utama mereka iaitu data dengan berkesan. Perniagaan merentasi seluruh dunia berurusan dengan titik data yang kompleks dan pendekatan garis keturunan yang pertama diperjuangkan oleh Solidatus menawarkan penjimatan kecekapan sehingga 90% berbanding dengan kaedah tradisional. Pelanggan, termasuk firma kewangan, farmaseutikal dan perunding global tempat teratas, menggunakan perisian itu untuk menggambarkan dan memahami harta data mereka, memanfaatkan keupayaan untuk mengesan data melalui perusahaan mereka bagi memacukan kecerdasan perniagaan, transformasi digital dan pematuhan kawal selia.
Tahun lalu menandakan tahun yang paling berjaya sehingga kini bagi syarikat itu, dengan menyaksikan Solidatus berkembang lebih dua kali ganda dalam saiz, empat kali ganda bagi pendapatan mereka dan pada masa yang sama mengekalkan keuntungan. Hasil daripada kejayaan ini, mereka juga menjadi satu-satunya peserta baharu kepada Gartner Magic Quadrant di dalam Pengurusan Metadata, satu daripada syarikat yang paling muda yang mencapai penempatan di dalam sejarah Quadrant. Syarikat itu telah berkembang kepada beberapa sektor baharu, termasuk aeroangkasa, pembuatan, telekomunikasi dan kerajaan, dan mempunyai empat daripada 10 Bank Penting Secara Sistemik di peringkat Global (GSIB) di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat sebagai pelanggan. Sebagai tambahan, Solidatus telah dianugerahkan dengan Penyelesaian Tadbir Urus Data Terbaik oleh Data Management Insights, dan juga bergabung dengan RegTech 100.
Pelaburan Siri A itu menyaksikan rakan kongsi pertumbuhan, AlbionVC, dan rakan strategik, HSBC, bergabung dengan Citi untuk menyokong visi Solidatus bagi merevolusikan kejuruteraan data. Matlamatnya adalah untuk mempercepatkan pengembangan global mereka yang direncanakan, memperluaskannya ke wilayah baharu termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Asia, serta menyampaikan keupayaan pengurusan data yang terbaik di dalam kelasnya ke garis tegak industri baharu.
Kate Platonova, Ketua Pegawai Data dan Arkitek, HSBC berkata: “Sebagai sebuah bank global yang besar, kami menguruskan metadata organisasi yang kompleks. Melalui perkongsian kami dengan Solidatus, kami telah meningkatkan aliran kerja kami dengan dramatik, mengurangkan risiko dan kepantasan ke pasaran untuk beberapa program antarabangsa kami yang utama. Teknologi graf mereka terutamanya sangat berperanan di dalam membantu kami mencapai perkara ini. Oleh kerana pengurusan metadata menjadi semakin kritikal untuk berjaya, kami percaya Solidatus akan memainkan satu peranan yang semakin strategik bagi HSBC pada masa akan datang.”
Philip Dutton, pengasas bersama bagi Solidatus berkata: “Solidatus telah dibangunkan untuk merevolusikan ekonomi data. Penyelesaian bagi Siri A itu adalah pengesahan bahawa kami telah membuat penyelesaian yang tepat untuk memenuhi keperluan yang kompleks bagi organisasi yang kaya dengan data dan teratur, dengan menyampaikan satu penyelesaian yang moden, tangkas dan berskala. Kami berharap dapat bekerjasama dengan pelabur kami untuk mempercepatkan penyampaian bagi transformasi organisasi dan kawalan ke pasaran dan pelanggan baharu dengan tahap komitmen yang sama terhadap standard perkhidmatan yang paling tinggi yang menjadi kunci kepada penawaran Solidatus.”
Philip Miller, pengasas bersama bagi Solidatus berkata: “Untuk mempunyai dua daripada bank global terbesar sebagai pelanggan dan pelabur di dalam pusingan pembiayaan pertama kami membawa makna yang besar mengenai kepercayaan mereka terhadap keupayaan Solidatus untuk menyampaikan nilai di dalam perkhidmatan kewangan dan seterusnya pada satu peringkat perusahaan. Kami berharap dapat bekerjasama dengan semua pelabur kami untuk membantu kami membawa Solidatus ke peringkat pertumbuhan seterusnya dan inovasi yang mengganggu pasaran.”
Jay Wilson, pelabur di AlbionVC dan lembaga pengarah Solidatus berkata: “Kerumitan yang semakin meningkat bagi sesebuah harta data bagi sesebuah organisasi dan pengiktirafan data yang semakin meningkat sebagai satu aset yang digabungkan dengan tuntutan kawal selia yang semakin meningkat membawa pengurusan data menjadi perhatian ramai. Solidatus telah membina produk yang terbaik di dalam kelasnya untuk mengatasi masalah khusus pada industri itu dan kami gembira kerana dapat memimpin peningkatan modal institusi pertama syarikat itu untuk menyokong pengasas bersama dan syarikat itu dalam membentuk semula garis keturunan data dan kategori pengurusan data yang lebih luas.”
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20210215005028/en/
Hubungi
Pertanyaan media: Kat Jackson, Franklin Rae PR solidatus@franklinrae.com 020 3011 1023
press@solidatus.com
Sumber : Solidatus
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA |
|
|
|
|
|